Kecoh kejap kat facebook beberapa minggu lepas pasal si Bella bambam mengamuk depan Balai Polis Dang Wangi sebab marahkan produk kurus yang takde beri kesan langsung… Siap buat report polis kononnya produk ni menipu… Dari sudut positif aku rasa Bella ni cuba bertindak jadi penyelamat kononnya tak nak ade orang lain pun tertipu dengan produk ni… Tapi hakikat sebenarnya dia dah ter’malu’kan diri sendiri sebab ambik tindakan tanpa fikir panjang… Sebab tu orang kata, terlajak perahu boleh undur… Terlajak kata buruk padahnya…
Sebenarnya orang ramai marahkan Bella sebab dia seolah-olah nak menjatuhkan produk melayu sebab dalam video tu Bella siap sebut produk kurus Izeara Xtravaganza ni adalah produk melayu yang tetttttt…
Okeh… Bab Bella mengamuk ni 1 hal la kann… Tapi yang Ayah Kipidap Dongibab pun sebok buat video marahkan si Bella tu ape hal pulak??? Siap warning Bella untuk tarik balik report polis tu… Hahaha… Serius yang ni kelakar!!! Selama ni ko sebok buat report polis pasal isu itu ini takpe pulak… Bile si Bella buat report polis hasil ‘didikan’ ko tetibe nak marahkan die pulak… Huh…
Tapi nasib baik jugak si Bella ni sedar kesilapan die lepas ayah kipidap masuk campur… Akhirnya Bella ade buat video kenyataan die mintak maaf kat rakyat Malaysia sebab menghina produk melayu terutamanya produk kurus yang dimaksudkan tu iaitu Izeara Xtravaganza… Syukur kes ni settle lepas owner produk tu sendiri buat kenyataan dan terima permohonan maaf dari Bella… Haaaa… Bagus la gitu… Bende boleh settle cara baik kannn… Ni video dari owner produk…
Pesanan aku untuk Bella… “Lepas ni fikir masak-masak sebelum buat apa-apa tindakan… Jangan ikutkan sangat perasaan dan keinginan untuk kurus tu… Montel pun comel ape???”
Pesanan untuk Ayah Kipidap… “Udah-udah ler buat perangai suke buat report polis tu… Ni sorang dah terikut… Jangan lepas ni ade ramai lagi yang terikut sudah… Apa pun thanks sebab kalau ayah kipidap tak masuk campur mungkin Bella pun tak terbuka hati nak buat kenyataan maaf…”
Pesanan untuk owner produk Izeara Xtravaganza… “Dugaan dalam berniaga gini laaa…. sekali sakala datang ombak itu normal la kann… Bagus la sebab ambik positif apa yang berlaku, harap lepas ni akan terus sukses dan menghasilkan produk yang lebih baik…”
InsyaAllah nanti aku share dengan korang pendapat aku pasal produk Izeara Xtravaganza ni sebab aku dah pun dapatkan seketul untuk cuba sendiri… Ni Bella punya penangan la ni… Hahaha… Aku baru dapat produk ni… Nak tahu ok ke tak? Kurus ke tak? Buncit lagi ke tak? Tunggu aku cerita nanti k…
Agak2 kalau aku minta ayah rani kulup belikan aku satu izeara xtravaganza, dia nak belikan tak?
Senang je nak dapatkan perhatian zaman sekarang ni. Hahahaha
Kelakar lah Bella ni. Mungkin dia lupa yang tak semua produk akan ‘rasi’ (sesuai) dengan kita. Kalau tak sesuai, gunalah produk lain. Kan … Kan … Kan …
Aku tunggu testimoni ko je pasal Izeara Xtravaganza ni…
wah lepas ni slim la Lan.
Nanti share ek cam na …ok ke tak
Hope Lan tak buat report polis hahahah
sape lagi Ayah Kipidap ne huhu ne kes tak ikuti hal ehwal semasa huhu nanti saya google who is that guy. tertinggal cerita plak saya huhu.
tak sabar nk tggu testimoni abg Lan pasal produk ni.klu ok nak jugak cuba;)
Amboii amboii ..siap report polis siap…mintak maaf …kiranya daa settle kes laaa kan..takpe laaa yg sudah biarkan berlalu..tapi mmg btol laa produk ni mmg best laa..bau lemon dia tu ermm..Pastu cepat pulak kesannya..
wahh makin macho lah abg lan lepas ni.. yanie nak gak slim..hihih ehh