Aku paling suka kalau kerja outstation masa cuti sekolah… Boleh bawak family bercuti sekali alang-alang… Ni kali pertama aku bawak Miss Permaisuri dengan anak-anak ke Kelantan dan Terengganu… Nak kata bercuti sangat tu tak jugak sebab aku terikat dengan tugasan rasmi tapi sekurang-kurangnya time aku kerja diorang boleh enjoy kat hotel… Lagi pun kejer aku kejap jer, lepas tu dah boleh jenjalan…
Kebiasaan setiap kali outstation, penginapan aku akan di’booking’ oleh pihak sana sebab diorang lebih tahu hotel mana yang sesuai… Mulanya diorang booking Hotel Holiday Villa yang berdepan dengan Wakaf Che Yeh tuuu… Tapi aku tak nak sebab tak best… Hahaha… Aku mintak diorang cancel dan booking kan Hotel Perdana Kota Bharu… tapi diorang cakap hotel tu dah penuh… Cisss… Dah la aku teruja nak stay situ sebab sebelum ni ada baca review dari Blog Daus Redscarz pasal hotel 5 bintang ni… Aku try booking secara online dan yesssss aku dapat seketul bilik untuk aku dan family… Harga semalam melalui Agoda.com adalah RM280.00 termasuk breakfast… Bestnya Hotel Perdana Kota Bharu ni sebab kedudukan dia kat tengah bandar… Banyak tempat yang kite boleh pergi dengan hanya jalan kaki jer dari hotel ni… Contohnya Muzium Kelantan, Bulatan Jam, Bank Pitis, Kedai Kopi Din Tokyo yang popular dengan teh halia telur puyuh, Istana Jahar yang terkenal dengan Balai Senjata dan Muzium Adat Istiadat Istana Kelantan, Pasar Siti Khadijah dan Nasi Ulam Cikgu… Fuhhhh… Walaupun walking distance tapi berpeluh jugak la kalau nak jalan… Lawa giler hotel ni… Hi class sangat… Memang berpadanan dengan status hotel 5 bintang… Aku sampai hotel pukul 1 tengah hari… Ikutkan chekin time biasanya pukul 2 ke atas tapi sajer try nasib kot bilik dah ready… Alhamdulillah bilik dah pun ready dan aku dapat bilik pool view seperti yang aku request… Masuk bilik terus buat aksi possing dulu sebelum bilik ditunggang terbalikkan oleh kami anak beranak… hahaha… Bilik besar dan selesa… Cuma aircond jer terlajak sejuk… Walaupun dah off tapi masih rasa sejuk… Aku ok jer cuma Akiff tu yang tak tahan sejuk… Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik semuanya ok dan memuaskan Budak teruja jumpa bath tub… Hahaha… Yang ni adalah view dari bilik kitorang… Best dapat view ni sebab boleh cuci mata tapi yang tak bestnya Akiff tak tenang bila nampak orang dok berenang kat bawah tu… Belum sempat nak rest die dah sebok ajak turun pool… Awal pag bangun tido pun dah ajak turun pool… Lama jugak aku melayan Akiff main air, petang 1st day tu Miss Permaisuri tak follow sebab Azif mentido dalam bilik… Keesokan hari masa aku pergi kejer Miss Permaisuri kena paksa dengan Akiff turun pool jugak… Puas hati Akiff dapat main air kat sini… Dah puas kat kolam, berendam pulak air panas dalam bath tub… Perghhh… Heaven… Itu sebab pilihan hotel adalah penting setiap kali aku bercuti dengan family… Korang perasan tak kat dalam gambar atas ni diorang ade jual pastry kat lobby hotel… Ade bun,kek, donut, sandwich dengan ape lagi ntah… Dah penat-penat mandi kolam mesti kebulur kan… Nasib baik ade jual makanan kat lobby hotel dan paling best sebab harga pastry tu semue murahhhhh… Aku tak ingat berapa harga tapi seingat aku harga yang diorang jual standard macam jual ka Giant jer…
Breakfast kat sini pulak memang terbaek… Puas hati sangat sangat… Dari kuih muih tradisional sampai la ke menu brekfast omputih semua ada… Cafe pun selesa… Dan kalau korang nak lagi best boleh breakfast kat tepi kolam… Perghhhh… Gambar time breakfast takde sebab tengah dok bersilat dengan anak-anak yang sebok nak itu ini…
Kalau korang nak cari hotel terbaik di Kota Bharu yang bertaraf bintang-bintang di langit meh cuba stay sini… Dari layanan staff yang sentiasa senyum hinggalah kepada kemudahan yang disediakan memang berbaloi dengan harga yang kite bayar… Rasa tak puas pulak stay sini sehari jer hari tu… huhuhu…
Untuk maklumat lanjut tentang Hotel Perdana Kota Bharu korang refer detail kat bawah ni.
Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood15200
Kota Bharu Kelantan
Tel : 609-745 8888
Faks : 609-748 8855
Emel : inquiry@hotelperdanakotabharu.com
Website: Hotel Perdana Kota Bharu
Facebook: Hotel Perdana Kota Bharu
Instagram: Hotel Perdana Kota Bharu
Daus Redscarz says
Serius puas hati dok sini.. memang terbaek ! Staff pun ramah-ramah..
Julia Johari says
Aircon terlajak sejuk ye…hehe best la hotel ni…nampak cantik betul…boleh rekemen kt suami nanti menginap sini kalau ke KB nanti…