Teringat dulu masa Miss Permaisuri mengandungkan Akiff, aku pulak yang mengidam itu ini… Antara yang termasuk dalam senarai ‘idaman’ aku adalah itik gantung yang bersepah tepi jalan tu… Hahaha… Kalau kat area rumah aku kat Cheras memang boleh jumpe beberapa lori itik panggang ni kat tepi jalan tapi nak mencari yang halal tu punya la hazabbb… Last-last aku dapat jugak merasa itik panggang kat sebuah restoran chinese muslim kat Ampang… Fuhhh… Walaupun rasa kureng tapi dapat jugak lepaskan hajat… Makan sikit pun ok dah… Lepas dari tu aku dah tak jejak kaki ke mana-mana restoran chinese muslim… Baru-baru ni aku dengan geng blogger KBBA9 ber’gathering’ kat sebuah Restoran Chinese Muslim di Damansara Perdana iaitu Mohammad Chow Restaurant… Kiranya ni kali ke-2 aku masuk ke restoran yang macam ni… Dari segi menu memang aku takde klu langsung sebab sebelum ni aku hanya cuba masakan itik jer… Keunikan yang lain aku tak tahu… Dan kali ni aku betul-betul dapat rasa keunikan chinese muslim kitchen ni..
Sempat aku berborak dengan owner restoran ni, katanya masak itik langsung tak sama caranya dengan masak ayam… Die ade ceritakan rahsia yang dia gunakan untuk masak itik… Aku sebagai orang yang fail di dapur hanya mampu dengar jer… tak faham sangat kekdah yang dia ceritakan tu tapi memang agak unik jugak la cara untuk dapatkan taste itik yang sebenar… Dan colur merah yang timbul kat itik tu bukannya pewarna tau… Itu colur hasil campuran rempah dan bahan-bahan yang digunakan… Bawah ni menu itik panggang yang aku rasa sendiri di Mohammad Chow Restaurant… Seriusss sedap…
Kat sini korang bukan hanya boleh dapat itik panggang jer, rendang itik pun ade… Best giler kan sekali sekala tukar citarasa… Rasa rendang ni ok tapi isi itik agak kenyal sebab texture itik tu sendiri memang dah macam tu… Cuma kalau raya pilihan aku masih lagi rendang ayam compare dengan itik…
Jom aku tunjukkan apa lagi menu istimewa yang aku cuba malam tu… Sorry eh kalau ada yang tengah berpuasa masa baca entry ni… Hehehe…
Haaaa… Datang sini jangan lupe order sayur ni… Sayur ni dibuat dalam dua bahagian… Satu dipotong halus dan digoreng garing, satu lagi dimasak tumis biasa tapi kombinasi ni memang terbaik… Pilihan air kat sini ada banyak yang special dan aku pilih teh bunga yang dicampur dengan madu… Kalau dah datang restoran cina Muslim, teh cina adalah antara air yang wajib korang order sebab air ni dah macam simbolik kepada kaum cina…
Kalau tanya yang mana satu menu feveret aku malam tu, aku terpaksa pilih 3 menu iaitu sotong salted chili, prawn butter floss dan roasted duck… Yang lain pun sedap gak tapi kalau aku jawab semue feveret kang korang kata baik takyah jawab kann… Hehehe…
Puas hati makan kat sini… Bagi aku restoran ni adalah tempat yang korang datang hanya untuk memanjakan perut sebab semua menu yang ada adalah jenis menu berat dan sedap sedap belaka… Menu santai dan ringan non hadooo… Dan dekorasi dalam restoran pun sangat la simple… Hampir tiada hiasan bagi aku… Agak suram tapi owner cakap dia memang dah ada perancangan nak deco cafe ni bagi lawa since trend sekarang memang orang jadikan dekorasi sebagai salah sebab sebab untuk singgah…
Sepanjang bulan puasa ni, Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen ada menyediakan set ramadhan untuk pelanggan yang datang untuk berbuka…
Set A – RM98.00 (3-4 orang)
Chicken butter milk sos
Fish fillet nyoya
Sotong salted egg
Chip choy soup
Set B – RM198.00 (4-6 orang)
Rendang itik @ hk roasted duck
Prawn butter floss
Fish fillet ginger
Tomyam seafood
Brocolli mushroom oyster sos
Set C – RM298.00 (6-8 orang)
Siakap ala thai steam
Rendang itik @ hk roasted duck
Chicken ying yong
Hot plate tofo
Sotong salted egg
Prawn butter milk sos
Tomyam seafood
Set D – RM398.00 (8-10 orang)
Kerapu ala thai fried
Ketam nipah
Prawn nestum butter
Sotong nyoya
Tofo claypot
Mix vege garlic
Ying yong garlic
Omellte fu yong
Untuk set sahur pulak, restoran ni ada menyediakan sama seperti set lunch sedia ada dan restoran akan beroperasi seawal 3 pagi sehingga waktu azan subuh setiap hari… Atau kalau agak hazaaaab nak bangun pagi start enjin keter ke restoram, korang boleh dapatkan jer khidmat penghantaran menu sahur sehingga ke depan pintu rumah… Hanya untuk kawasan Damansara Perdana sahaja…
Tapoww! XL
Delivery servis hanya boleh dibuat untuk order 8-10 orang… Kalau sengsorang diri, sila menapak datang kedai k… Minimum order adalah 3 tray dan mesti order one day ealier before 6pm daily…
Suggested menu:
1. Chicken Buttermilk Sauce (RM32)
2. Fish Fillet Sweet Sour (RM35)
3. Sotong Salted Egg (RM35)
4. Prawn Butterfloss (RM35)
5. Beef Kam Heong (RM32)
6. Soft shell Nestum Salted Egg (RM78)
7. Loh Han Zai (RM25)
8. Hot Plate Tofu (RM25)
9. Yam Basket Beef Kung Po (RM32)
10. Siakap ala Thai (ikut berat)
Kalau korang nak datang sini boleh refer detail kat bawah ni:
Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen
3-1, Jalan PJU 8/5H
Damansara Perdana Business Center
47820 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03- 7731 6383
Mobile: 010- 701 5221
Email: mohammadchow@gmail.com
Website: www.mohammadchow.com
Facebook: Mohammad Chow Restaurant
Instagram: @mohammadchow
Shiqeen Sattar says
Udang, ketam dan sayur paling sedap!!
Nuryusuf says
Sedap mata memandang.sedap lagi mulut yg makan. Adoi.. nanges tgk entry nih.