Sape sini ada pinjaman PTPTN tapi liat nak bayar… Hurmmm… Mengaku cepat! Jangan segan sebab kite geng… Hahaha…
Aku habis study tahun 2004 dulu, hanya sekali jer PTPTN hantar surat peringatan masa mula-mula habis study… Lepas tu dah tak terima sebarang notis dari PTPTN… Ingatkan diorang dah lupakan aku… Baru nak kecik ati… wakaka…
Member-member lain ramai yang dapat surat mahkamah, ada yang dapat surat amaran, ada yang kena blacklist… Tapi aku dianak tirikan, langsung diorang tak tanya khabar… Macam pelik jer kan walhal dah 12 tahun kowt habis belajar…
Secara jujurnya, dulu masa awal kerja pernah la aku bayar PTPTN tapi beberapa kali jer… Itu pun amount ikut suka hati… Lepas tu dah stop bayar kononnya komitmen bulanan tinggi… Sampai la awal tahun hari tu PTPTN buat style ahlong dengan buat potongan gaji peminjam sampai kosong baki dalam slip gaji… Haaa time tu gelabah jugak aku, masa tu baru aku start bayar secara konsisten setiap bulan tapi amount masih ikut suka hati sendiri… Ade lebih bayar lebih, ade sikit bayar sikit… Hehehe…
Nak dijadikan pengajaran, beberapa hari sebelum raya hari tu aku disekat dari masuk ke negara Thai oleh pihak Imigresen Malaysia kat sempadan Bukit Kayu Hitam… Dushhhh… Terasa macam dapat tamparan hebat kat muka masa tu… Sebelum ni aku tak pernah pun chek status dalam web imigresen walaupun ramai kengkawan yang dah kena sekat dari keluar negara… Tapi hari tu masa diorang nak chop passport tiba-tiba pegawai imigresen suruh aku masuk kat pejabat diorang sebab katanya aku disekat dari keluar negara… Oh hem geee… Aku tanya bila masa pulak nama aku kena blacklist sebab hari tu baru jer lagi masuk sana ok jer… Pegawai tu cakap dalam sistem tulis disekat berkuatkuasa 15 Jun 2016… Perghhhh… Baru beberapa hari jer…
Tapi serius cakap, aku anggap benda ni sebagai 1 pengajaran sebab kalau tak sampai sekarang pun aku tak tahu nama kena blacklist… Dah la nanti aku nak pergi bercuti… Buatnya kena tahan kat airport lagi haru biru… Korang kalau plan nak keluar negara jangan konfiden sangat nama korang bersih sebab setahu aku ramai yang kena blacklist walaupun dok buat bayaran setiap bulan… Sebabnya ada tunggakan yang korang sendiri tak sedar… So, mohon chek dulu k…
Korang boleh buat semakan status perjalanan dalam website Jabatan Imigresen Malaysia (klik)…

Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang semak…

Nama korang telah disenarai hitamkan kalau status semakan macam dalam gambar ni… “Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat”
Kalau kena senarai hitam jangan nak cuak sangat… Buat rilex suda… Benda boleh settle bebaik… Ni aku nak share bagaimana caranya korang boleh bersihkan nama korang yang telah di senarai hitamkan tu…
1st, sila sediakan cash sebanyak RM1,000 atau lebih dan 1 salinan penyata slip gaji terkini serta 2 keping Setem Hasil bernilai RM10 setiap satu… Setem Hasil korang boleh beli dekat pejabat pos… Surat tawaran pinjaman PTPTN takyah bawak sebab kat sana nanti diorang akan print untuk korang… Surat rayuan segala bagai dah tak perlu dah… Dengar kata ada yang kena buat surat rayuan tapi semalam masa aku bawak surat rayuan tu diorang kate tak perlu pun surat tu… Sie-sie jer aku mengarang ayat buat surat… So, tak perlu la kot aku bagi sample surat rayuan PTPTN tu…
Kemudian, sila ke kaunter PTPTN yang terdekat… Klik sini untuk chek cawangan PTPTN seluruh Malaysia… Macam aku semalam terus jer ke Menara PTPTN kat Jalan Yap Kwan Seng depan KLCC tu… Servis kat situ laju jugak walaupun ramai orang…
Masa kat pejabat PTPTN tu korang ambik nombor giliran untuk buat PERTANYAAN… Jangan ambik nombor giliran untuk buat pembayaran sebab kat kaunter pembayaran korang tak boleh nak berunding dah… Hanya kat kaunter Pertanyaan jer korang boleh berunding…
Okeh ni penting, masa nak berunding dengan pegawai PTPTN tu sila simpan phone korang yang canggih tu… Jangan tunjuk sangat yang korang ni ber’wang’… Dan buat muka sedihhh sepanjang proses rundingan… Sila merendah diri dan cakap bebaik dengan pegawai PTPTN tu… Ceritakan masalah utama korang iaitu nama dah disenarai hitamkan di Imigresen dan korang nak pergi luar negara dalam masa terdekat untuk urusan kerja… Jadi, mintak pandangan die cara untuk clearkan nama korang tu…
Mulanya dia akan print baki pinjaman yang korang ada dan di akan cakap “tuan kena bayar 50% dari baki pinjaman ni dan baru pihak kami akan keluarkan nama tuan dari senarai blacklist tu…” Bile die cakap macam tu korang jangan terus pitam depan die sebab tu skrip jer sebenarnya… Dengan muka sedih korang kena jawab macam ni “tuan, saya tak mampu nak bayar semua baki tunggakan ni sekali gus tapi saya bersedia untuk buat pembayaran balik secara potongan gaji asalkan nama sama dikeluarkan dari senarai hitam tu… plzzzz plzzzz…”
Haaa… pepandai la korang pujuk pegawai tu… Tapi korang kena ingat yang korang wajib jugak bayar sikit sebagai tanda korang komited untuk menyelesaikan baki pinjaman… Nilai minimum yang korang boleh mintak adalah RM1,000… Jadi pepandai la korang nego untuk bayar nilai minimum tu… Macam aku semalam kena bayar RM1,500 dan kemudian sign perjanjian baru Ujrah… Ujrah adalah pengurangan faedah dari 4% yang kite sign dulu kepada 1% sahaja… Rugi kalau tak tukar kepada Ujrah dan bile korang tukar kepada Ujrah time tu jugak die akan set bayaran balik bulanan berapa banyak yang korang perlu bayar setiap bulan… Yang ni boleh nego jugak ikut kemampuan korang…
Urusan semua ni tak lama pun, kurang setengah jam dah settle… Bile dah settle dia suruh korang semak balik nama dalam web imigresen tu selepas 24 jam untuk tengok status terkini… Tapi semalam sebab aku buat kat HQ, nama aku dalam imigresen dikeluarkan serta merta…
Alhamdulillah… Status aku sekarang TIADA HALANGAN… Dah boleh pergi luar negara… hehehe…
Haaa.. Potongan gaji hanya boleh dibuat untuk pakej Ujrah sahaja… Nak tahu apa itu Ujrah boleh baca sini… Sementara diorang nak proses tukar pakej konvensional yang lama kepada Ujrah kat dalam sistem, korang kena bayar secara manual dulu untuk beberapa bulan pertama… Kemudian nanti korang kena buat permohonan potongan gaji melalui website PTPTN… Nanti pegawai tu akan ajar caranya…
Ok settle… Ingat yer… Hutang tetap kena bayar walaupun PTPTN macam dah terlepas pandang nama korang tapi sebenarnya die tengah tunggu masa yang sesuai jer untuk ambik tindakan…
betul2, pengajaran..dah kena juga baru ni tapi bukan sebab nak gi luar negara..nak isi borang memangku..salah satu syarat utama, bukan peminjam tegar mana2 institusi pendidikan..denggg..nak isi tapi takut2 sebab tahu bersalah dengan ptptn..hehe..rumusannya bayar jugak 1k & sign surat perjanjian baru untuk tukar kepada ujrah..bulan lepas dapat gaji, terus bayar ptptn..
Singgah baca! Selamat Hari Raya
Dahsyat juga penangan PTPTN ni yer…. Sampai macam tu sekali mereka sekat peminjam yang tak bayar hutang… Mujur bro pandai merayu…. Alhamdulillah, boleh dijadikan ikhtibar untuk orang lain..
lengkap penceritaan en azlan ni…..nice!!!
nice, panduan yang berguna ni
Haaa dah kena baru nak gelabah ye hehehe.
aku lepas buat potongan gaji, terus clear nama..fuh lega
Hmmm link cek status tu x der pun kredit pada aku… Hehehe
ptptn tak kenal saya so boleh la gi Danok haha :p
ALHAMDULILLAH, tak kena blacklist.. rajin bayar kan. hehe. poyo tak. hahaha
nasib baik bukan time nak g jepun lagi hihi..
jom selesaikan hutang PTPTN
kalau buat potongan gaji .ptptn tak akan potong lebih2 ke??
Baiklah ss declare war dgn ptptn wakakaka
Salam. Nak tanya, untuk 2 setem hasil RM10 tu untuk proses apa?
Terima Kasih
Saya pun telah diblacklist. Berdasarkan fakta dia atas saya dengan konfidennya bawa RM1500 pergi ke pejabat PTPTN. Skrip yang sama diguna tapi setelah perbincangan barulah saya disedarkan, jumlah minimum untuk pelepasan blacklist imigresen adalah 12.5% dari jumlah hutang korang. Memula dia akan kata kena bayor half, so setelah di pujuk dan diayat guna skrip brader ni, dia kata minimum sekian sekian harga which is 12.5% dari full hutang ko . Aku ingat akak tu kerek dengan aku sebab tu dia tak bagi muka, aku pun telefon laaah HQ PTPTN. Jawapan yang sama juga diberi. Mungkin brader ni loan tak banyak mcm aku. IPTS pulak. memang masak laaa mak nak membayor minimum dia.
12.5% tu dari total tunggakkan ke total hutang? Mcm aku total tunggakan 8.9k minimum dia suh bayar 4.5k..tak sempat merayu lagi sebab aku call je
Tunggankan loan aku ade 19k… Dpt byr 1.5k jer utk settle blacklist… Tp itu utk clearkan blacklist imigresen jer tau… Utk clearkan nama dlm CCRIS lain kiraan dia… Rasanya yg bro ckp 12.5% tu mgkin utk CCRIS kot… ce tanya btul2 ckp kat die saya nak clear imigresen jer dulu, CCRIS biarkan dulu sbb xde duit lagi…
sblom ni xde prob..nama x blacklist sbb dah bayar habis..imigresen pon tiada halangan..tp baru tadi tergerak hati nak check..ptptn, no k/p xde dlm senarai blacklist..tp imigresen, kena rujuk imigresen terdekat..pening dah pikir..ada hutang apa lg ni..
selain hutang ptptn, apa lg sbb imigresen larang ke luar negara ye..
LHDN pun mungkin juga.
dah tahu ke apa masalah tu?
huhuhu maunya tak gelabah, nak renew pasport boleh plak sangkut kat imigresen sal hutang ptptn…kalo kt byr minimum rm1k adakah dgn serta merta nm d tarik dr black list @ ptptn ambil ms???..
Mcm mana pun kena byr gak utk settle… Alasan die kalau luar negara ko mampu pergi xkan hutang x mampu kannn…
Alamak takat nak pi sempadan tu brp sgt duit nk kne guna? Alasan xblh pakai ni.
Assalam Bro,
Masa bro check status perjalanan imigresen tu , status menunjukan semakan di pejabat imigresen terdekat kan ? . Then dalam masa yg sama status dekat PTPTN bro ada check tak?
Aku tak chek pun status kat ptptn tu sbb yg akan sekat ko kat sempadan/epot nnti geng imigresen…. Ptptn xde lepak kat sempadan/epot utk tahan ko…
baru hari ni kena..merayu2, dorg cakap min rm1k..merayu kt imigresen,( kowt bole settle lain) dorg ckp, ptptn yg control dlm sistem..so trpksa byr..dh setle byr, wasap mamat ptptn tu, tros dia unblacklist xsmpi 2min pn..pergh sronok rasa dh setle, rupenye x, kene tinggal flight sbb sibuk crk duit 1k n prjlnn nk ke gate prlepasan bapak jauh ..yg plg klaka, aku tanya bila korg start blacklist aku ni, dorg ckp bln 10, bln 10 tu aku renew pasport wei..nmpk x permainan dorg? lps aku renew bole plak blacklist
Kehkehkeh… Pengajarannya 2 3 hari sblm fly kena chek balik sbb kekadang diorang ni main kasar woo…
Bro aku cek nama kt ptptn nama x ada senaraihitam dlm sistem..tp kt imigresen cek kne dtg ke pejabat..sebab apa ek..nak fly next month
Bro, ko kena percaya yg imigresen sbb diorang yg ada kat Airport utk sekat ko… Ptptn xde kat epot…
mungkin ada sebab lain, barangkali?
salam bro… nk tnya, slip gaji tu wajib ke? atau bg no. account bank saja utk buat potongan bulanan.tq
ada tak yg baca kat sini surirumah? macamana pulak nak bawak salaryslip?
tq sharing info..kalau yg berkerja sendiri tak tetap income camna plak ye..kene buat alasan ape agaknya..hehe
Salam sahabat semua..
Aku call tunggakan aku dlm rm8500..mintak kurang dpt rm4000 je..ada siapa2 kenal pegawai ptptn yg boleh bantu x..bajet ada rm2000 je ni hahaha..
Hi, saya skrg belajar di luar negara dan nak balik Malaysia awal Mac. Nama baru di blacklist dgn immigration, kalau dr luat negara balik ke Malaysia kena sekat jugak ke eh? Tq…
saya ada tunggakkan banyak jugak huhu dkt 30k..whtsapp pegawai ptptn perempuan dia kasi 30% je dari nilai tunggakkan tu..xpuas hati saya cuba nasib call pulak..dpt dkt pegawai lelaki. dia ckp min 5k(14+%) boleh…terus saya setuju & buat ujrah.nasib badan la hutang belambak…. xpe byr ikut apa yg dia bgtahu lps ni.
Saya kena blacklist imegresen baru-baru ni..rasanya sebab awal tahun hari tu bli tiket flight untuk 11org plak tu haha. Nak tanya la…saya tak bekerja makan gaji…jadi biasa dia minta apa sebagai ganti slip gaji ye? Saya niaga online je…pendapatan tak banyak dan tak menentu. Akhir tahun ni nk ke bandung…dan saya kena pergi juga sebab yang lain ibu ayah dan pakcik makcik je…mereka harapkan saya uruskan…even kos saya pun husband yang kumpulkan budget…setahun rancang sebab bukan byk duit pun haha. Saya plan nk buat ujrah tu…tengah usahakan kumpul…nak tanya…kalau tak buat potongan gaji masih boleh mohon ujrah n byr manual atau mesti bekerja n potong gji je ye?
Boleh jer ujrah… tak semestinya kena ada slip gaji… kena g bawak berbincang dgn pegawai ptptn tu.. diorang boleh bantu…
sebenarnya kalau takat nak pi danok hatyai siam tu ade je cara lain.. takyah la pi ke imegresen malaysia tu, sbb dorg scan passport korg.. confirm la kluar senarai hitam nama kita.. pi la kaunter imegresen thailand yg brada bdekatan tu. thailand x pakai scan, dorg guna cop.. so xde la isu nama blacklisted tu kluar.. masuk dgn muka x bersalah.. hahahahahhagahahahahahahahahaba
betul ke along. sbb minggu depan sy nak ke hatyai. naik train dari kl ke padang besar. boleh lepas ke kt imigresen padang besar?
itu laluan salah… utk masuk ke hatyai kena lalu imigresen malaysia dgn thai.. kena cop dua2 pihak… mana boleh skip imigresen.. tp kalau nak folo cara x btul boleh jer, risiko sendiri tanggung..
SY salah seorg dr nya..bru tahu nama blacklist..padahal xdpt pe2 surat pom..sabar jela..mcm encik..de je byr..tp sesuka ht bila nk byr..heheh..encik kalau kita kuar kan duit dr akaun 2 kwsp..depa (ptptn) terima tak..1k or 2k cmtu…
Tak sure pasal kwsp.. tp mcm pernah dgr boleh jer..
min, status sy sila rujuk imigresen terdekat. tapi minggu depan sy nak ke hatyai. boleh lepas tk kt imigresen padang besar?
sbb minggu depan sy nak ke hatyai. naik train dari kl ke padang besar. boleh lepas ke kt imigresen padang besar?
minta percerahan ye..
status tu mksudnya kena blacklist dah tu… sama mcm status saya kat dlm cerita ni.. boleh baca btul2 cerita yg sy sharing ni…
Boleh dik..pergi kwsp ckp nak tolak akaun 2 utk ptptn..then pergi ptptn plak…nnti dorang akan bgtau cara..selesaikan semua tunggakan kalau duit dlm akaun 2 tu ckup dik..lpas tu setiap bln pstikan byrn konsisten.. Jgn jd mcm akk yg penakut ni..ad tunggakan rm400,tu pun dh cuak takut x lepas kat airport..harap2 lepasla..hehehe