Pengalaman aku ke Taman Negara bulan lepas memang sesuatu yang tak mungkin dapat aku lupakan… Serius best… Kitorang bermalam di Han Rainforest Resort iaitu resort yang kembali pulih sepenuhnya selepas tenggalam dalam peristiwa banjir besar dulu.. Dapat merasa tracking dan hiking ke Bukit Terisek… dan jugak merasai pengalaman berjalan atas titi gantung yang terpanjang di dunia… Dapat buat aktiviti rapid shooting… Ber’camping’ di tepi sungai perkampungan orang asli… Buat aktiviti lasak 4 wheel drive… Memang banyak sangat aktiviti yang aku dapat buat masa trip ke Taman Negara Pahang hari tu… Korang boleh baca entry yang aku dah tulis berkaitan aktiviti menarik di taman negara hari tu…
Kali ni aku juz nak kongsikan sesuatu yang jarang kita tahu berkaitan kehidupan orang asli terutamanya orang asli kaum Batek yang terdapat di Kampung Dedari. Kalau diikutkan kehidupan sebenar kaum Batek, diorang ni tinggal jauh ke dalam hutan Taman Negara tapi atas inisiatif pihak Taman Negara sendiri diorang berjaya memujuk beberapa keluarga untuk berpindah keluar dan lebih dekat dengan masyarakat luar… Tujuannya supaya orang macam kite ni dapat mengenali dan mendekati kaum diorang… Tapi dekat tu takde la dekat sangat pun… Nak ke sini masih lagi perlukan boat atau kalau naik kereta 4wd pun boleh tapi still kena lalu kawasan hutan dan tepi-tepi gaung…
Nak pujuk diorang keluar dari dalaaaaaaaaaam hutan sana dulu memang banyak cabaran sebab orang asli jenis yang tak boleh terima kehadiran orang asing… Diorang akan rasa terancam atau diancam… Cara diorang pujuk nak bawak keluar dan creat penempatan kat Kg. Dedari ni korang boleh tahu detail bila korang ke Taman Negara.. Aku tahu ni pun sebab guide yang bawak tu yang citer…
Kg.Dedari ni walaupun dibuat untuk tujuan perlancongan tapi kehidupan diorang kat situ adalah yang sebenar… Bukan macam kampung budaya kat Sarawak tu… Yang ni memang tempat tinggal diorang… Cumanya bila diorang dah berpindah ke Kg.Dedari ni diorang dah mula berpakaian dan makanan pun tak bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan lagi dah… Tapi masih lagi memburu…
Kehidupan diorang sangat simple… Diorang takde fikirkan jauh ke depan.. Apa yang diorang fikir adalah untuk terus hidup pada hari esok… Hutan bagi diorang adalah ‘supermarket’… Nak ape jer semua ada dalam hutan… Bagi diorang alam adalah segalanya… Sebab tu bila ada kematian, diorang akan buat tempat khas atas pokok dan tinggalkan mayat atas pokok tu.. Katanya lepas mati diorang serahkan balik jasad kepada alam…
Kalau nak kawin kena settle task dulu sebagai bukti dah dewasa dan mampu untuk handle keluarga sendiri… Yang lelaki perlu ada sumpit yang dibuat sendiri dan sumpit tu pulak mestilah pernah membunuh haiwan ketika berburu… Kalau settle part tu dah layak dah kawin… Yang pompuan lak kena berjaya anyam daun untuk dibuat rumah atau tempat tinggal… Kalau dah berjaya anyam sehingga boleh buat tempat berteduh baru layak kawin… Umur tak kisah tapi biasanya dalam usia 15 tahun dah kawin dah…
Lepas tu kalau nak kawin si lelaki kena bawak si pompuan jumpe tok batin dan nyatakan hasrat nak kawin… Pastu tok batin akan sediakan 1 bilik untuk lelaki dan pompuan tu untuk bermalam bersama… Jangan tanya apa berlaku malam tu sebab aku takde ketika kejadian… hahaha… Tapi bila pagi esoknya tok batin chek bilik tu diorang masih mentido bersama maksudnya dah boleh kawin laa… Tapi kalau salah sorang dah lari sebelum waktu pagi maksudnya boleh try again cari yang lain… Haaaa gittew… Majlis kawin diorang simple jer… Takde kenduri kendara bagai… Juz buat macam perjanjian jer…
Satu lagi perangai orang asli kaum batek ni adalah diorang terrrrsangat pemalu terutamanya perempuan… Bile orang datang die tak lari dah kire bagus la tu… Tapi time aku pergi hari tu ade yang bersembunyi dalam rumah dan ade yang menyorok belakang anak-anak… Memang pemalu giler… Tapi ade jugak sorang dua yang ok jer… Ajak selfie pun ok… Kalau korang nampak diorang ni pakai baju lawa ke atau kasut croc ke jangan terkejut sebab semua tu adalah sumbangan dari pelancong… Team KBBA9 hari tu ke sana banyak bawak bekal makan jer terutama untuk bebudak…
Anak diorang ni memang indipenden giler… kecik-kecik pun selamber jer main lari-lari kat lereng bukit… ada tu main-main tepi sungai… Alahai… kalau anak kite dah kena jerit dah…
Haaaaa ni gambaran perkampungan tu untuk korang lihat… bersih!!! Aku suka part ni… Tak tau la sama ada memang diorang ni jenis pembersih atau sebab Kg.Dedari ni tempat tumpuan orang jadi diorang jaga kebersihan kampung tu… Cuma jangan pelik sebab rumah diorang memang jenis studio type… Takde bilik-bilik… Toilet pun takde… Sungai tu haaaa toilet diorang… Dan takde bekalan elektrik… Malam sunyi sepi… Sebab tu kot anak diorang ramai… hahaha…
fieza sani says
haha..yea kot..tak de letrik..nak buat apa lagi..tak de gangguan..anak2 hat lain pun tido awai..
qasehdalia says
best , teringin sangat nak pergi n kenali life org asli ni huhu
rajee says
Kita sempat bawak sorang balik kl, Yolanda nama dia… Hehehe
Lya Akif Imtiyaz says
Orang asli mmg anak ramai eaa …..hehehe yo la kot malam2 tdo awal..anak2 pon tdo..tambah2 tadak letrik..huaaaaa…oo org asli pemalu rupanya…baru tau kikiki