Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Makan Seafood Order Online Di Brolly

June 6, 2016 by Admin 6 Comments

Spread the love

Teringat awal tahun hari tu aku lepak makan seafood longgok atas meja dengan geng blogger di Crab Hut, Cyberjaya dengan Brolly KL… Memang best giler makan lobster, udang, ketam dengan segala jenis seafood yang ada… Bersepah-sepah atas meja bila makan style gitu… Seminggu tak habis dok bercerita kat Miss Permaisuri bertapa nikmatnya makan seafood kat situ… Aku dah janji next time akan bawak die pulak makan kat sana… Tapi Miss Permaisuri cakap leceh makan seafood macam tu kat restoran dengan anak kecik ni… Memang akan haru biru la nanti sebab bebudak tengah melasak… Kan best kalau boleh makan kat rumah jer… Crab HutMacam tahu jer masalah kitorang yang ade anak kecik ni kannn… Rangkaian restoran seafood yang aku pergi hari tu sekarang dah boleh buat pembelian online kemudian diorang hantar sampai depan pintu rumah… Fuhhh… Apa lagi, sementara mak aku ada kat rumah aku hari tu terus aku chek website diorang dan beli online jer dari office… Yang bestnya kite boleh set hari ape dan pukul berape nak diorang hantar makanan tu… Aku order online masa kat office dan set kat sana pukul 6.30 petang sampai kat rumah… Tepat 6.30 petang budak delivery tu sampai depan pintu rumah… 20160606_15095920160606_150711 20160606_150700 Muka teruja Akiff tengok ketam besar… Akiff tanya “kenapa abah tak letak dalam pinggan?”… Aku jawab “Pinggan besar takde, boh atas plastik ni nanti lipat-lipat buang jer terus.. takyah basuh dah…” Nasib baik mak pun ok jer makan style gini… Style KL katanya… wakaka…20160606_15062920160606_15064820160606_150637 Ni antara yang aku order hari tu… Serius puas hati makan kat rumah macam ni… Selesa dan takyah nak kontrol makan macam kat kedai… Miss Permaisuri dengan mak pun makan banyak jugak hari tu… Mak siap makan dengan nasi… Akiff suka salmon tu sebab tak pedas… 20160606_151009

Bagus la bila dah ade servis macam ni sampai depan pintu rumah ni… Takde la asyik makan fast food jer kalau malas masak… Lagi pun aku dah jarang makan kat kedai sebab sejak ade 2 hero ni agak tak terkawal kalau makan kat kedai… Akiff pulak jenis cepat boring… lambat sikit jer dah sebok ajak balik… Azif pulak kalau mood tak ok jenuh nak tenteramkan die… Kalau ada pilihan macam ni memang aku pilih makan kat rumah jer…

Kalau korang nak order online macam aku jugak meh aku tunjuk step by step… Simple jer caranya…

Langkah 1 – Klik salah satu link website di bawah…
http://www.crabfactory.com.my/ [Crab Factory, Petaling Jaya]
http://www.crabhut.asia/ [Crab Hut, Cyberjaya]
http://www.my-brolly.com/ [Brolly, Kuala Lumpur]
Seafood Delevery 1Langkah 2 – Klik ONLINE DELIVERY dan pilih restoran yang paling hampir dengan lokasi penghantaran… Macam aku hari tu nak hantar ke Cheras, so aku pilih restoran Brolly KL…
Seafood Delevery 2Langkah 3 – Sign In dulu untuk mudahkan proses sebelum korang buat pesanan… Masa sign tu nanti korang boleh chek location sama ada termasuk dalam kawasan penghantaran ke tak… Dan boleh set time jugak pukul berapa nak diorang hantarkan pesanan tu…Seafood Delevery 3Langkah 4 – Dah boleh buat pilihan menu yang korang nak… Harga dah ade tertulis bagi setiap menu… Selesai buat pilihan menu yang korang nak, klik Checkout kat ruangan Order Summary belah kanan screen tu… Nanti akan keluar screen macam kat bawah ni… Seafood Delevery 13Langkah 5 – Masukkan promo kod kat ruangan atas tu… Dan sebagai reader blog Abah Careno, korang boleh gunakan promo kod LANC untuk dapatkan potongan RM100 dengan minimum order RM300…Seafood Delevery 16 Langkah 6 – Proses Pembayaran… Pembayaran boleh menggunakan Kad Kredit / Debit Card / PayPal… Seafood Delevery 20 Settle pembayaran nanti korang akan dapat email pengesahan dengan detail order sekali…

Lepas tu tunggu jer diorang hantar… Haaa… Ni ade berita baik!!! Korang bukan sekadar dapat diskaun RM100 dengan menggunakan promo kod LANC semasa pembelian online tapi korang jugak secara automatik layak menyertai cabutan bertuah yang akan diadakan setiap bulan… Setiap bulan akan ada 10 pembeli bertuah yang akan mendapat King Crab Seafood Set… Dan paling best Korang juga berpeluang memenangi Hadiah Utama Percutian 7H6M untuk 2 orang ke KOREA!!! Perghhhh… Seafood Delevery 21 Tunggu apa lagi? Buat pembelian online sekarang!!!!

Filed Under: Advertorial, Food, Review Tagged With: Food Review, Makan-makan, review

« Jom cuba resepi mudah berbuka puasa dengan Yeo’s Krisantimun
Pesanan untuk peniaga kuih muih… »

Comments

  1. Fieza Sani says

    June 6, 2016 at 9:32 pm

    Betul2..ada anak kecik, selesa makan kat umah..makan kat kedai dengan anak menangis, tak kenyang rasanya..selalu tgk org yg ada anak kecik, makan kena gilir2..kesian kadang tu tgk..so ada delivery mcm ni, bagus gak..ada pilihan lain selain fastfood…

    Reply
  2. umminani says

    June 7, 2016 at 8:06 am

    bagus dan senang utk yang ada anak kecik..hehehe mak sporting tu, mkn tanpa pinggan..KL STYLE MAKKKK.. 🙂

    Reply
  3. PCL says

    June 8, 2016 at 1:05 pm

    LANC.. cantik kod promo ni.. haa tggu lagi korang, guna la utk diskaun rm100..terbaik dari crab factory.

    Reply
  4. nadia johari says

    June 9, 2016 at 12:27 am

    sedapnya..tolong bayarkan..hahaa

    Reply
  5. dkna abza says

    June 9, 2016 at 5:46 am

    Kemain merecik lagi atas pelapik tu ha.. Hahaaaa.. Terliur lak.. Nasib baik baeu lepas sahur..

    Reply
  6. Mus says

    June 17, 2016 at 2:23 pm

    untunglah dapat order online..
    mmg memudahkan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative