Tadi terdengar kat radio sinar pasal luahan seorang pakcik masa kat bazar ramadhan… Kejadian ni berlaku kat orang lain tapi depan die… Ceritanya aku ubah sikit sebab detail cerita pakcik tu aku tak ingat tapi point yang nak aku sampaikan ni masih sama…
“…semalam masa nak beli kuih muih untuk berbuka, ada seorang pakcik bertanya kepada peniaga “berapa harga kuih ni..?”
Peniaga menjawab “4 biji RM2″… Ni jawapan normal sebagai salah satu cara marketing orang berniaga… Kalau dikira maksudnya seketul 50 sen la kann… Bagi aku takda masalah pun dengan jawapan peniaga tu…
“Saya nak seringgit kuih tu…” kata pembeli.. Dari situ kite dapat faham bahawa seriggit bersamaan 2 biji kuih…
Jawab peniaga kemudian… “seringgit tak jual, kami jual 4 biji 2 ringgit”…
Pembeli tu kata dia nak makan sorang jer, jadi die hanya perlukan seriggit tapi peniaga tu berkeras cakap tak jual… Hanya jual RM2 sahaja… Sudahnya pembeli tu berlalu pergi jer…
Hurmmm… Benda ni sebenarnya pernah jadi jugak kat aku tapi lebih biadap dari tu… Harga kuih 4 biji RM2 tapi aku nak 3 biji jer sebab takde keperluan sampai 4 biji pun… Bukan kedekut tapi takut makan tak habis membazir pulak… Tapi peniaga masukkan juga 4 biji kemudian die tak bagi baki 50 sen aku… Aku pulak tak perasan pun die masukkan 4 biji kuih dalam plastik… Bile aku tanya baki 50sen lagi, dia jawab hanya jual 4 biji RM2… Perghhh… Biadap! Cakap awal-awal kan senang… Nak berniaga biar ikhlas.. Sudahnya kuih aku beli tu makan sebiji jer sebab langsung tak sedap dan layak bagi ayam makan jer…
Ini lah dia perangai peniaga yang tamak… Aku tak kata semua peniaga macam tu tapi kesian kepada peniaga lain yang berniaga secara jujur kerana segelintir peniaga yang sebeginilah nama peniaga lain juga terjejas…
Ingat lah wahai peniaga! Berniaga biar jujur dan ikhlas sebab bila korang berniaga dengan jujur insyaAllah akan lebih dimurahkan rezeki dan rezeki yang dapat tu pun lebih berkat… Kalau korang nak jual jugak pakej RM2 untuk 4 biji contohnya, terus buat packaging macam gambar atas ni… Boh dalam bekas siap-siap ikut bilangan yang korang nak jual, pembeli akan faham… Kat rumah aku ada peniaga yang jual macam ni… Kuih dia semua RM2 tapi dia letak dalam bekas macam ni, so takde la isu ade yang nak beli singgit jer dan bagusnya kuih lebih bersih sebab tak terdedah juga..
(Sumber gambar: Google Image)
Perdu Cinta says
ambillah kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk berniaga sambil beramal..adakala kita kejar untung dunia lupa untung akhirat pun mesti diambil kira juga..
fizafantagiro says
bila sesetengahnya yg taksub nak kejar keuntungan semata,mcm ni la jadinya .hmm
Afiq Halid says
Banyak peniaga macam tu skrg. Kalau diviral kata tak support melayu. Main sentiment perauman lak. Sendiri tak nak jujur, salahkan orang lain. Hmmm. Sabar je lah. Kena berhati-hati.
Strider says
kalau peniaga tu berniaga kat bazar area umah aku, memang aku panggil satu kg boikot kedai dia….
Regards,
-Strider-
Joe Labu says
semua kedai buat macam kes kuih ni, jual nasi lemak biasa takde, tapi packagekan jadi nasi lemak ayam, so harga boleh markup tinggi, itu normal bagi aku
yang tak normal ialah ADAB, just cakap terus terang dan berlembut, dan bersopan santun, menolak dengan baik, dan berlapang dada bila orang tak suka
FAKIR DUNIA says
kes saya nk beli nasi lemak tak nak lauk ayam cuma nk telur sbb bajet kecik.
tapi penjual cakap kami cuma jual nasik lemak berlauk sahaja. tanpa lauk kami tak jual ..
anak ramai bayangkan semua letak ayam mmg terpaksa share 1 bekas makan dua org lah..
huhuhu