Beberapa minggu lepas aku ada cerita yang aku ada buat scan MRI kat lutut… 7 Jun 2016 baru ni pulak aku dah pun jumpa dengan doctor untuk tahu result MRI… Dan doctor sah kan yang lutut aku ada 2 masalah iaitu ACL putus dan Minuscus koyak… Huhuhu… ACL putus macam gambar atas ni… Fungsi ACL tu adalah untuk ikat tulang paha dan betis ketika kaki kita buat pusingan… Kalau putus maksudnya kaki senang terlipat atau lembut lutut macam yang aku dok alami sekarang…
Punca aku kena ACL Injury ni adalah masa main badminton beberapa tahun lepas… Masa jatuh tu aku ingatkan terseliuh biasa jer… Langsung tak pergi klinik atau hospital untuk rawatan… Aku hanya sapu minyak dan berurut jer… Masa jatuh main badminton tu memang rasa sakit giler dan lutut membengkak… Nak lipat kaki tak boleh, nak luruskan habis pun tak boleh… Berbulan jugak masa aku ambik untuk recovery tapi tak pulih sepenuhnya… Lama-kelamaan sakit tu beransur hilang cuma kaki aku jadi tak kuat… Kalau angkat beban berat kaki tak mampu tampung, lutut akan terlipat atau orang kata lembut lutut… Nak berjogging slow-slow boleh tapi nak pecut memang tak mampu… Nak melompat lagi la tak boleh…
Aku terpaksa stop terus dari sebarang aktiviti sukan… Sedihhh oii… Lagi sedih bila nak kemas rumah dah tak boleh nak angkat benda-benda berat… Huhu… Aku buat keputusan untuk dapatkan rawatan di HUKM dan keputusannya confirm aku ACL Injury dan perlukan pembedahan untuk atasi masalah aku ni…
Lepas operation nanti aku kena bercuti panjang dari sebarang aktiviti… Kalau ikutkan turn nak buat operation kat HUKM, paling cepat bulan 12 nanti baru boleh operate… Atau kalau nak cepat diorang akan refer kat bahagian swasta kat situ… Kat HUKM ada 2 pilihan, nak yang semi government atau swasta iaitu Pusat Pakat UKM… Kalau swasta boleh buat anytime… Tapi kos antara RM20k – RM25k…
Mujur aku ada insurance, so aku pilih Pusat Pakar UKM… Bulan 8 nanti untuk buat operation lutut… Sempat la aku settle kan hal pejabat sebelum cuti panjang… Korang doakan lutut aku cepat ok k… Tak sabar nak kenbali bersukan…
Hafiz Rahim says
Ngeri pulak aku baca ligamen putus ni.. hohoho.
jimie says
bro nak acl brace tak? sye nk jual murah ni
zul says
kalau gov pnye berapa kos utk acl dan meniscus?
Admin says
Tak pasti utk kos hosp kerajaan. Andai ada rakan2 pembaca yg tahu mgkin boleh komen di sini utk panduan bersama.
Jessecca says
Mohon share FB ya. Saya ada juga Knee injury.
Admin says
boleh.. silakan…