Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Resort Tanjung Demong Beach Resort menarik di luar, tidak di dalam

June 2, 2016 by Admin 7 Comments

Spread the love

Ada yang plan nak ke Besut, Terengganu tak? Meh aku review resort yang aku pernah stay kat Besut ni kot dapat bantu korang pilih resort yang sesuai… Aku ke Besut bukan untuk bercuti tapi atas urusan kejer… Tapi dah alang-alang stay kat Besut, aku cuba cari resort terbaik yang ada supaya next time bila datang bercuti dengan keluarga dah tahu nak stay kat mana…

Sebelum ni aku pernah stay kat Bukit Keluang Beach Resort (aku belum review… Hehehe…) tapi kali ni aku stay kat Tanjung Demong Beach Resort… Sampai jer resort ni nampak macam menarik… Tapi… Hurmm… 20160601_181438 Mula-mula kat reception kaunter semuanya ok… Takde masalah… Chekin pun cepat… Aku chekin pukul 3.30 petang dan bilik memang dah ready… 20160601_18145720160601_181509 Aku request bilik yang dekat dengan pool dan memang dapat block sebelah pool walaupun tak nampak view pun.. Nak naik ke bilik nampak kolam renang yang sebesar alam ni… Uihhh… Menarik… Kalau bawak anak-anak mesti diorang suka ni… Masa ni dalam pukul 3.30 petang memang takde orang pun kat pool sebab tengah panas terik… Tapi waktu petang atau pagi memang ramai orang sebab pool ni open untuk public jugak… Penduduk setempat yang nak mandi manda kat sini boleh datang dan bayar RM8 seorang untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak… Murahhh… Tapi itu laa, sebagai orang yang menginap kat resort ni rasa tak best la sebab ramai sangat orang…
20160601_18155820160601_18153020160601_181543 Okeh masuk ke bilik pulak… Kebersihan dalam bilik aku bagi 3 dari 5 bintang tapi dalam bilik air aku boleh bagi 1 bintang jer… Cermin bilik air pun tak cuci dan bilik air old school sangat… Lantai bilik air pun dah berkarat sebab dah makan usia… Huhuhu…

20160601_18175620160601_181745

Keadaan bilik biase jer… Aircond ok dan boleh control sendiri… Katil single ni yang biase punyer size… Bukan super single tau… Tilam dan bantal ok… Bersih dan takde bau…

Tv agak kureng sebab hanya dapat tv1, tv2, tv3 dan 2 chanel siam yang tak clear… Harap tv3 la yang paling clear pun… Terpaksa la layan drama merapu dengan berita sarkas kat tv3 tu… Demmm… 20160601_181710 Oh yaa… Air mineral tak disediakan dalam bilik… Kalau nak boleh beli kat reception kaunter dengan harga RM1.50 sebotol kecik… Set nescafe dengan teh ada disediakan beserta dengan catle untuk masak air… Seterika pun dah ade dalam bilik, takyah nak mintak…

Yang aku suka pasal bilik ni ialah ada banyak plug point… Nak caj hp, tab, powerbank atau ape jer takde masalah… Kalau tak silap aku ade 4 plug kot… 20160601_181835 Walaupun resort ni kat tepi pantai tapi kawasan pantai dia tak terurus… Sampah dan kayu-kayu bersepah kat tepi pantai… Dan kat area situ tak boleh mandi sebab air laut die dalam… Die bukan mendatar, berisiko kalau mandi situ… Nak mandi pantai kena naik keter pergi kat area Bukit Keluang sebab kat sana memang port mandi… Tak jauh pun… 5 minit jer drive ke situ dari resort ni…

Haaa… Bab breakfast paling fail… Aku turun breakfast dalam pukul 9 pagi dan banyak yang dah habis… Menu breakfast pulak alahai sedihnya… Hanya ada nasi goreng, keow teaw goreng, sosej, bihun sup, coco crunch, roti bakar dan sekaya… Itu pun masa aku turun bihun sup dengan sosej dah habis… Nasi goreng pulak kena tunggu die topup…

Kesimpulannya aku mungkin takkan pilih resort ni kalau datang dengan family… Tapi kalau korang nak datang sini boleh ambik detail kat bawah ni… Harga bilik boleh refer gambar bawah… Bilik yang aku duduk ni adalah Superior Twin berharga RM180…20160601_181906

Filed Under: Hotel, Review, Travel Tagged With: Hotel, Hotel review, review

« Gunting rambut baby guna shaver…
Honeymoon Suites di Arenaa Batik Boutique Hotel cantik dan murah »

Comments

  1. yanamib says

    June 2, 2016 at 4:09 pm

    boleh tahan mahal gak harga bilik tp klu service gitu..erm aku pn x kenan…huhu

    Reply
  2. Fieza Sani says

    June 2, 2016 at 4:35 pm

    aiyakkk..lantai bilik air berkarat..ish, fail kat situ…

    Reply
  3. nadia johari says

    June 2, 2016 at 7:59 pm

    walaupun kolam dia menarik..tapi tgk bilik macam biasa je..takkan jejak kot

    Reply
  4. Ustaz Him says

    March 17, 2017 at 8:59 am

    Harga satu mlm brl

    Reply
  5. Zalina says

    July 14, 2017 at 3:20 pm

    Setuju,luar cantik tapi bilik….
    Pihak hotel kena selalu buat maintainace,esp toilet,termasuk safety pintu bilik + pintu sliding

    Reply
  6. Hazraf says

    November 11, 2017 at 12:26 pm

    ..Ddk demong nk cri surau pon payoh..sighboard surau pon xdk..spatutnyo hok tu kno ad..beley2 kito riadah pom kito nk solat jugok…

    Reply
  7. Sha says

    January 2, 2020 at 8:35 pm

    Mahal jgk…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative