Alhamdulillah… Aku dan keluarga dah selamat sampai KL lepas seminggu bercuti raya… Nak kata puas beraya rasanya belum puas lagi… Nak kata puas bercuti pun rasanya tak puas jugak sebab kejap sangat masa berlalu…
Tahun ni rasa mencabar sikit bila fikirkan part balik beraya sebab cuti sekolah dan cuti raya agak terhad… Semua orang bercuti serentak… Kena plan perjalanan betul-betul untuk elak tersangkut dalam jem teruk… Aku dah pernah rasa mereput dalam kereta 12 jam dari Penang ke KL… Walhal masa yang sepatutnya kurang dari 5 jam… Hazab giler… Start hari tu aku memang plan betul-betul perjalanan aku lebih-lebih lagi bila ada Akiff dengan Azif dalam kereta…
Balik raya hari tu aku bertolak pukul 11 malam… Sengaja aku bertolak lewat malam sebab time tu anak-anak mentido dalam kereta, kalau sangkut jem pun diorang tak terasa… Lagi satu sebab bila drive malam kalau ngantuk boleh mengunyah dan minum nescafe panas… Dapat gak hilang ngantuk… Siang hari tak boleh sebab puasa… Lagi pun balik malam cuaca sejuk… Lebih selesa memandu…
Syukur masa balik hari tu langsung tak jem… 6 jam perjalanan dari KL ke Kedah… Aku sampai kampung pukul 5 pagi… Timing baekkk punyer… Sampai jer terus bersahur…
Semalam time nak balik KL pulak aku dah susah hati sebab highway dari Utara ke KL setiap masa jem… Nak tak nak, tetap jugak aku kena balik KL sebab hari ni Miss Permaisuri dah kena kejer… Aku ok jer sebab masih bercuti…
Semalam aku bertolak dari rumah mertua kat Penang lepas maghrib… Siang hari aku dok pantau trafik melalui twitter Plusline memang agak cuak sebab banyak kemalangan dan highway jem di merata tempat… Macam dah tak boleh nak elak… Call Plusline tanya jalan alternatif die cakap jalan dalam pun sesak… Die kate tangguh dulu perjalanan sebab ada kemalangan besar selepas terowong menora…
Lepas baca twitter Plusline cakap kemalangan dah dialihkan, aku terus bertolak lepas maghrib… Belum pun naik jambatan Akiff dengan Azif dah mentido dalam keter… Fuhhh lega… Azif tido dari Penang sampai ke KL tapi si Akiff berjaga kejap masa kat Tapah tapi lepas tu die sambung tido sampai ke KL… Syukur perjalanan kitorang semalam lancar walaupun ada sangkut jem sikit tapi still ok…
Ni aku nak kongsi tips yang aku gunakan untuk rancang perjalanan di musim perayaan…
1. Pilih waktu yang korang paling selesa untuk memandu… Macam aku memang sengaja pilih waktu malam sebab time tu anak tido… kalau diorang tak tido nanti jenuh aku nak menjawab soalan “lambat lagi ke nak sampai?”… Soalan ni akan diulang sejuta kali sepanjang perjalanan… Stress okeh… Lagi pun kesian kat diorang gak sebenarnya…
2. Pantau trafik melalui twitter @Plusline sebab twitter diorang pantas update keadaan trafik terkini…
3. Gunakan apps atau laman web rasmi pengendali lebuhraya untuk dapatkan info terkini trafik… Biasanya kalau musim perayaan memang ada live trafik kat website diorang…
4. Hubungi talian pengendali lebuhraya untuk dapatkan nasihat perjalanan dan laluan alternatif yang korang boleh ikut… Diorang akan advise ikut keadaan trafik semasa…
5. On applikasi waze sepanjang perjalanan sebab waze akan bantu korang ikut laluan yang lebih pantas… Macam aku balik hari tu tiba-tiba waze suruh keluar dari highway dan ikut jalan dalam kemudian masuk highway balik.. Rupanya waze cuba elak kesesakan yang disebabkan oleh kemalangan kat depan sana…
Ikutkan ada banyak cara untuk korang dapatkan info trafik dan yang paling penting sebelum memulakan perjalanan, rancang dulu perjalanan dan dapatkan info trafik semasa untuk elakkan korang dari mereput dalam jem…
umminani says
wah..terbaik. bagus merancang perjalanan.
Shiqeen Sattar says
Awesome.. ss guna info nanie je
Sal says
Perancangan itu penting…terbaik alan !!
Anuar says
Nak balik raya kena rancang perjalanan elok-elok… Kalau boleh balik semula ke tempat kerja sehari lebih awal, supaya dapat mengelakkan daripada Jem…