Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Menyesal!! Terlepas peluang menang BMW dengan SSPN-i Plus

May 10, 2016 by Admin 11 Comments

Spread the love

Korang ade buat pinjaman PTPTN tak masa belajar dulu? Ingat lagi tak duit pinjaman tu korang gunakan untuk ape? Masa aku dapat duit PTPTN dulu semue orang sebok tukar telefon baru… Masa tu tengah trending telefon polyphonic… Ikutkan aku pun nak tukar gak tapi abah tak bagi… Abah suruh guna duit tu untuk beli keperluan belajar… So, aku beli komputer dengan printer letak kat rumah sewa… Member-member lain gigih buat assignment dekat Cyber Cafe, aku rilex jer buat kat rumah…
16-05-10-10-41-07-859_decoPTPTN memang sangat membantu aku sebab kalau ikutkan abah memang tak mampu nak belikan komputer untuk aku… Tapi bile part nak membayar balik pinjaman ni agak hazab sebenarnya sebab PTPTN bukan macam bank yang sentiasa call bagi peringatan suruh bayar… Sebab tu liat sangat nak bayar… Bile sekali dapat surat amaran nak ambik tindakan undang-undang baru sedar diri nak bayar.. Hehehhee… Sedar-sedar tunggakan dah berganda… hahaha… Aku la tu…

Sekarang aku sedar yang aku perlu menabung dari sekarang untuk tabung pendidikan Akiff dengan Azif… Aku tak nak diorang terbeban dengan pinjaman pelajaran nanti… Sebab tu aku perlu bukak akaun SSPN-i Plus untuk diorang… Sekarang ni memang aku ada buat tabungan khas untuk pembelajaran diorang tapi dengan agensi lain… Sebab sebelum ni aku belum faham kelebihan menabung dengan SSPN-i Plus ni… Ni bile dah tahu kelebihannya baru terhegeh nak daftar… Lagi menyesal bile tahu yang sambil menabung aku berpeluang untuk menang bermacam hadiah termasuk kereta dan rumah yang nilai keseluruhannya berjumlah RM3 juta… Perghhhh… cabutan-sspn-i-plus

sspn-i-plus Ni antara pemenang cabutan yang lepas… Siapa sangka niat menabung untuk masa depan anak-anak tapi dapat rezeki kereta…

Walaupun dah terlepas hadiah cabutan lepas tapi mujur ada lagi cabutan yang akan berakhir pada 31 Mei 2016… So, masih ade peluang lagi untuk korang dan jugak aku yang belum membuka akaun SSPN-i Plus… Syaratnya perlu menyimpan minimum RM50 untuk layak dalam cabutan ni… Selain tu, kalau daftar sebelum 31 Mei 2016 dan buat simpanan dengan komitmen potongan bulanan akan dapat sebulan deposit percuma… keistimewaan-sspn-i-plus Kenapa aku katakan yang SSPN-i Plus adalah pilihan terbaik untuk simpanan pendidikan? Haaa… Sebab adanya Pakej Intan… Pakej ni bukan jer untuk tujuan pendidikan tapi juga ada perlindungan takaful, dividen yang amat kompetitif serta mendapat pelepasan taksiran cukai dan semestinya patuh syariah… Dan lebih meyakinkan sebab simpanan adalah dijamin kerajaan…

Kalau korang dah yakin dan jelas dengan kelebihan menabung dengan SSPN-i Plus ni, dah tentu korang pun nak kongsi benda baik ni dengan kengkawan dan saudara kan… Alang-alang tu boleh daftar terus sebagai Ejen Online PTPTN… Korang akan dapat komisen bagi setiap pendaftaran online akaun SSPN-i Plus… Antara kelebihan Ejen Online PTPTN adalah :

-Komisen Lumayan
-Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan
-Tanpa Modal Perniagaan
-Waktu Kerja Fleksibel
-Latihan/ Bimbingan Diberikan
-Sokongan Pemasaran Berterusan
-Pasaran Luas Tanpa Sempadan
-Tidak Melibatkan Transaksi Tunai
-Menggalakkan Masyarakat Menabung
-Produk Patuh Syariah
Ejen-online-sspn
Ada dua kategori Ejen Online PTPTN iaitu Rakan Niaga Affiliate (RNA) yang memasarkan produk SSPN-i Plus secara ONLINE SAHAJA dengan komisyen sebanyak 15% dan satu lagi adalah Ejen Pemasaran Online (EPO) iaitu ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN… EPO boleh memasarkan produk SSPN-i Plus secara online atau pun bersemuka dengan kadar komisyen sebanyak 25%…

Korang boleh layari www.ptptn.gov.my untuk dapatkan lebih banyak maklumat lanjut atau pun tengok video kat bawah ni untuk penjelasan yang lebih mudah faham…

Filed Under: Advertorial, Event Tagged With: advertorial

« Cendawan Susu Harimau tumbuh dari susu harimau
Tak puas menginap di Hotel Perdana Kota Bharu »

Comments

  1. Shiqeen Sattar says

    May 10, 2016 at 11:12 am

    Haa cepat meh daftar akaun sspn i plus dgn ceq.

    Reply
  2. ekjozbuluh says

    May 10, 2016 at 11:21 am

    Yang mana dah ada SSPN tu macamana pulak?

    Reply
    • Admin says

      May 10, 2016 at 11:27 am

      Akaun lama tu ko nak maintain pun ok tp kalau nak tutup pun ok then bukak baru yg SSPN-i Plus ni… sebab yg lama x boleh upgrade ke yg baru ni…

      Reply
  3. Mama Kembar 3 says

    May 10, 2016 at 11:52 am

    I dah bukak 3 akaun dah, harap harap boleh menang apartment 🙂

    Reply
  4. ana zarin says

    May 10, 2016 at 12:12 pm

    Bagus nie…yang ada anak tu boleh lah bukak akaun awal… senang nanti nak belajar

    Reply
  5. Cik Haniza says

    May 10, 2016 at 12:15 pm

    Rugi2, takpe ada lagi apartment untuk di menangi.

    Reply
  6. Yanieyusuf says

    May 10, 2016 at 12:15 pm

    Time yanie dulu tak nak buat simpanan, tapi skrg memang bagus buat simpanan pendidikan utk anak-anak. siap ada insurang lg dan cabutan bertuah..

    Reply
  7. MAWAR RASHID says

    May 10, 2016 at 12:24 pm

    ooo kira kalau orang lain dftr under kita.. akan dpt komisen la ye. and kalau kita dftr sndri .. pon akan dpt komisen mcm tu ? yg affiliate tu

    Reply
    • Admin says

      May 10, 2016 at 12:48 pm

      kena berdaftar dulu br bleh jd agent… so xbleh la nk dftar bwh nama sendiri..

      Reply
  8. Marzuki says

    August 21, 2016 at 10:46 am

    menarik gak menyimpan dengan ptptn ni..

    Reply
  9. Azwan says

    December 8, 2016 at 2:03 pm

    Mana tahu next time boleh dapat. Kalau kereta tu rezeki kita, tak ke mana…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.
  • Settle beli semua keperluan sekolah Akiff di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan
  • Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020
  • Fun & Crazy… Family Day kami di Putri Ayu Chalet
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative