Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman sertai SongkRun pertama di Malaysia

April 3, 2016 by Admin 15 Comments

Spread the love

Aku dah biasa dengar festival songkran di Thailand yang menjadi acara tahunan kat tempat diorang… Memang meriah dan ramai pelancong luar ke sana semata-mata nak sertai festival air ni… Untuk tahun 2016 ni, festival songkran di Thailand dijangka berlangsung antara 13-15 April…

received_10153452711533034

Tapi di Malaysia festival air songkran baru jer lepas… Untuk pertama kalinya di Malaysia dianjurkan SongkRun pada 3 April 2016 tapi agak berbeza konsepnya sebab SongkRun yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ni adalah larian sejauh 5km sambil menembak air menggunakan watergun yang dibekalkan. Serius happening giler…

Aku sampai sana dalam pukul 7.45 pagi… Tunggu rakan-rakan Blogger KBBA9 sampai then baru gerak masuk sama-sama… Nampak macam tak ramai mulanya, bila dah daftar dan bergerak ke tapak mula baru terkejut tengok ramainyaaaa manusia… Tak sure berapa ribu orang tapi yang pasti memang beribu-ribu orang yang join SongkRun 2016 ni…

20160403_174021

Sebelum larian dilepaskan, peserta dibasahkan dengan semburan air dari abam-abam bomba dan of coz tembakan air watergun dari semua penjuru… Kat situ semua orang sporting dan happening… Ko boleh tembak jer sape-sape yang ko nak… Biase awek-awek seksi la jadi mangsa keadaan… Semua orang berebut nak tembak… Aku pun ade gak jadi mangsa awek-awek nakal yang cuba usik… Susah kan jadi hot stuff ni… Hahaha…

20160403_172557

20160403_172631

20160403_173424

Serius happening… Cuaca agak terik tapi ok jer sebab masing-masing basah kena shoot dengan air…

Dalam pukul 10 pagi semua peserta dilepaskan untuk larian sejauh 5km… Mulanya aku ingatkan kena lari dalam litar Sepang tu… Excited la jugak nak merasa berlari atas track F1… Rupanya track larian adalah kat luar pagar keliling SIC… Fuhhh… mujur jugak sebenarnya sebab ade jugak pokok kat tepi-tepi jalan tu untuk berteduh…  Kalau kat dalam litar F1 tu memang terbakar terus la kot… Bayangkan track yang kitorang lalu ni pun suhu sekitar mencecah 39’c… Kalau atas track F1 tu confirm lagi panas…

20160403_17234420160403_17340520160403_172505

Tapi lega sikit sebab setiap kilometer ada checkpoint yang mana korang boleh refill air dalam watergun dan kat situ jugak diorang sembur air untuk sejukkan badan… Air mineral pun ada dibekalkan…

20160403_17395320160403_173442

Aku sampai garisan penamat dalam pukul 12 tengah hari… Hahaha lama giler…5km jer pun tapi 2 jam berlari… Ehh aku tak berlari pun sebenarnya… Dari mula sampai habis berjalan jer sambil main air… Pastu selfie… Hehehe… Yer laaa… Aku join bukan nak berlumba sangat pun, just nak have fun…

20160403_172357

Ni medal yang aku dapat… Comel giler kann… Bukti aku berjaya habiskan 5km ni… Balik kang mesti lengah kaki sebab dah lama tak beraktiviti macam ni. Tapi takpe nanti boleh try sapu minyak herba asmak kat kaki, mana tau boleh hilang sengal-sengal kaki…

20160403_172427

InsyaAllah tahun depan aku nak join lagi… Best! Cuma aku harap penganjur awalkan sikit masa pelepasan larian tu… Buat awal pagi ok sikit… Tadi ni tengah panassss terik giler… Terbakar kulit aku oii… Aku ade pakai sunblock tapi macam sunburn jugak jer sebab belum apa-apa muka dah kena sembur air… Hilang sunblock yang aku pakai tu… Hahaha…

20160403_172333

 

Loading

Filed Under: Event, KBBA9 Tagged With: Fun Run, pengalaman songkran, Songkran, SongkRUN

« Gift sempena birthday celebration kat tadika Akiff
Aura ibu power gila. Betul tak? »

Comments

  1. Bonda Zahra says

    April 3, 2016 at 11:17 pm

    Happeningnya, jeles kami taw!Btw, untunglah ada awek nak usik2.hot stuff kan, ehem.

    Reply
  2. Shiqeen says

    April 3, 2016 at 11:19 pm

    Owh x sanggup nak lari tengah panas basah2 pulak tu.

    Reply
  3. PCL says

    April 3, 2016 at 11:20 pm

    Dah terasa pedih belakang leher aku, panas bahang tapi memang best !

    Reply
  4. Yanty Lee says

    April 4, 2016 at 8:04 am

    Uwarrgghhhh SUNBURN!

    Reply
  5. ana zarin says

    April 4, 2016 at 8:19 am

    Jelesnya tengok korang semalam…rasa rugi gila xdapat join..lain kali nak join lah

    Reply
  6. Julia Johari says

    April 4, 2016 at 3:31 pm

    hebat lan, 5 km lari sambil tembak air hahaha, kalau aku tarik tangan dua2…tak mampu nak buat sebab dok kejar dgn anak je ni haa hahahha..apa2 pun terbaiklah anjuran songkrun di Malaysia…at least mkn berkembang pusat pelancongan di malaysia.

    Reply
  7. Nurul Nadiah Yunus says

    April 5, 2016 at 8:22 am

    Bestnya… Dekat sangat dengan rumah… Tahun depan InsyaALLAH nak join sebab dah bersalin… hehehehehe

    Reply
  8. Angah Judin says

    April 5, 2016 at 9:32 am

    Best giler siotttt!! AWESOME!!!

    Reply
  9. Bahrain says

    April 5, 2016 at 10:15 am

    Kat malaysia pun ada gak ingat takde. hehe. cam membazir plak buat tembak2x.

    Reply
  10. YB Shehan says

    April 5, 2016 at 11:19 am

    menarik gila. next time nak join la. tapi pakai topi bentuk payung atas kepala. xsggup burn. haha

    Reply
  11. Sop says

    April 5, 2016 at 12:54 pm

    wah meriah tu
    kalau boleh dapat tembak sampai kuyup bgs tu panas2

    Reply
  12. dkna abza says

    April 5, 2016 at 4:30 pm

    meriah gila wooii.. nyesal aku tak join huwaaaa.. next time nak join…

    Reply
  13. Faizal Fredley says

    April 5, 2016 at 8:02 pm

    medal kerlasss sgt…..balik bagi akiff je main…

    Reply
  14. Fieza Sani says

    April 5, 2016 at 11:39 pm

    Hot stuff sangattt..hehe..tahniah berjaya habiskan larian 5km dalam cuaca panas terikkk..salute korang boleh lari dalam keadaan panas terik sekarang ni..kalau saya, mau cari tempat berteduh je sampai habis larian..

    Reply
  15. Sohoque says

    December 29, 2016 at 12:21 am

    Fuuuh bestnya event ni. Next year kalau ada lagi nak join gak la

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative