Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hipster! Cafe K4M1 Lounge bertemakan vape hanya sediakan menu diet

May 30, 2016 by Admin 10 Comments

Spread the love

Biasanya kalau makan kat restoran atau cafe, aku suka cari port yang takde bau asap rokok sebab hidung aku jenis sensitif dengan asap… Kalau terhidu mesti bersin tak henti lepas tu… Tapi so far kalau terhidu asap vape still ok lagi… Hidung tak rasa pedih, mungkin sebab asap vape tu adalah adalah wap air yang berperisa…

Perokok yang nak mengamalkan gaya hidup lebih sihat tapi masih tak terdaya nak buang tabiat merokok tu boleh memilih vape sebagai alternatif… Aku tak maksudkan vape itu adalah amalan gaya hidup sihat tapi apa yang aku maksudkan ialah vape adalah lebih baik dari merokok… Itu dari survey yang aku buat kat facebook personal aku…
20160528_093623Sebenarnya aku dok bercerita pasal vape ni sebab baru-baru ni aku dengan geng blogger berpeluang ke cafe K4M1 Lounge yang memilih vape sebagai konsep di dalam cafe… Haaa… Lain dari yang lain kann… Dari luar dah nampak rak rak kaca bercahaya tu yang ade display vape… Bile masuk dalam terasa macam masuk dalam showroom vape pulak… Nak beli segala keperluan vape ade dijual kat sini… Atau pun kalau mendalah vape korang tu rosak dan perlu servis, datang jer bawak kat sini…
20160528_09372320160528_09370520160530_09111720160528_09344620160528_09342620160528_09335620160528_093411Dekorasi dalam cafe sangat menarik, simple dan moden… Yang membuatkan aku tertarik adalah susunan rak kaca untuk display vape kat dalam cafe tu… Dah macam muzium vape pun yer gak… Nampak sangat exclusive dan wall painting kat dalam cafe pun cunnn giler…

Satu yang istimewa pasal cafe ni ialah menu yang diorang ada… semuanya menu diet… Kalau korang tengah on diet dan nak cari menu yang sesuai meh try sini… Kat sini korang boleh makan tanpa rasa bersalah dan tanpa perlu risau tentang diet… Idea ni adalah ilham dari Malique iaitu owner cafe yang sebelum ni merupakan instructor dan consultant di Celebrity Fitness… Dah ramai orang die bantu dari segi aktiviti senaman dan pemakanan sihat dan kali ni dia bawa pengetahuan yang dia ada tu ke dalam setiap menu yang disediakan kat cafe ni… Meh aku tunjukkan menu yang ada kat sini… Semua menu ni aku dah pun try dan puas hati…

Healthy 01 - Mashed Japanese Sweet Potato Grilled Chicken With Black Pepper Sauce & Green Beans

Healthy 01 – Mashed Japanese Sweet Potato, Grilled Chicken With Black Pepper Sauce & Green Beans (RM17.50)

20160528_093246

Healthy 02 – Multi Grain Browm Rice, Spicy Mango Chicken, Brocolli & Carrot (RM17.50)

20160528_093229

Healthy 03 – Spaghetti, Thai Curry Chicken, Caramelized Onion & Chopped Spinach (RM17.50)

Healthy 04 - Shell Pasta With Black Olives, Peanut Butter Chicken & Tricolor Capsicum (RM17.50)

Healthy 04 – Shell Pasta With Black Olives, Peanut Butter Chicken & Tricolor Capsicum (RM17.50)

Healthy 05 - Cajun Chicken Wrap, Black Beans & Roasted Pepper (RM14.50)

Healthy 05 – Cajun Chicken Wrap, Black Beans & Roasted Pepper (RM14.50)

Healthy 06 - Spaghetti, Passata Mince Beef, Sweet Peas & Cherry Tomato (RM17.50)

Healthy 06 – Spaghetti, Passata Mince Beef, Sweet Peas & Cherry Tomato (RM17.50)

Healthy 07 - Tricolor Fussili, Mince Beef with Basil, Carrot & Green Zucch ini (RM17.50)

Healthy 07 – Tricolor Fussili, Mince Beef with Basil, Carrot & Green Zucch ini (RM17.50)

Healthy 08 - Quinoa with Chickpeas & Corn, Apricot Ginger Salmon, Yellow ZUcchini & Baby Spinach (RM19.90)

Healthy 08 – Quinoa with Chickpeas & Corn, Apricot Ginger Salmon, Yellow Zucchini & Baby Spinach (RM19.90)

Healthy 09 - Baked Japanese Sweet Potato, Rocket Pesti Salmon with Honey Lemon Sauce, Mashed Pumpkin & Carrot (RM19.90)

Healthy 09 – Baked Japanese Sweet Potato, Rocket Pesti Salmon with Honey Lemon Sauce, Mashed Pumpkin & Carrot (RM19.90)

Healthy 10 - Tilapia Sambal Hijau, Muti Grain Brown Rice & Broccoli (RM19.90)

Healthy 10 – Tilapia Sambal Hijau, Muti Grain Brown Rice & Broccoli (RM19.90)

Serius semue sedap… Feveret aku healthy 06, 09 dengan 10… Biasa kalau menu diet mesti boring kann… Tapi yang ni memang menyelerakan… Haa… dalam menyediakan menu diet ni, diorang tak menggunakan gula atau garam biase tapi diorang gunakan stevia dan jugak garam laut sebagai alternatif lain dalam menyediakan makanan yang lebih sihat…

20160530_091129Yang ni pulak antara pilihan desert yang ada kat sana… Carrot Cake wajib cuba! Sedap… Kalau dah nama pun cafe, coffee wajib la kena ada kan… Jujur cakap Green Tea Latte kat sini bertaraf 5 bintang… Design green tea mungkin agak bersepah tapi dia punya rasa tu memang terbaek… Lepas ni Malique kena train anak buah die buat design coffee yang lawa-lawa k…

20160530_091138

20160530_091103

Dalam banyak-banyak air yang ada kat cafe ni, yang paling special dan takde kat tempat lain adalah Protein Series… Minuman ni dibuat dari protein powder dicampur dengan buah… Rasa memang sedap… Hari tu aku sendiri tengok Malique demo buat protein shake ni… 20160530_094914

Dulu masa aku main gym ade gak minum protein konon nak sado tapi sodihhh ade laaa… separuh jalan jer sebab azam tak kuat… kehkehkeh… Tapi bile tengok body si Malique ni rasa nak sado jugak jer… hahaha… Kat bawah ni protein shake yang korang boleh order kat cafe ni… Walaupun takde tambahan gula atau pemanis tapi memang rasa dah cukup ok dah…

Strawberry Banana Protein Shake & Strawberry Biscuit Protein Shake

Strawberry Banana Protein Shake & Strawberry Biscuit Protein Shake

Serius aku sangat suka dan support cafe K4M1 Lounge sebab diorang mengetengahkan konsep dengan menu sihat yang jarang ada kat cafe lain…  Aku harap K4M1 Lounge akan bukak banyak lagi cawangan sebab kite memang memerlukan cafe yang berkonsepkan makanan kesihatan macam ni… 16-05-30-11-44-37-471_deco

Aku recommend kat korang untuk datang dan try sendiri keistimewaan yang ada kat cafe ni… Detail berkaitan K4M1 Lounge boleh tengok video dan detail kat bawah :

K4M1 Lounge

Block E-01-01 Ground Floor
Starpac Point, Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur
Facebook : K4M1
Instagram : @K4M1lounge

Filed Under: Food, Projek Hipster, Review Tagged With: Cafe Hipster, Food Review, hipster, Projek Hipster, Tempat Makan

« Hadiah hari guru dari Akiff
Gunting rambut baby guna shaver… »

Comments

  1. Yaya Natsumi says

    May 30, 2016 at 11:50 am

    Cantiknya cafe ni!

    Reply
  2. Afiq Halid says

    May 30, 2016 at 11:52 am

    Protein shake tu mcm a ‘must try’ jer. Huhu.

    Reply
  3. lisa says

    May 30, 2016 at 12:08 pm

    luas gak ye tempat ni .. menyelerakan sungguh

    Reply
  4. sayaiday says

    May 30, 2016 at 12:47 pm

    Cantik cafe and suka cara diorang hidangkan makanan kesihatan tu, plate lain dari lain. Hheeheheh

    Reply
  5. Shiqeen Sattar says

    May 30, 2016 at 1:07 pm

    Boleh try mcm menarik

    Reply
  6. Hanim Hashim says

    May 30, 2016 at 2:21 pm

    memang diaorang serve dalam bekas makanan tu ke atau ada pinggan? boleh tahan deko dalaman dia yek 🙂

    Reply
  7. ekjozbuluh says

    May 30, 2016 at 2:35 pm

    Aku prefer tempat makan yang boleh smoking. hehehe…

    Reply
  8. fae says

    May 30, 2016 at 4:03 pm

    memang unik konsep design cafe dia tu..

    Reply
  9. YB Shehan says

    May 30, 2016 at 4:39 pm

    Cantik btul cafe dia. Kreatif. Tapi mata asyik tengok abam sado tu je. Eh. Larikkkkkkkkkkkkkkk

    Reply
  10. Hafiz Rahim says

    June 2, 2016 at 8:51 am

    Jom lan pegi lagi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative