Petang semalam Miss Permaisuri bagi tahu aku yang dia kena berkursus selama 5 hari kat Klang… Kena bermalam di sana… Alamak… Masalah ni sebab Azif tak boleh takda ummie dia kalau nak tido malam… Kursus ni pulak wajib pergi untuk pengesahan perkhidmatan..
Tapi aku cakap kat Miss Permaisuri, kalau dulu aku boleh jer jaga Akiff sendirian masa die sambung belajar kat UPSI, kali ni pun insyaAllah aku boleh… Belum cuba belum tahu kann…
Ada masa 2 minggu lagi sebelum Miss Permaisuri pergi kursus tu… So, kena start training guna botol susu waktu malam sebab sebelum ni Azif hanya menyusu badan jer waktu malam…
Teringat balik memory lama, dulu masa usia Akiff 9 bulan aku dah start jaga dia sengsorang diri sebab Miss Permaisuri study full time kat UPSI… Hujung minggu jer baru balik rumah… Apa-apa hal aku handle sendiri Akiff dari A to Z…. Ni turn Azif pulak aku kena jaga sendirian cuma kali ni lebih mencabar sebab kena handle 2 hero sekali gus… Mujur 5 hari jer…
Dulu semua cerita aku jaga Akiff sendirian ada aku ceritakan dalam blog… Selepas 4 tahun bila baca balik, benda tu satu kenangan yang sangat bermakna yang sempat aku coretkan dalam blog ni… Cuma penulisan aku dulu dengan sekarang dah lain dah… Menyampah pulak baca gaya penulisan aku dulu… Hahaha…
Kalau nak baca balik cerita lama aku jaga Akiff dulu macam mana boleh klik link bawah ni…
– Pengalaman malam pertama Akiff tanpa ummie
– Akiff rindu ummie
– Rutin harian abah dengan Akiff
– Bila Akiff demam tanpa ummie disisi
Ikutkan banyak lagi cerita tapi aku share sikit jer ni… Mujur ada tulis kat blog, dapat jugak throwback ingat balik…
Bonda Zahra says
semoga berjaya a.lan;)
Mama Kembar 3 says
InsyaAllah ok tu, Akiff & Azif good boys. Yakin boleh!
Afiq Halid says
Good luck and all the best. Aziff kan good boy . Hehe.
Fieza Sani says
Suka tengok muka Azif..kiut..Nanti kalau pregnant, nak screenshot muka Azif..tengok hari2..hehe