Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Singgah Cyberjaya, singgah Trulia Cafe

March 15, 2016 by Admin 5 Comments

Spread the love

Rumah aku dari Cheras ke Cyberjaya takde la jauh sangat… Dalam 30 minit jer kalau ikut kiraan masa waze… Tapi memang jarang sangat aku ke sana sebab takde motif pun… tapi baru-baru ni Ben Ashaari ajak jumpa kat Trulia Cafe, Cyberjaya… Katanya ada cafe yang baru bukak setahun lebih kat situ nak mintak advice pasal marketing… Haaa ok gak… sambil tu boleh la bincang banyak hal berbangkit pasal KBBA9 sekali…

20160310_220539

Mula-mula sampai sini aku agak was-was sebab kawasan ni macam sunyi sepi.. kedai makan banyak jugak tapi tak ramai orang… Tapi menurut owner cafe, waktu malam memang sunyi sikit tapi siang hari ramai jugak yang datang lunch area sini…

20160310_220525

Persekitaran cafe selesa… ruang makan luar cafe pun bersih jer…. kalau buat gathering ramai-ramai makan kat sini memang takda masalah…

20160310_220513

Ruang dalam cafe agak luas, bersih dan selesa…  Dannn bagusnya ruangan dalam cafe tidak dibenarkan merokok… Kalau nak merokok sila lepak kat luar cafe… Bab makanan bagi aku cafe ni memang dah ada kekuatan tersendiri… semua menu yang aku cuba malam tu sangat sedap… Serius… Korang kena datang cuba sendiri menu kat sini kalau tak percaya…

20160311_075913

Grilled Chicken Chop with Rice – RM13.00

20160311_075924

Nasi Ayam + Ayam Merah – RM8.00

Lamb Chop with Spaghetti - RM16.00

Lamb Chop with Spaghetti – RM16.00

Crispy Chicken Burger

Crispy Chicken Burger

Mee Kari Ayam - RM7.00

Mee Kari Ayam – RM7.00

Bubur Nasi - RM7.00

Bubur Nasi – RM7.00

Bihun Sup Utara - RM7.00

Bihun Sup Utara – RM7.00

Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka

20160311_080011

20160311_075826

Kopi C Panas

20160311_075809

Teh C Panas

20160310_220501

Cuba kira ada berapa gelas dalam gambar atas ni… ade 5 orang jer tapi 10 gelas air… Hahahaha… Sebab semua nak try air special kat sini iaitu Teh C panas dengan Kopi C panas… Aku suka sebab tak manis sangat… Sambil lepak bincang-bincang, sambil layan air dia yang sedap ni…

Bagi aku makanan kat cafe ni memang sedap dan berbaloi cuma perlukan beberapa penambahbaikan dari segi dekorasi kalau nak bersaing dengan cafe lain… sebab hiasan dalaman cafe ni terlalu simple… Bende ni owner cafe dah take note… Tunggu nanti mana tau Trulia Cafe akan transform jadi salah satu hipster cafe yang menarik di Cyberjaya… hehehe…

Okeh… Korang yang tak jauh dengan Cyberjaya tu apakata datang cuba sendiri menu yang ada kat sini… aku dengan anak tekak aku sangat rekemenkan cafe ni… Kalau korang nak mintak diorang hantar makanan sampai rumah atau pejabat pun boleh sebab Trulia Cafe ade buat servis penghantaran jugak tapi sekitar Cyberjaya jer laaa… Boleh dapatkan detail dan no telefon kat bawah ni….

Trulia Cafe 
Jalan Flora CBD Perdana 2,
Cyberjaya 12, Cyberjaya.
Tel : 03-86885964
H/p: 019-7906972

Facebook : Trulia Cafe
Instagram : @TruliaCafe

Filed Under: Uncategorized

« Pengalaman pertama drive ke Kelantan
Hotel Tanjung Vista mengecewakan! »

Comments

  1. mrs velentine says

    March 15, 2016 at 10:55 am

    wah harga murah lah..kalau kat sabah ni….mahal tau..itu baru kedai taraf cikai

    Reply
  2. ekjozbuluh says

    March 15, 2016 at 10:59 am

    Dekat dengan rumah aku. Nanti aku cuba pi tengok. Tak makan, cuma lalu.

    Kahkahkah….

    Reply
    • Admin says

      March 16, 2016 at 7:06 pm

      Huh… Nnti singgah laa… Ni aku btul2 rekemen sbb mmg sodap…

      Reply
  3. Yanieyusuf says

    March 15, 2016 at 11:42 am

    memang perggg tegok gambar dah teruja .. lapo jadinya..

    Reply
  4. misszyaroses says

    March 16, 2016 at 5:34 pm

    salam singgah sini. tengok semua nampak sedap.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Susahnya nak jadi Youtuber.. Baik jadi Blogger lagi senang.
  • Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.
  • Settle beli semua keperluan sekolah Akiff di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan
  • Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative