Kenapa cepat sangat masa berlalu ni… Ingat lagu beberapa hari sebelum puasa tahun lepas Azif dilahirkan… Dah lepas due date beberapa hari baru dia keluar… Itu pun selepas ‘dipaksa’ akhirnya Azif selamat di lahirkan melalui kaedah czer lepas cara normal tak berjaya… Aku pernah ceritakan dulu dalam entry ‘Pengalaman Bersalin – Cerita Dari Abah‘…
Hari ni genap Azif setahun dan dah mula ‘meragaih’ kata orang utara… Rasanya raya nanti atau sebeluan lagi boleh menapak la tu kot… Gigi depan dah tumbuh atas bawah… Kalau sape nak test sua jari dalam mulut dia meh laa… Kang berbekas kena gigit… Ramaaai yang kata muka Azif ada mix cina atau jepun… Hurmmm… Sebenarnya Azif ada iras korea sebab muka abah dia ala ala kpop masa muda dulu… Hahaha…
Tahun ni tak buat sambutan birthday pun sebab dia bukan tahu apa pun… Abang Akiff dulu pun masa 1st birthday kitorang tak buat majlis pun… Sambut sendirian berhad kat rumah jee… Untuk Azif pun sama, beli kek makan sendiri jer… Tapi memandangkan Azif ada elergik itu ini, nak beli kek pun kena memilih sikit… Yang ada pewarna tak boleh…
Dulu masa doctor explain kat aku yang Azif adalah baby G6PD Deficiency iaitu alahan kepada beberapa benda dan bahan, agak risau jugak sebenarnya sebab tak pernah handle baby ada G6PD ni… Tapi alhamdulillah so far ok jer… Tak susah pun dan tak banyak beza pun dengan Akiff yang takda G6PD… Apa yang penting adalah sentiasa beringat… Waktu kecik ni boleh lagi kontrol, nanti die dah besar macam abang die sekarang tak tahu la macam mana kann sebab masa tu susah sikit nak kontrol makan minum dia terutama bila dia dah bersekolah…
Azif dah nak sama besar dengan abang Akiff dah… Selamat hari jadi Azif… Semoga adik sentiasa sihat dan jadi anak yang soleh dan taat perintah Allah… Semoga adik sentiasa di bawah lindungan Allah… Aminnn…
hepi besday boy
suka betol tgk muka Azif… hensem boy mamat korea.. kalau abg lan or kak zaza post kt IG, selalu igt anak artist korea.. sbb mmg dalin dok ikot IG artist korea tu.. hihi…