Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Selesai urusan pendaftaran darjah 1 Akiff

April 26, 2016 by Admin 3 Comments

Spread the love

Macam tak percaya pun ade gak ni… Cepatnya masa berlalu… Masih fresh dalam kepala otak aku saat Miss Permaisuri bagi tau dia mengandung… Aku masih ingat lagi masa kali pertama dengar suara Akiff nangis sejurus selepas dia lahir… Perghh… Sebak waktu tuu… Meremang beb bila ingat balik semua tu… Moment-moment yang tak mungkin hilang dari ingatan aku…

Kejap sangat masa berlalu… Semalam 25 April 2016 aku ke sekolah untuk daftarkan Akiff darjah 1… Kemasukan Akiff ke darjah 1 tahun 2018 nanti, tapi tahun ni dah kena buat pendaftaran dah…
20160425_232014Ni aku nak share cara untuk korang daftarkan anak untuk masuk ke sekolah rendah… Kena ingat yer yang pendaftaran kena buat awal 2 tahun dari tahun kemasukan… Negeri lain aku tak sure macam mana tapi untuk Negeri Selangor dan Kuala Lumpur kena buat pendaftaran secara online dulu… Mungkin negeri lain pun sama jugak kot…

Kena layari Sistem Pendaftaran Atas Talian, Kementerian Pendidikan Malaysia (http://public.moe.gov.my) dan daftar secara online disana…
16-04-26-07-40-47-433_decoKebiasaannya pendaftaran online ni ada tempoh masa… Bukan sepanjang tahun… Jadi korang kena alert dengan pengumuman yang dibuat di Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia… Biasanya pendaftaran dibuka pada penggal pertama persekolahan… Macam tahun ni pendaftaran online hanya dibuka bermula 1 Mac 2016 sehingga 30 April 2016… Aku nasib baik dapat email notification dari tadika Akiff suruh daftar… Kalau tak, aku pun tak tau bila kena daftar…
16-04-26-07-41-19-138_decoPendaftaran online tu simple jer… Mula-mula kena klik kat Pengguna Baru then follow jer arahan… Isi semua butir-butir yang diperlukan kemudian submit… Lepas submit jangan lupa print dua salinan permohonan yang dah lengkap di isi tu… 1 salinan untuk rekod peribadi dan 1 salinan lagi kena submit kat sekolah yang kita pohon tu dalam masa 2 minggu selepas pendaftaran online dibuat…
20160425_232031Masa nak submit kat sekolah tu korang kena bawak benda-benda lain yang diperlukan jugak macam dalam senarai atas ni… Dannnnn jangan lupa semua salinan tu dimasukkan dalam sampul surat beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM1… Jangan jadi macam aku sebab masa pergi submit tu aku tak bawak setem, tak pasal-pasal kena datang balik sekali lagi… Yang setem dan sampul surat tu tak dimaklumkan dalam web pun… So, korang bawak jer… Salinan sijil lahir asal pun wajib bawak sebab lepas daftar tu diorang akan cop pendaftaran kat belakang sijil lahir asal…

Ok settle dah bab pendaftaran… Langkah seterusnya aku pun tak tahu nak kena buat apa ni… Hahhaa.. Tunggu surat jer la kot… Nanti la aku tanya orang lain yang dah ada pengalaman… Atau kalau korang tahu next step boleh share kat ruangan komen k…

Filed Under: Akiff, Parenting Tagged With: Akiff, Parenting, pengalaman, Sekolah

« Puas hati makan western di Restoran Pekan Station, Kg. Baru.
Hakikatnya… Dalam drama tu semua tipu jer… »

Comments

  1. Munirah Izzan says

    April 26, 2016 at 8:15 am

    Wahhh.. jap lgi nak masuk tahun 1 dah abg long akiff kan.. Tq share.. if 2 tahun sebelum means tahun depan turn sy pulak daftarkan anak..

    Reply
  2. azatie says

    April 26, 2016 at 10:56 am

    Dah nak masuk tahun 1 yer Akiff….semoga akiff akan rajin bljr & menjd Abg contoh buat adik2 🙂

    Reply
  3. dkna abza says

    April 26, 2016 at 12:33 pm

    sekolah kat putrajaya pun sama.. 2 tahun sebelum dah kena register.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative