Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Jom cuba resepi mudah berbuka puasa dengan Yeo’s Krisantimun

June 5, 2016 by Admin 6 Comments

Spread the love

Tahun lepas aku puasa sendirian kat KL sebab Akiff dengan Miss Permaisuri kat kampung sebab tengah berpantang lepas melahirkan Azif… Sunyi memang sunyi tapi dalam hati berbunga-bunga dengan kelahiran hero baru… Tiap hari aku berbuka puasa dengan juadah bazar ramadhan… Nak masak memang tak laa sebab aku takde talent kat dapur… Hehehe…

Kenangan Ramadhan tahun lepas masih segar lagi… Kejap jer setahun kann… Ramadhan tahun ni lebih bermakna untuk aku sebab dapat raikan bersama Miss Permaisuri dan anak-anak kat rumah… Paling tak sabar sebab takyah makan menu bazar Ramadhan lagi dah… Makan masakan Miss Permaisuri jer… Qada balik sebab tahun lepas sebulan aku berbuka dengan juadah bazar Ramadhan… Hehehe…

Aku berazam tak nak jejak kaki kat bazar Ramadhan tahun ni… Jadi untuk menu berbuka nanti pandai pandailah Miss Permaisuri fikirkan, cuma bab air jer aku kena cari alternatif sendiri… Sebab tu timbul idea untuk aku try cari kelainan dengan resepi mudah dengan air Yeo’s Krisantimun… Aku dah try buat beberapa kali dan memang sedap giler… Akiff pun suka…20160602_233010Aku namakan air ni Yeo’s Krisantimun Mint Lemon… Meh aku kongsikan resepi untuk korang cuba jugak… Serius memang senang sangat lagi pun nak dapatkan bahan-bahan pun tak susah…
20160528_135501
Yeo’s Krisantimun Mint Lemon

Bahan-bahan:
– Air Krisantimun atau teh bunga jenama Yeo’s
– Hirisan lemon
– Beberapa helai daun pudina
– Ais

Caranya:
– Masukkan ais, daun pudina dan lemon dalam jug kaca.
– Tuang air Yeo’s krisantimun dalam jug tersebut.
– Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam sebelum minum.
20160528_135527Ingat! Campuran air ni jangan terus minum tau… Kena sediakan awal sebab nak biarkan rasa mint pudina dan rasa lemon bercampur dengan rasa teh bunga… Kalau buat dan terus minum nanti hasilnya akan kurang rasa mint… Kenapa mesti jug kaca? Sebab nak bangkitkan lebih rasa mint… (yang ni aku agak jer… Hahaha…)
20160528_135547Kelebihan air Yeo’s Krisantimun Mint Lemon adalah ia dapat menyejukkan badan dan berikan kesegaran pada tubuh… Aku hanya yakin dengan air krisantimun jenama Yeo’s sahaja sebab produk ni diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan rasanya pulak tak terlalu manis malah Yeo’s Krisantimun tidak mengandungi pewarna atau bahan pengawet…
kempen-yeosHaaa… Sempena bulan Ramadhan ni, Yeo’s mengadakan kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya Musim Kedua… Ini adalah inisiatif Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) sendiri sebagai pengeluar makanan dan minuman untuk menggalakkan orang ramai menderma menerusi pembelian produk Yeo’s… Hasil sumbangan tersebut akan disalurkan ke enam buah rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sebagai menghargai penyumbang yang membeli produk Yeo’s, secara tak langsung berpeluang memenangi duit raya mencecah RM58,000!!… Perghhhh…

Kempen Yeo’s Ceria Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya Musim Kedua ini turut menampilkan beberapa selebriti tempatan seperti Kaka Azraff, Heliza Helmi, AG, Shukri Yahya, Feeya Iskandar dan Faizdickie yang akan turut sama sepanjang kempen ini… Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 1300-80-2828 atau terus ke laman web Yeo’s di www.yeos.com.my…

Loading

Filed Under: Advertorial, Family, Food Tagged With: makanan, Menu, resepi, review

« Honeymoon Suites di Arenaa Batik Boutique Hotel cantik dan murah
Makan Seafood Order Online Di Brolly »

Comments

  1. Mama Kembar 3 says

    June 5, 2016 at 2:49 pm

    Wahhh mcm menarik je letak daun pudina camtu, mesti rasa segar je bila minum

    Reply
  2. Nina Mirza says

    June 5, 2016 at 3:53 pm

    Huishh…. sedap ni..!! Nanti nak try

    Reply
  3. Allene says

    June 5, 2016 at 8:00 pm

    Tengok je dah rasa segarnya minuman tu. Nak try buat untuk berbuka la…

    Reply
  4. Julia Johari says

    June 6, 2016 at 7:35 am

    Sedap la…mudah pun mudah nak cuba ni lan…

    Reply
  5. Fieza Sani says

    June 7, 2016 at 9:34 am

    Macam best je..Nak try la nanti…

    Reply
  6. jaka says

    October 23, 2016 at 10:19 pm

    makasih gan tentang infonya dan salam sukses

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative