Gillette adalah jenama yang aku guna dari zaman aku study sampai sekarang… Zaman study dulu aku guna pencukur pakai buang warna kuning atau biru yang murah tu… sebatang seringgit jer… Nak lagi murah kekadang beli yang se’bundle’ dalam plastik kat pasaraya kemudian kongsi dengan housemate… Hahahhaa… Zaman belajar dulu mana ada fikir sangat bab keselesaan atau kesan cukuran… Janji jimat… Walaupun cukuran tak kemas tapi tak kisah pun masa tu…
Sekarang ni aku dah tak guna pisau cukur macam tu… Aku dah lama beralih kepada Gillete Mach3 sebab kulit aku jenis yang cepat merah dan terasa gatal kalau cukuran tu tak kemas dan halus… Mengade kann padahal dulu boleh jer… Hahahha… Mungkin sebab kesan dari cukuran dulu jugak la kot menyebabkan bahagian cukuran tu jadi nipis dan sensitif…
Baru-baru ni aku berpeluang hadir ke majlis pelancaran Gillette Mach3 Baru dan jadi antara yang terawal menggunakan pisau cukur ni yang telah ditambahbaik untuk keselesaan pengguna… Aku tertarik dengan ciri-ciri baru yang ditambahbaik seperti bilah pencukur yang lebih tajam, bar gel yang dipertingkatkan dan lebih lebar serta lapisan teknologi Thin Uniform Telomer (TUT) yang menguatkan bilah yang halus… Dalam majlis khas untuk memperkenalkan Gillette Mach3 baru-baru ini, selebriti tempatan iaitu Fahrin Ahmad yang juga pengguna Gillette ada berkongsi pengalaman bagaimana cukuran yang kemas dan selesa memberikan penampilan yang menarik dengan kulit yang hebat mampu meningkatkan keyakinan diri… Hurmm… Memang aku pun setuju sebab kalau cukuran tak kemas nanti akan rasa gatal-gatal pada kulit dan menyebabkan kulit nampak merah… Kalau dah jadi macam tu memang confident level pun akan drop bila berhadapan dengan orang… Korang tahu tak yang rekaan Gillette Mach3 mempunyai 7 ciri utama antaranya mempunyai 3 bilah pencukur, setiap bilah dipasang secara individu pada pemegang spring untuk menambah keselesaan cukuran… Selain tu, pencukur ni jugak mempunyai pelindung kulit dari microfin lembut dan fleksibel yang meregang kulit untuk menyediakan permukaan yang lebih licin untuk cukuran yang lancar… Pemegang Mach3 juga direka dengan ciri ergonomik untuk memberikan pegangan yang selamat walaupun dalam keadaan basah…
Sebenarnya kann, dengan ciri-ciri yang ada dan ketahanan pencukur Gillette ni aku rasa harga Mach3 series sekitar RM15.00 sehingga RM19.00 dah dikira murah dan berbaloi sebab boleh digunakan sehingga 10 kali dengan tahap keselesaan yang masih sama… Dan aku kadang-kadang guna sampai 20 kali pun masih ok lagi bergantung kepada tahap penggunaan… Bayangkan kalau guna pencukur pakai buang tu dah berapa banyak kali nak kena beli baru.. Pastu permukaan kulit muka pun jadi kasar dan tak selesa…
Pastikan korang cuba Gillette Mach3 baru untuk dapatkan kulit muka yang hebat… Great Shave, Great Skin…
Website: www.gillette.com
Facebook: Gillette Malaysia
dkna abza says
10 kali ? Fuh ! berbaloi ni kalau beli.. aku nak bagitau jai la..
YB Shehan says
wow. jimat la gtu. leh guna bnyk kali. nt nk suh asben beli
Mama Kembar 3 says
Menarik, boleh rekemen kat hubby nnt
yanieyusuf says
amboii btambah macho lah abg Lan ye.. Yang penting bagus untuk penjagaan penampilan diri untuk lelaki.. kemas baru nampak ensem..hihih
lisa says
3 pisau.. waww..bese nampak 2 je. mesti lagi kemas kan..
Kak Sue says
Wah..jimattt,boleh la nanti belikan untuk suami Kak Sue..
lisa says
3 pisau.. waww..bese nampak 2 je. mesti lagi kemas kan.. jimat masa . tak geli dah bdak kalau pegang
mas saari says
menarik gillette baru ni..
boleh beli utk husband sbb dia mmg pengguna pencukur gillette..
Afiq Halid says
Pencukur yg baik sgt penting untuk lelaki maskulin supaya kelihatan kacak, handsome dan kemas. Kan kan kan? Hehe
Bonda Zahra says
Wah, berbaloi2.
Shiqeen sattar says
Pompuan leh guna tak?
ekjozbuluh says
boleh ketuk2 tak dekat sinki?