Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Puas hati makan western di Restoran Pekan Station, Kg. Baru.

April 24, 2016 by Admin 7 Comments

Spread the love

Nak makan kat Kg. Baru bukan lah tempat yang aku nak pergi… Sesak beb… Nak cari parking memang hazab… Orang tabah jer sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak makan kat Kg. Baru, KL ni… Tapi biase kalau ade saudara atau kengkawan dari jauh datang KL pastu ajak melepak kat Kg. Baru terpaksa jugak la melayan… Diorang suka lepak kat Kg. Baru sebab ada view KLCC dengan Menara KL tuu…
20160424_011550Semalam geng-geng mencekik Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) ajak melepak kat sana… Katanya nak try restoran western Pekan Station sebab sebelum ni ada rakan blogger dah datang makan dan dia kata makan situ best giler… 1st time die makan western tak habis walaupun sedap… Katanya sebab portion makanan situ banyak dan harga pulak berpatutan…

Aku dengan Daus Redscarz merempit jer ke Kg. Baru… Takyah fikir bab parking… Hehehe… Sampai sana geng-geng lain baru nak order… Disebabkan ada banyak sangat menu, so kitorang decide nak order setiap orang lain-lain menu… Boleh rasa sorang sikit… Baru la tahu menu yang mana ok dan tak ok…

20160424_011137

Mix Grill – RM16.00

20160424_011222

Chicken Bleu – RM12.00

20160424_011147

Chicken Grill – RM11.00

20160424_011157

Beef Steak – RM14.00

20160424_011212

Chicken Grill Pasta – RM11.00

20160424_011235

Mix Grill Pasta – RM16.00.. Recommended!!!

20160424_032109

Fish & Chips – RM10.00

20160424_032119

Lamb Chop – RM16.00

20160424_032133

Chicken Boxing (7pcs) – RM8.50.. Recommended!!!

Hah… Terliur tak tengok??? Dijemput jilat screen… Hahaha… Portion setiap menu memang banyak kann… Kalau layan western kat cafe hipster jangan harap nak dapat banyak macam tu…

20160424_011253Feveret aku malam tu adalah mix grill pasta dengan chicken boxing… Aiyooo.. Terangkat habisss… Siap tapow bawak balik kat Miss Permaisuri dengan Akiff… Bagusnya restoran ni sebab diorang tak kedekut bahan… Kalau yang menu ada sos tu sampai melimpah sos die letak… Fries pun tak kedekut… Spaghetti pulak kalau aku dah boleh makan 2 orang dah… Banyakk… Harap kualiti dan kuantiti ni kekal la…

20160424_011356Malam tu aku minum air tembikai asam boi… Rupanya rasa tembikai campur asam boi pun ngam jugak… 1st time try…

16-04-24-03-02-41-958_decoBagusnya restoran ni adalah diorang ada servis penghantaran sekitar Kg. Baru termasuk laaa area HKL, IJN, KBMC dan Pusrawi… Diorang boleh hantar sampai ke dalam wad… Haaa bagus kan… Tapi syarat delivery mestilah melebih dari RM30 baru ada free delivery… Refer gambar atas ni untuk senarai menu dan harga untuk delivery… Jangan keliru!! Sebab harga di restoran dan delivery ada sedikit berbeza tapi masih berbaloi…

Restoran Pekan Station dibuka dari pukul 6 petang hingga 1 pagi… Tutup tak menentu tapi biasanya hari khamis… Kalau restoran tutup biasanya diorang akan inform di Facebook dulu sebab takut ada yang datang jejauh tapi kecewa kedai tutup… So, pastikan korang like page Pekan Station di fb untuk sebarang info terkini…

Restoran Pekan Station
Jalan Raja Uda, Kg. Baru Kuala Lumpur. (Waze jer Pekan Station Western Food)
Tel: 010-796 0648

Operation Hour: 6 petang – 1 pagi
Tutup: Setiap Khamis

Facebook: Pekan Station
Instagram: @PekanStation
Website: www.pekanstation.my

Nah aku bagi gambar menu kot laa korang plan nak datang makan sini… Dah boleh start pilih menu awal-awal… Hehehe..
20160424_011345

20160424_011334

Filed Under: Food, KBBA9, Review Tagged With: Food Review, Restoran, review, western food

« Memboling sambil makan biskut…. Tournament Bowling KBBA9 meriah…
Selesai urusan pendaftaran darjah 1 Akiff »

Comments

  1. cik nor says

    April 24, 2016 at 10:50 am

    mak aii.. portion banyak harga rendah..saper tak terpikat 🙂

    Reply
  2. umminani says

    April 24, 2016 at 11:08 am

    nampak best. bila hujung minggu boleh cuba ni.

    Reply
  3. Bonda Zahra says

    April 24, 2016 at 12:46 pm

    terliuq tgk chicken grill, faveret tu!

    Reply
  4. Encik ST says

    April 24, 2016 at 4:11 pm

    pehhhh puas derr makan sini. susah nak jumpa portion besar harga murah wehh..

    Reply
  5. Afiq Halid says

    April 24, 2016 at 4:35 pm

    Boleh dikatakan harga murah untuk portion yang banyak mcm tu. Kena cuba, bila turun KL.

    Reply
  6. Bonde (BZ) says

    May 4, 2016 at 2:15 pm

    Wah sedap-sedap makanan yang ada…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative