Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kos ubahsuai bilik air rumah

August 2, 2016 by Admin 68 Comments

Spread the love

Dulu masa mula-mula beli rumah, macam-macam yang aku plan nak buat kat rumah tapi ongkosnya non hadooo… Kena menabung sikit-sikit baru boleh buat… Aku beli rumah ni 5 tahun lepas, memang basic semata-mata… Tuan rumah dulu tak buat apa-apa pun… Die hanya cat dinding dalam rumah tu jadi macam tadika… Dinding kat hall colur kuning, bilik colur purple… bilik 1 lagi colur biru, master bedroom colur pink… Toilet depan colur kuning, toilet dalam bilik colur purple… Ko rase??? Hahaha…

Niat nak cat balik 1 rumah tapi dok bertangguh sampai sekarang cuma dinding dekat hall depan tu jer yang aku dah cat baru… wall painting 2 Cerita hal cat mengecat ni aku dah story dulu 3 tahun lepas… Design feature wall tu aku upah orang tolong buatkan… Yang lain semua aku cat sendiri… Pastu aku ada jugak tempat cabinet tv dengan wardrob kat dalam bilik…

Okeh… Berbalik kepada renovation bilik air kat rumah aku ni… Aku terpaksa buat sebab lantai bilik air leaking ke rumah bawah…. Jiran bawah dah komplen kat aku awal tahun hari tu tapi sebab budget tak cukup, itu yang bertangguh sampai bulan 7 baru nak buat… Mulanya nak tukar lantai jer tapi macam pelik pulak, itu yang tukar baru semua apa yang ada dalam bilik air tu…

Bila nak buat bilik air baru ni kena tengok budget dulu… Budget aku RM4,000 jer, so kena pandai-pandai la design ikut budget tu… 1st step aku cari tukang dulu… Aku tak nak cari kontraktor sebab kos kontraktor biasanya lagi tinggi… Diorang upah orang lain pulak untuk buat… Kalau ambik tukang, ko bayar kat orang yang buat tu terus… Cara paling mudah nak cari tukang adalah dengan tanya kat FB… hahaha… Serius, bile aku up status kat fb ramai pulak yang PM rekemen tukang yang diorang kenal…

Aku dapat beberapa harga dari tukang berlainan… Ada yang kenakan kos upah sahaja sampai RM4,500… So, pepandai la survey… Jangan kalut… Yang aku dapat ni RM2,300 untuk kos upah dari awal sampai siap…Barang aku beli dan sediakan cuma simen, pasir, bata dan waterproofing tukang tu yang sediakan… Itu dah termasuk dalam kos RM2,300… Deal kena bagi jelas dan tulis kat sekeping kertas dan mintak tukang tu sign… Bahan-bahan tu aku suruh dia sediakan sebab aku tak pandai budget untuk beli benda-benda tu… Baik serahkan kat die jer yang uruskan…

Untuk beli barang-barang besar macam mangkuk tandas, singki, tiles, pintu dan segala aksesori korang kena buat survey dulu untuk tahu budget… Bende ni subjektif, harga berbagai ikut kualiti dan brand… Sebab budget aku agak ketat, so barang-barang aku beli pun yang jenama biasa-biasa tapi gred kualiti yang ok…

RM399.00

RM399.00

Mangkuk tandas ni aku beli dekat EK Hardware DIY… Kedai hardware ni ada dalam shoping mall Viva Home kat Jalan Loke Yew, KL… Ni harga termurah yang aku jumpe… Yang lelain semuanya RM500 ke atas… Tapi kalau nak jimat sikit korang boleh jer ambik toilet bowl yang 2 piece… Boleh dapat dengan budget RM250… Yang aku punyer ni jenis 1 piece… Tahu tak apa beza 1 piece dengan 2 piece… Ok refer gambar bawah ni nanti korang faham sendiri perbezaan tu… 1-vs-2-piece-toilets

Ohh yaaa… sebelum nak beli toilet bowl tu korang kena ukur dulu jarak antara lubang bawah toilet bowl tu dengan dinding… Sebab nanti bila nak beli diorang akan tanya nak toilet bowl yang berapa inci… Jangan jadi macam aku, bile die tanyer berapa inci terus aku blur… Rupanya ada size… Bile balik ukur baru tahu aku punyer kena saiz 10″…

20160801_225112

Singki RM188 termasuk tap & stopper… Mirror Cabinet RM137.00

Singki dengan kabinet cermin tu aku beli kat kedai HomePro dalam IoI City Mall Putrajaya… Harga singki RM188.00 dan ada free stopper dengan kepala paip tu sekali… Jimat dah kat situ sebab kalau nak beli kepala paip tu pun dah berapa puluh ringgit dah…

20160801_225048

RM36.50

Rak 3 tingkat ni pun aku beli kat HomePro jugak… Aku memang cari yang letak kat sudut style cenggini sebab nampak simple…

20160801_225039

RM12.90

Penyangkut tuala ni aku beli kat Ikea Cheras… Simple jer kann… Nampak jer macam ni tapi kukuh dan keras… Memang tak melentur…

20160801_225124

Shower Head RM108.00 termasuk batang… Tingkap 1’x1′ RM250.00…

Shower head ni aku beli kat kedai hardware dalam Viva Home yang aku beli toilet bowl tu… Situ yang paling murah aku jumpe… Kalau kat HomePro harga shower head sekali batang tu RM200 tapi kat sini lagi murah… Sebelum bayar pastikan korang tanya harga tu termasuk batang besi tu sekali tak, sebab ada yang harga shower head dengan besi tu berasingan… Untuk tingkap kecik tu aku tak sempat nak survey… Aku mintak indon tu yang tolong order dan beli… Tak tau la murah ke mahal tingkap tu tapi aku rasa macam mahal jer… huhuhu…

20160801_225101

Spray Hand Biddet RM44.00… 2 way Tap RM78.40…

Hand biddet dengan two way tap ni aku beli kat  hardware yang sama dengan toilet bowl… Aku rasa kat kedai D.I.Y lagi murah kot… Dah beli semua baru teringat kat D.I.Y pun ade jual mendalah ni semua… Cisss…

20160801_233435

Bi-fold Door RM480.00 sekali harga hantar dan pasang…

Pintu aku pilih jenis lipat 2 macam ni… Aku beli kedai yang sama kat Viva Home… Ada beratus design pintu yang korang boleh pilih… Die akan bagi katalog dan korang akan rambang mata nak pilih design… Aku suruh Miss Permaisuri yang pilih tapi pilihan die tu mesti dipersetujui oleh aku… Wakaka… Kitorang pilih design yang kod SFN11337 dalam gambar atas ni… Untuk frame pintu pulak kitorang ambik colur bronze yang kod 8400LB dalam gambar atas tu…  Tapi masa aku update blog ni pintu bilik air masih belum pasang lagi… Diorang kate nak datang rumah hari ni untuk ukur pintu dan kemudian nanti baru die akan pasang…

20160801_225151

Floor Tiles 2’x1′ RM6.50/pcs… Wall Tiles 1’x1′ RM2.60/pcs… Floor Trap RM25.00…

Sebenarnya kos tiles takde la mahal sangat… Ikut kualiti tiles yang dipilih… Macam aku punya ni kos untuk wall tiles sahaja RM351.00… Harga yang putih dengan bintik hitam same jer… Floor tiles pulak RM104.00 sebab pakai tak banyak pun… Korang kalau nak beli tiles lantai untuk bilik air kena tanya diorang tiles yang sesuai untuk toilet dan tak licin even kena sabun pun… Ada tiles yang tak licin tapi bila kena sabun akan jadi licin gak…

Tiles ni aku beli kat Super Ceramic Tiles kat Jalan Reko, Kajang… Kedai ceramic yang murah aku hanya survey melalui google jer… Ramai yang cakap kat Jalan Reko Kajang ada yang murah dan salah satunya Super Ceramic Tiles ni… Harga tiles ada macam-macam ikut gred… Seeloknya beli tiles yang Gred A…

Sebenarnya aku tak puas hati sangat dengan floor tiles dalam bilik air aku ni sebab colur ni agak cerah… Salah aku la tu masa pilih tak pilih bebetul… Pastu susunan tiles ni aku nak dipasang melintang sebenarnya supaya bilik air nampak lebih luas tapi lupe nak pesan kat tukang tu… Bile dah siap baru perasan die pasang menegak macam gambar atas ni… huhuhu…

16-08-01-22-58-48-380_decoKorang perasan tak yang tingkap bilik air tu aku sengaja kecikkan dan tinggikan sikit supaya nak nampak bilik air tu luas sikit… Tiles kat dinding pun aku tinggikan sampai paras bawah tingkap… Tinggi asal tiles dinding tu 5′ jer tapi aku naikkan kepada hampir 6’… Pastu warna dinding aku cat putih sebab nak bagi lagi terang… Ehh terlupa pulak harga cat… Aku beli 1 tin kecik cat sealer harga RM38.00… Deal awal aku dengan tukang tu takde kerja mengecat pun tapi nasib baik die buat jugak tak mintak extra caj… hehehe…

20160801_232710

Ni nak cerita tragedi sebelum kerja siap… Sebelum cat, indon tu grill dinding untuk pasang rak sudut, kabinet cermin, penyangkut baju dengan tempat letak hand biddet tu… Sekali masa grill tiles tu terkena pulak batang paip kat dalam dinding… Memancut air keluar dari celah tiles tu… Perghhhhh… Kalau aku dah meroyan luah perasan kat facebook dah… Hahaha…

20160801_232651Benda silap macam ni bukan boleh main tampal jer… Nak tak nak terpaksa la pecahkan balik tiles yang terlibat dan tukar paip dalam tu… Nasib baik tiles tu ada extra 2 keping lagi… So, memang ngam ngam tiles yang aku beli tu… Kerja ni sepatutnya boleh siap dalam 6 hari tapi sebab masalah ni terpaksa drag 1 hari lagi… 7 hari baru siap keseluruhannya…

Kos keseluruhan untuk buat baru bilik air rumah aku ni adalah RM4,601.80… Aku bagi extra RM50 kat indon tu untuk beli paip dan apa-apa keperluan piping… So far aku puas hati dengan kerja yang die buat… Sampah sarap dengan tiles lama semua die buang kat tempat pelupusan… Memang die bersihkan semua longgokan sampah yang ada… Korang kalau nak contact tukang Indonesia ni untuk tanya harga boleh wassap die (6016-608 7899 – Hassan)… Die tinggal kat Cheras… Dia kata area lain pun die boleh buat tapi kos die akan up sikit untuk transportation…

Sekarang dah nak kena start menabung balik untuk buat toilet dalam master bedroom pulak… Hehehe…

Update: 10 Disember 2017

Ada beberapa lagi kerja ubahsuai dilakukan di rumah dan telah dikongsikan di dalam blog ini. Boleh baca juga entry Kos Renovate Dapur Rumah dan Ubah Suai Bilik Air Master Bedroom. Juga boleh rujuk article  tentang tempahan kitchen cabinet murah dari Intech Kitchen.

Update : Harga di atas adalah tahun 2016. Sekarang dah banyak tahun berlalu dan harga memang dah sangat berbeza. Korang boleh tanya sendiri dengan Pak Hassan (016-608 7899) www.wasap.my/60166087899

Loading

Filed Under: Personal Tagged With: Personal

« Makan Campur Campur gaya Indonesia, Chinese & Thailand
Gathering Raya KBBA9 – Jalinkan persahabatan »

Comments

  1. Mus says

    August 2, 2016 at 1:19 pm

    cantik hasilnya.. nampak lebih luas dan moden..

    Reply
  2. Anil Wanina says

    August 2, 2016 at 2:09 pm

    Fuhh… smalam baru kopakkan pintu master bedroom sbb tombol dia rosak… tak pepasal stuck dlm bilik.. dh la anak kat luar.. makanya, kena la juga renovate master bedroom gak ni… hahahhah

    * takde kena mengena dengan tajuk

    Reply
  3. Jueliza says

    August 2, 2016 at 2:23 pm

    Laju tak shower tu.. pernah beli b4 ni jenis ala2 grand gini tp kan air slow la

    Reply
    • Admin says

      August 2, 2016 at 2:34 pm

      Ok jer… ikut tekanan air la kot… tekanan air kat rumah mmg kuat…

      Reply
  4. Yanty Lee says

    August 2, 2016 at 2:35 pm

    cantik nya…nmpk mewah!

    Reply
  5. YB Shehan says

    August 2, 2016 at 3:54 pm

    smart. nampak kemas

    Reply
  6. nadia johari says

    August 2, 2016 at 6:12 pm

    Nak kena pergi ioi city mall cari barang2 rumah gak ni..hehehe..terfikir gak nak ubahsuai bilik mandi

    Reply
  7. Mama Kembar 3 says

    August 2, 2016 at 10:53 pm

    Lawa! Nampak simple & smart. Hmm bilik air kat rumah ni pun dah leaking gak, sian jiran bawah huhu. Tengah berkira kira nak buat coating lantai je ke camna. Bajet ciput gak ni huhu

    Reply
  8. Rara says

    August 3, 2016 at 10:16 am

    kalau mcmni rasa mcm nk mandi selalu, cantik sgt abg lan!

    Reply
  9. Shiqin Sunshine says

    August 3, 2016 at 11:26 am

    Wahhh bila tgok nak beli brg2 tu tearasa mcm main the sim huhu..seronok bila shpping bnda yg kita nk dgn harga berpatutan… cantikk!!

    Reply
  10. rozita says

    August 3, 2016 at 11:27 am

    baru nak tanya selama tunggu siap mandi kat mana…hahaha… menarik jugak ni.. kami macam nak tukar satu tandas ke tandas cangkung.. hehe

    Reply
    • Admin says

      August 3, 2016 at 2:45 pm

      RUmah ada 2 bilik air… guna bilik air yg 1 lagi…

      Reply
  11. Hanim says

    August 3, 2016 at 11:36 am

    Boleh tahan ..cantik dan kemas dia buat. Tunggu la aku ada bajet macam ko teringin gak nak buat hehe

    Reply
  12. Bella Idura says

    August 10, 2016 at 11:35 am

    Sangat membantu abang lan.. Lepas ini nak tengok pintu plak.. Cepat skit x sabar. Huhuhu

    Reply
  13. IDA says

    August 13, 2016 at 8:58 pm

    tumpang mandi boleh? hihi

    Reply
  14. atiehilmi dot com says

    August 30, 2016 at 12:42 am

    yeay !! ade rezeki tahun depan kami duduk rumah sendiri.. nanti boleh try.. hee~ nanti saya share kat blog saya plak cemana selepas – di – aplikasi – kan tips dari tuan.. halal ye..

    Reply
  15. Wansiti says

    September 12, 2016 at 9:09 pm

    Saya nak renovate rumah..nak tambah bilik dan pecahkan tingkap depan jadikan pintu utama serta tambah bumbung di hadapan..rasa2 en hassan ni blh ke buat.saya tggl di keramat.

    Reply
    • Admin says

      September 13, 2016 at 12:32 am

      InsyaAllah die boleh jer buat… Tp contact dan nego harga dgn dia…

      Reply
  16. Diyana Arifin says

    October 5, 2016 at 11:12 am

    Assalamualaikum dear
    Dah try call dah no hassan tu tapi xboleh la. Terus ended call.

    Reply
    • Admin says

      October 6, 2016 at 9:28 pm

      Try what’s App die.. Call mayb die x jwb sbb tgh bertukang atau apa2…

      Reply
      • nurul jaaffar says

        December 16, 2016 at 2:50 pm

        alhamdulillah baru siap buat dgn pak hasan. kemas hasil kerja. dalam masa 3 hari siap dia renovation bilik air sy.

        Reply
        • Rudi says

          February 6, 2017 at 3:00 pm

          salam puan.. update la gambar bilik air rumah puan hasil tangan pak hassan ni.. sy teringin nak cuci2 mata..hihi.

          Reply
        • sani says

          June 28, 2018 at 12:18 pm

          bagi no hp kontraktor please

          Reply
      • Zuraini says

        June 24, 2018 at 1:46 pm

        Assalamualaikum Nurul..boleh bg no pak Hassan tu kat saya..saya nak renovate rumah gak ni..no phone saya 01112867458..nama saya zura

        Reply
  17. Lan Careno says

    November 27, 2016 at 5:38 pm

    Saya dalam perancangan nak renovate dapur gak… Kitchen kabinet belum ada lagi. Nak saya Review lengkap dan promote boleh emailkan Best quotation ke lan_careno@yahoo.com

    Reply
  18. Sof says

    December 23, 2016 at 2:37 pm

    Ioi mall level.brp.belo brg tu

    Reply
    • Admin says

      December 27, 2016 at 10:42 am

      home pro kat bawah.. x pasti level berapa… besar gedabak home pro tu.. mesti jumpe..

      Reply
  19. Rinda says

    December 25, 2016 at 2:34 pm

    Salam admin. Pak Hassan ni buat seorang diri ker atau ada pekerja lain?

    Reply
    • nurul jaaffar says

      December 27, 2016 at 10:04 am

      meh nak tolong jawab. dia ada kawan dia sorang lg. dia buat kije berdua. 3 hari je dah siap dia buat renovation toilet sy. sy pn ambik no pak hasan kt sini. dua minggu lepas dia dtg buat kije rmh sy

      Reply
      • Admin says

        December 27, 2016 at 10:41 am

        hahaha TQ tlong jawabkan… lambat reply lak… Haa btul tu… ade member lain jugak yg bantu die utk ceoatkan progres kejer…

        Reply
        • nurul jaaffar says

          December 27, 2016 at 12:38 pm

          tu la tq admin. nasib baik baca blog admin. sgt berguna tips dr admin ni. dekat2 nak sampai rm4k je kos renovation.

          Reply
  20. NoorAniz says

    December 27, 2016 at 6:52 pm

    Just sharing. Saya beli tiles di Jubin BMS, Jalan Bt 3, Klang. Customer service memang terbaik, esp Ms Tan..compared to another nearby one stop tiles shop (nama kedai dirahsiakan hehe). Harga wise, if berkenan yg clearance sale punya tiles, memang berbaloi2 harga nya. Pilihan tiles pun not bad. Recommended.

    Reply
  21. zitta says

    January 5, 2017 at 6:54 am

    ade lg tak unce ni..nak renovate bilik air ng pecah kan dinding dapur

    Reply
    • Admin says

      January 6, 2017 at 12:06 pm

      yup.. die masih ade… boleh whatsApp contact yg dlm entry ni…

      Reply
      • zitta says

        January 6, 2017 at 12:39 pm

        tq so much tau..

        Reply
  22. Abam says

    January 22, 2017 at 8:44 pm

    Color lantai tak masuk dgn color dinding la..

    Reply
  23. afk says

    February 1, 2017 at 2:42 pm

    Tumpang tanya, berapa ringgit yer kalau upah sahaja? Yang RM4K tu termasuk barang2 kan?

    Reply
    • Admin says

      February 1, 2017 at 3:06 pm

      Dalam entry ni saya dah ceritakan secara Detail nilai setiap barang dan kos upah. Boleh baca balik.

      Reply
  24. Nor Azmiah Madzin says

    June 4, 2017 at 10:14 pm

    Brp keluasan bilik air tu?

    Reply
  25. Naz says

    October 3, 2017 at 8:10 pm

    Total kos RM4,601.80 tu termasuk harga upah (RM2600) dan beli barang-barang ke?

    Reply
    • Admin says

      October 4, 2017 at 7:31 am

      4609.80 tu kos keseluruhan dah… pecahan kos ade dlm entry ni… kat gmbr2 tu ade tulis harga brg… kos upah tu dah termasuk pasir, batu dan beberapa perkara mcm ditulis dlm ni jugak…

      Reply
  26. Wafi Jamaluddin says

    October 23, 2017 at 4:58 pm

    lawa bang boleh tahu kos sebenar bila baca review sini

    Reply
  27. Athirah says

    November 1, 2017 at 9:26 am

    Cantik… tgh survey nak reno toilet gak ni

    Reply
  28. Eizal says

    November 24, 2017 at 3:37 pm

    SAya call tak dapat , dah tukar no ke

    Reply
    • Admin says

      December 4, 2017 at 8:41 am

      Hassan masih pakai no yg sama. Juz utk WhatsApp no tu.

      Reply
    • Lokman says

      December 18, 2017 at 12:12 am

      Dia di batam sekarang. Sy whatsapp dia reply je.

      Reply
  29. Seri says

    February 12, 2018 at 4:25 pm

    Nampak luas dan design menarik sgt

    Reply
  30. zacharia says

    May 9, 2018 at 10:40 am

    Cantek..Yang tak canteknya tak membantu ekonomi negara..Tertanya2 selalu kenapa tak nak ambil kontraktor tempatan..padahal kepakaran ada diperakui dengan lesen PKK, bayar cukai kpd kerajaan..kalau tak nak kontraktor melayu ambil kontraktor kaum cina atau kaum india, asalkan Malaysia. Demi kemakmuran ekonomi negara, berbilion aliran tunai mengalir keluar oleh warga asing..please Ubah Sikap

    Reply
    • Admin says

      May 9, 2018 at 11:04 am

      Mcm mana nak bantu ekonomi negara sedangkan ekonomi sendiri pun ala kadar jer.. Sbg pengguna mesti nak yg worth for budget dan dlm kemampuan sendiri. Kalau mampu, ofcoz akan ambk kntraktor berdaftar sbb lbh terjamin.

      Reply
      • Ryan says

        June 27, 2020 at 7:42 am

        Kalau mampu boleh la upah local. Kalau duit sikit nak kena sesuaikan la…review kerja pun bagus, tak kisah dia siapa sy akan ambik.

        Reply
  31. jasni06 says

    June 16, 2018 at 8:31 am

    terima kasih’ tips yg berguna’ sy punya bilik air kt tingkat bwh kaler da mcm badan ular sawa, dinding warna pink, mangkuk tandas warna biru gelap hahaha… silapnya tk tengok betul2 masa tukang tu buat 🙂

    Reply
  32. heri says

    June 20, 2018 at 4:31 pm

    selamat raya semuanya

    Reply
  33. Ashikin says

    July 5, 2018 at 11:20 am

    salam, menarik saya tengok renovation bilik air, boleh saya dapatkan no tel pak hassan.

    Reply
  34. mumtaz says

    July 5, 2018 at 4:12 pm

    salam, menarik saya tengok renovation bilik air, boleh saya dapatkan no tel pak hassan.

    Reply
    • Admin says

      July 6, 2018 at 11:25 am

      Saya dah update no Hassan dalam blog… 60 18-258 8289

      Reply
  35. Joe says

    November 30, 2018 at 5:59 pm

    ko tolong promosi Indon….Indon juga yg kaya…Takde Melayu ke?

    Reply
    • Admin says

      November 30, 2018 at 6:02 pm

      Sy juz sharing hasil kerja dia dgn saya. Itu kejer sy sbg blogger, sharing experience…

      Reply
  36. Nur Fazleen says

    February 7, 2019 at 10:11 am

    Terima kasih atas perkongsian

    Reply
  37. tukang komen says

    February 8, 2020 at 11:03 pm

    yg tingkap tu cover dengan drywall je kan? sebab duduk apartment tak kan nak susun bata pulak kan? 😀

    Reply
  38. BEN says

    May 23, 2020 at 5:02 pm

    Lawa! Saya pun plan nak buat renovation
    Tingkap original lagi besar Dan boleh kasi banyak natural lighting kan?
    Tukar dari 2 panels to Satu panel. What do you think, sir?

    Reply
    • Admin says

      August 26, 2020 at 12:16 pm

      1st.. tingkap tu view ke unit org… tak bukak pun sbb nnti kena skodeng… buat tingkap kecik sbb bg effect luas skit dlm toilet sbb permukaan dinding lbh luas… lg pun adjust tingkap tu naik atas skit…

      Reply
  39. nizam says

    August 23, 2020 at 8:26 pm

    boss nak tanya ,
    1. saiz bilik air tu berapa
    2. lepas bikin air bertakung tak di atas lantai bilik air atau mengalir dengan lancar ke trap?
    3. ada info dari jiran bawah dah tak de leaking ke?

    saya sedanf mencaari tukang sebbab lantaibilikair atas leaking ke bahagian bawah,

    Reply
    • Admin says

      August 26, 2020 at 12:14 pm

      saiz bilik air tak sure brapa.. malas lak nak ukur… air tak bertakung kat lantai, mmg mengalir dgn baik ke floor trap… leaking dah xde kat rumah jiran bwh… mmg ade jer tanya dia…

      Reply
  40. Nur says

    March 28, 2022 at 2:24 pm

    Salam, boleh bagi saya contact number contract?
    Terima kasih

    Reply
    • Admin says

      April 6, 2022 at 7:43 am

      01136523499 ni nombor pak hassan… boleh cuba call dia.. Kejer dia memang kemas.

      Reply
    • Hasan says

      May 12, 2024 at 12:22 am

      0166087899
      Moh hasan

      Reply

Trackbacks

  1. Bukan nak menunjuk tapi nak berkongsi info tentang pengubahsuaian tandas rumah - Blog Abah Careno says:
    April 6, 2022 at 7:48 am

    […] balik entry sebelum ni yang aku citer pasal kos renovate dapur. Ada jugak entry tahun lepas pasal kos renovation bilik air rumah yang aku dah tulis secara detail giler. Bukan harga barang jer, kat mana kedai aku beli barang pun […]

    Reply
  2. Tukar pintu jenis safety/security door untuk keselamatan keluarga. - Blog Abah Careno says:
    April 10, 2022 at 9:58 am

    […] diberikan sebab frame pintu baru nanti nak kena tanam dalam dinding. Aku panggil tukang Indon yang renovate bilik air rumah aku hari tu. Kos upah termasuk barang semua die beli adalah RM400.Semua kerja ni kena settle […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative