Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Cendawan Susu Harimau tumbuh dari susu harimau

May 9, 2016 by Admin 23 Comments

Spread the love

Menurut kepercayaan orang asli, cendawan susu harimau tumbuh melalui kesan tompokan susu harimau yang ada di atas tanah… Dari situ nama cendawan ni diperolehi… Uniknya cendawan susu harimau ni adalah dia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain tapi tumbuh secara sendirian… Satu tempat hanya ada satu jer… Dan tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya… Sebab tu cendawan ni sangat ‘rare’ dan susah diperolehi…
20160501_173836Sebab cendawan ni rare maka wajib kita selfie dulu sekeping… Hahaha… Ini lah rupa bentuk cendawan susu harimau… 1st time aku pegang dan lihat sendiri spesis cendawan yang sangat berharga ni… Khasiat cendawan ni terdapat dalam ketulan ‘ubi’ di bawah cendawan tu… Bukan pada batang atau payungnya…

Baru-baru ni aku dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang ke kilang dan makmal pemprosesan cendawan susu harimau di Balakong… Sebelum sampai sini, dalam kepala aku dok terbayang mushroom farm yang macam kat Genting Highland tu… Rupanya kaedah penanaman cendawan susu harimau ni langsung tak sama dengan cendawan lain…

Cendawan ni dibiakkan melalui proses khas hasil penyelidikan selama 8 tahun yang telah dijalankan oleh Dr. Tan Chong Seng iaitu Principle Research Officer dari MARDI yang juga merupakan Technical Advisor untuk Ligno Biotech Sdn. Bhd. Untuk pengetahuan korang, Ligno Biotech Sdn. Bhd. telah diiktiraf oleh Malaysia Books of Records sebagai pengeluar produk pertama yang menggunakan cendawan susu harimau serta tersenarai antara 20 syarikat terpilih untuk berada di bawah program BioNext…

Satu pengalaman yang berharga bila aku dapat lihat sendiri bagaimana proses untuk membiakkan cendawan susu harimau ni… Proses ni bermula dengan beras yang dibersihkan dan dimasukkan dalam bekas plastik… Kemudian dimasak menggunakan ‘rice cooker’ khas… Selepas nasi tersebut masak, dibiarkan sejuk sendiri dalam bilik khas dan diletakkan benih cendawan dalam bekas tersebut dan disimpan dalam bilik berhawa dingin selama 6 bulan…
20160501_173854 Gambar atas ni kami berada di luar bilik tersebut… Nampak tak ada banyak bekas dalam bilik cermin tu… Tengah tunggu masa untuk dituai…20160501_232342 Ni haaa rupe paras cendawan yang telah dihasilkan… Langsung tak sama macam cendawan yang aku selfie mula-mula tadi kann… Sebabnya kat sini diorang hanya biakkan ‘ubi’ cendawan sahaja sebab bahagian tu yang mengandungi khasiat yang diperlukan… Batang dan payung cendawan susu harimau tu tak nak sebab takde khasiat…
16-05-01-23-34-20-146_deco Banyak ilmu yang dikongsikan oleh Dr. Tan dan juga Puan Ng Szu Ting iaitu CEO Ligno Biotech Sdn. Bhd. tentang cendawan ni… Katanya cendawan susu harimau hanya tumbuh di hutan hujan tropika seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Philipines dan beberapa negara lain lagi tapi kebanyakan negara lain tu dah susah sangat nak dapat secara semulajadi… Kat negara kita jer masih ada lagi tapi untuk tujuan komersial memang tak cukup kalau nak cari kat dalam hutan… Sebab tu Ligno Biotech Sdn. Bhd. ambik inisiatif untuk membiakkan cendawan ni secara komersial… Dari tempoh bertahun-tahun untuk dapatkan cendawan ni, hanya perlukan 6 bulan sahaja melalui proses yang aku ceritakan tadi…

Apa yang special sangat pasal cendawan susu harimau ni? Haaaa… Dah tentu sebab khasiat dia yang sangat bagus untuk kesihatan terutamanya untuk sistem pernafasan dan jugak kulit…
16-05-01-21-05-35-601_deco Hasil kajian mendapati cendawan susu harimau sangat bagus untuk pesakit athma, resdung, batuk kronik, ezcema dan macam-macam lagi…

20160501_173924

Bersama Dr. Tan Chong Seng dan cendawan susu harimau asli yang diperolehi dari hutan yang telah digunakan untuk penyelidikan…

Sejak tahun 1950an, penduduk orang asli menggunakan cendawan ni sebagai alternatif perubatan… Tapi belum pernah ada mana-mana pihak yang menjalankan penyelidikan tentang khasiat cendawan susu harimau ni sehinggalah pada tahun 2002, Tun Dr. Mahathir mengilhamkan supaya cendawan susu harimau ni dibuat kajian secara terperinci dan diusahakan secara komersial untuk tujuan perubatan…
20160501_173907 Ni antara produk yang dihasilkan dari cendawan susu harimau iaitu Tigerus Teh Cendawan Susu Harimau… Sangat bagus diamalkan untuk kesihatan diri… Aku dah beli bagi kat mak abah aku cuba… Suruh diorang amalkan minum teh ni menggantikan teh yang biasa minum sebelum ni…20160502_090437Yang ni pulak Tigerus Tiggy Cocoa untuk bebudak macam Akiff… Sedap dan penuh khasiat untuk meningkat sistem imunisasi dalam badan… Selain khasiat dari cendawan ni, ade jugak tambahan DHA dan calcium untuk kekuatan tulang… 20160502_122114Yang ni pulak adalah kapsul Tigerus yang aku tengah amalkan sekarang… Tiada sebarang campuran lain, memang serbuk pure dari cendawan susu harimau… Kalau nak bagi kat baby 6 bulan ke atas pun boleh… Ni tips aku nak share kalau baby selsema atau batuk… Bukak kapsul Tigerus ni dan ambik sikit serbuk cendawan dalam kapsul tu dan campurkan dengan susu… InsyaAllah memang sangat berkesan… Tigerus Capsul 100% organic dan selamat untuk semua orang… Sesuai diamalkan sebagai suppliment setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik…

Produk-produk yang dikeluarkan oleh Ligno Biotech Sdn. Bhd. adalah disahkan HALAL oleh JAKIM dan diiktiraf SELAMAT oleh Kementerian Kesihatan Malaysia…  IMG-20160501-WA0025Terima kasih Ligno Biotech Sdn. Bhd. kerana sudi jemput kitorang dan berkongsi pengetahuan tentang khazanah negara ni dengan kami… InsyaAllah sekarang aku dah mula amalkan produk ni dan nanti aku akan kongsikan perubahan yang aku rasai…

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut tentang produk dari Cendawan Susu Harimau ni boleh dapatkan info melalui detail kat bawah ni…

Website: www.tigerus.com.my
Email: contact@ligno.com.my
Hotline: 1 700 818 242 (Mon – Fri | 8.30am – 5.30pm)
Facebook: www.facebook.com/tigerusTMM

Filed Under: Advertorial, Event, KBBA9, Review Tagged With: Event, KBBA9, Produk review, review

« Pengalaman dulu akan berulang… Doakan aku berjaya!
Tak puas menginap di Hotel Perdana Kota Bharu »

Comments

  1. Cik nor says

    May 9, 2016 at 7:58 am

    Good review…blh cuba ni

    Reply
  2. kak sue says

    May 9, 2016 at 8:09 am

    Menarik nie..semua peringkat umur boleh guna produk nie ye..

    Reply
  3. Julia Johari says

    May 9, 2016 at 8:11 am

    Pertama kali tgk cendawan susu harimau ni lan…tempat pembiakan cendawan ni sgt bersih dan teratur…bagus lah

    Reply
  4. PCL says

    May 9, 2016 at 8:18 am

    Dah cuba dan tgh amalkan minum teh csh gak.. panas kena banyak minum air masak. Bertenaga

    Reply
  5. Shiqeen Sattar says

    May 9, 2016 at 8:22 am

    Baru tahu kewujudan dan kelebihan cendawan harimau. Tq for sharing.

    Reply
  6. rajee says

    May 9, 2016 at 8:57 am

    Ingatkan tang payung tu yang berkhasiat… Cendawan susu harimau ni bukan yang ling zhi tu ke? Rupa macam sama…

    Reply
  7. Yaya Natsumi says

    May 9, 2016 at 9:06 am

    Wow menarik. Baru tahu pasal cendawan ni

    Reply
  8. Munirah Izzan says

    May 9, 2016 at 10:33 am

    first time dengar pasal csh ni.. banyak pulak khasiatnya..

    Reply
  9. MAWAR RASHID says

    May 9, 2016 at 11:52 am

    sebelum nampak shampoo and kopi berasaskan cendawan ini. kopi mmg sedap sbb leh trunkan darah tinggi dan kolesterol.. kalau teh dan kapsul belum pernah try lagi . Baru ingat.. kt rumah ada 1 cendawan mcm ni..tapi dah dikeringkan …

    Reply
  10. ERAZ FADLI says

    May 9, 2016 at 12:14 pm

    Menarik betul info ni..

    Reply
  11. ekjozbuluh says

    May 9, 2016 at 2:07 pm

    Organic.. dengan kids yang ada bowel issue, boleh tak?

    Reply
    • Admin says

      May 9, 2016 at 2:37 pm

      kalau ade bowel issue kena dptkan nasihat doctor yg memantau dulu…

      Reply
      • ekjozbuluh says

        May 9, 2016 at 2:39 pm

        alrite.. boleh dapatkan kandungan nutrisi cendawan ni tak?

        Reply
        • Admin says

          May 9, 2016 at 2:43 pm

          Boleh… dlm entry ni ade email kat bawah tu… ko juz emailkan nnti diorang akan bg segala detail yg ko perlukan.. nnti dah email bg tau aku utk aku followup blk dgn diorang…

          Reply
          • ekjozbuluh says

            May 9, 2016 at 3:03 pm

            Tq, bro! Aku sudah emel bertanyakan pasal “nutrient content” berkenaan produk CSH ni.

  12. nadia johari says

    May 9, 2016 at 5:27 pm

    pertama kali berkenaan cendawan susu harimau ni..bagus i boleh cuba

    Reply
  13. Eny Abdullah says

    May 9, 2016 at 6:44 pm

    Twringin nak rasa teh cendawan ni… rasa susukah? Heheh

    Reply
  14. Nina Mirza says

    May 10, 2016 at 7:51 am

    first time tahu pasal cendawan susu harimau. … Ngaummmm…. hehee . ..
    sedap tak?

    Reply
  15. YB Shehan says

    May 10, 2016 at 9:57 am

    bagus utk respiratory prob. ok menarik

    Reply
  16. Daus Redscarz says

    May 11, 2016 at 10:11 am

    Antara supplement yang buat aku teruja nak ambik. Sebab melibatkan rawatan pada paru-paru.

    Reply
  17. Fieza Sani says

    June 6, 2016 at 12:52 pm

    Bagus supplement ni..byk benefit dia..

    Reply
  18. deviyandy says

    June 17, 2016 at 2:01 pm

    saya punya susu jamur susu harimau dari hutan minat hub 082255170090

    Reply
  19. EL SHADAI says

    July 1, 2017 at 9:40 pm

    Bagi rekan sekalian yang membutuhkan cendawan susu harimau liar dapat menghubungi ke no. +6285203834001 (whatsapp)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative