Akhirnyaaa… Kerja outstation aku minggu ni selesai jugak… Dari KL ke Gua Musang kemudian ke Kuala Krai dan terus ke Besut… Semalam dari Besut aku ke Kuantan dan terus balik ke KL dari Kuantan… 4 hari oustation dan malam last aku kat Kuantan semalam memang puas hati sebab dapat rest kat hotel yang sangat selesa dan cantik…
Seminggu sebelum outstation aku dah start cari hotel penginapan dan target aku memang nak cari boutique hotel atau hotel hipster yang menarik… Hasil carian aku dalam internet akhirnya aku jumpa Arenaa Batik Boutique Hotel di Kuantan… Aku booking melalui booking.com dengan harga RM137.95… Aku sampai hotel ni pukul 6 petang dan parking sangat limited sebab parking hanya ada depan hotel tu jer… Kalau takde kena park kat lot parking area situ… Tapi lot parking kena ade kupon kalau tak nanti kena saman melainkan korang park selepas office hour pastu esok pagi kena cepat-cepat alihkan…
Proses chekin pantas dan bilik pun dah ready… Aku ambik bilik Honeymoon Suites walaupun aku stay sorang jer sebab harga bilik ni tak mahal pun… Bila masuk bilik terus terkesima tengok bilik yang aku dapat ni… Lawaaaa gilaa… I loikeeeeeeeee!!! Sebelum bilik berterabur baik ambik gambar dulu… Keadaan bilik sangat bersih dan susun atur perabut pun kemas walaupun bilik agak sempit… Apa yang aku nampak melalui booking.com tak jauh beza dengan apa yang aku dapat… Jatuh cinta aku dengan koleksi perabut yang ada dalam bilik ni… Lawa dan exclusive sangat… Tengok almari solek ni punya la lawa… Aku send gambar kat Miss Permaisuri die kate nak almari macam ni jugak untuk rumah baru nanti… Amboiii… Dah agak dah… Die mesti suka perabut yang style gini…
Tilam dan bantal sangat empok sampaikan bila aku baring terus tenggelam… Best giler… Memang sesuai untuk katil honeymoon ni… Aummm… Hahaha… Tapi sebenarnya katil ni adalah 2 katil single yang dirapatkan jadi katil saiz king kemudian die alaskan dengan cadar… Tak nampak macam combine katil tapi kalau beraksi ganas silap-silap boleh terselit kat tengah katil ni… Hahaha… Telefon ni ingatkan sekadar hiasan jer sebab lawa sangat… Rupanya memang berfungsi pun cuma pihak hotel kena letak note no reception yang perlu ditekan kalau perlukan bantuan… Aku nak call housekeeping mintak towel pun tak tahu nak tekan ape… Terpaksa turun bawah mintak towel sebab diorang terlupa nak sediakan towel dalam bilik aku.. Demmm… Bilik air ok jer… Bersih dan simple… Cuma ada shower jer laa… Kalau ade bath tub lagi best kann… Tapi mungkin tak muat… Tekanan air pun ok… Pintu bilik air ni jenis tak boleh kunci dan boleh see thru… Memang padan dengan nama bilik honeymoon… Anytime boleh terjah pasangan yang tengah mandi… Hahaha… Tapi kalau ada anak-anak problem gak kalau pintu gini… Huhuhu…
Kemudahan lain yang ada dalam bilik ni adalah nescafe and tea set, mineral water, fridge, safety box dengan iron… Plug point untuk caj phone pun ada beberapa…
Bab breakfast memang fail… Hanya ada nasi lemak, mee goreng, roti bakar dengan coco crunch… Huhuhu… Tapi mujur harga bilik dengan keadaan bilik yang best dah dapat tutup kelemahan part breakfast ni… Korang kalau nak stay sini aku cadangkan try ushar rate melalui online booking dulu sebab aku tengok harga walkin macam lagi mahal jer… Sebab aku booking melalui booking.com dapat harga RM137.95 tak termasuk tax… Kira ok sangat dah tu…
Kalau nak tahu maklumat lanjut boleh refer detail kat bawah ni…
Arenaa Batik Boutique
Jalan Dato’ Wong Ah Jang
25100 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5139800
www.arenaabatik.com
Mama Kembar 3 says
Cantiknya bilik! Harga pun ok sgt tu
Putera Helmei says
Wahhhh.. cantiknya dalam bilik dgn harga berpatutan.. Perhh rasa nk honeymoon selalu kalau dgn harga serendah ni..
dkna abza says
tak sesuai untuk aku sebab katil ni tak boleh menganas kan.. kang terselit jai kat tengah #ehhh hahahaaa.. tapi memang murah la kalau beli ngan boking.com. ko ada bandingkan dengan harga agoda tak?
Yanieyusuf says
wahh cantik… leh lah try sni kalau datang Kuantan…
Que Achmad says
Hotel ni mmg cantik, dulu pernah singgah sekali
Fieza Sani says
suka dekorasi bilik hotel macam ni..nampak eksklusif & mahal…haha
Julia Johari says
Lepas ni nak booking la yg kat kuantan tu selalu balik kg dok hotel gak…sbb x tahan rumah mertua panas hahahhaha bilik xd gitu ar