Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Filem Mechanic: Resurrection lakonan Jason Statham berlakon di Penang & Kedah…

August 27, 2016 by Admin 23 Comments

Spread the love

Panjangnya tajuk entry aku kali ni… Hahaha… Teruja giler aku nak review film ni sebab ada sesuatu yang menarik aku nak ceritakan… Korang kenal Jason Statham? Kalau minat filem aksi mesti kenal kan… Film lakonan Jason Statham tak pernah mengecewakan… Tapi kali ni memang betul-betul best… Aku berani bagi 5 bintang… mechanicposterSelain Jason Statham, ada juga Jessica Alba dan jugak Dato’ Michelle Yeoh dalam film ni… Ceritanya pasal Jason Statham yang merupakan pakar pembunuh upahan yang dipaksa untuk membunuh 3 orang yang dikehendaki… Kematian 3 orang tu pulak mestilah dianggap sebagai kemalangan oleh media… Orang tak boleh tahu yang diorang tu dibunuh… Disebabkan Jessica Alba dah jadi tebusan, nak tak nak die terpaksa jugak merancang pembunuhan 3 orang tu walaupun sebenarnya dia dah berhenti dari membunuh…

Mangsa pertama sedang menjalani hukuman penjara di sebuah penjara di Kedah, Malaysia… Haaa bila die sebut Kedah terus aku bertambah teruja sebab film cenggini hebat berlakon kat Malaysia walaupun hakikat sebenarnya lokasi penjara tu tak menunjukkan penjara Malaysia… Yer la sebab penjara tu kat tepi laut… Penjara kat Kedah bukan tepi laut pun…

Dalam proses dia merancang pembunuhan ni korang boleh la dengar warden penjara dan polis bercakap dalam bahasa Malaysia dalam film ni… Cuma ada 1 part tu bila polis Malaysia paksa Jason Statham keluar dari bilik tahanan die sebut “ayuhh.. Cepat…” Bunyi dah macam bahasa Indon pulak…

54581 Ni antara babak sebelum Jason Statham ditangkap dan dipenjarakan… Nampak tak no plat kereta tu… Masa ni jugak ada scene jual beli menggunakan duit ringgit… Boleh nampak Jason Statham pegang duit RM10 dengan RM50… Hehehe… 1467706161mehanik-voskreshenie Dato’ Michelle Yeoh dalam film ni memegang watak orang Thai yang ada resort… Tapi masa tarian kat resort macam dalam gambar ni aku dengar macam lagu melayu jer… Tapi tak pasti lagu ape…

Dari mula cerita sampai habis memang penuh dengan aksi… Takde langsung ruang untuk rasa boring… Aksi Jason Statham ni pun kemain mengancam dan menarik… Setiap siri pembunuhan die memang dirancang agak menarik… Bab logik akal kena tolak tepi bila tengok citer ni…

Macam aku kata tadi aku bagi 5 bintang untuk film ni dan korang wajib pergi tengok sendiri kalau tak percaya…

(Sumber gambar: Google Image)

Filed Under: Movie, Review Tagged With: film, Movie, Produk review

« Barbershop hipster dah menarik cuma part kebersihan kena jaga…
Pencukur Gillette Mach3 Baru lebih selesa dan berteknologi tinggi »

Comments

  1. Kak Sue says

    August 27, 2016 at 8:16 am

    Wah..baca pun macam best dah nie..boleh lah pergi tengok nanti..

    Reply
  2. Faizal Fredley says

    August 27, 2016 at 11:05 am

    5 bintang?? errrkkkkk acaner ko review nih….ahhaha x best lansung..nak2 part kat peneng tu…jadi mcm drama melayu dah…

    Reply
    • Admin says

      August 27, 2016 at 11:08 am

      Ciss… Part penang tu brapa minit jer… Tp part melayu tu buat aku lg teruja… Bab aksi mmg superb laa…

      Reply
    • Farah says

      May 11, 2017 at 2:00 am

      Sure Awk ni x menghayati citer ni..

      Reply
      • Jusoh ninja says

        December 28, 2018 at 5:42 am

        yes.. faizal fredley ni bkn kaki movie ni.. ko ni kaki drama tv3 ptg2 kan. Pebenda la. Hahaha.

        Reply
  3. anuar says

    August 27, 2016 at 12:55 pm

    Dato’ Michelle Yeoh pun ada.. orang Ipoh tu.. kena tengok citer ni..

    Reply
  4. Pha Is says

    August 28, 2016 at 1:19 am

    nk kna pi tengok nih..

    Reply
  5. Chempaka says

    September 3, 2016 at 12:55 am

    Rasanya cite ni cite jason statham yang paling boring pernah tengok. Sayang pelakon dah best2 tapi jalan cite kelaut. Huhuhu

    Reply
    • jaja says

      September 8, 2016 at 9:36 am

      betul tu..cerita jason kali ni menghampakan..

      Reply
  6. Mie says

    October 5, 2016 at 1:41 pm

    Lansung x mengambarkan malaysia sbb bahasa warden adalah bahasa melayu baku, yg digunakan oleh Indonesia, 2nd, mundur giler keadaan penang pkai kete2 lama plak tu, warden penjara malaysia lg klakar, sbb bju pn serabut xmenggambarkan anggota yg segak dan xsama lansung ngan malaysia pnye..nmpk jelas lebih mcm indonesia pnye..logo penjara pd warden pn sah2 indonesia pnye..keadaan penjara walaupn dikatakan high security tp dh mcm penjara kt blah negara bergolak, lansung xgmbrkn..so far, jln cerita pn kelaut..

    2 bintang jela pd aku..

    Reply
    • saje komen says

      October 8, 2016 at 1:19 pm

      Ye betul tu Mie. Tengok M’sia dlm citer ni mcm indon je. terbayang gak kate high security. msti guard sado. ni mcm ikan kering. wkwkwkw

      Reply
  7. Proud of malaysia says

    October 9, 2016 at 2:15 pm

    Asal Malaysia masuk filem hollywood mesti nk tunjuk macam negara blm merdeka, kuno & kotor..dalam filem ni waktu scene kat Malaysia more like indonesia! Dengan pekan kuno..uniform polis pn polis indon & siam punyer earna coklat..cakap pn mcm indon! Yang siam pulak tetiba jadi mcm malaysia..tarian, baju & lagu..out giler movie ni!

    Reply
    • Zikri says

      December 28, 2016 at 1:06 pm

      Ini kenapa pada menyalahkan Indonesia ? Indonesia tidak terlibat sama sekali dalam film ini,haha terkadang lucu lihat beberapa orang orang Malaysia ini ada masalah dikit nyalahin negara Jiran,Unifrom police Indonesia tidak seperti itu dan tidak menggunakan topi seperti itu jadi Please jangan libatkan Indonesia ya

      Reply
  8. cikYanaLi says

    October 22, 2016 at 4:17 pm

    sebenarnya penjara kedah ke penjara kaedah?ha ha ha..sbb gmbr tmpal kt dinding dlm bilik kt hotel tu tulis penjara kaedah..

    Reply
  9. Nini says

    November 10, 2016 at 9:46 pm

    Itu penjara pulau jerejak. Mmg dikenali sbagai alcatraz Malaysia

    Reply
  10. AZHAR says

    November 15, 2016 at 12:17 am

    mintak maap ye bang..bagi aku boring la filem ni.lagi best yg mechanic sebelum ni.jalan cerita yang kelakar dan aksi yg agak mengecewakan.yang part Malaysia tu mmg hampeh..tak bangga langsung aku nengok.apa ke buruk sangat gambaran Malaysia dia buat.jilaker punya director.yg xblh belah tu dia acah2 mabuk depan penjara ke apa kena tangkap pegawai penjara…bangang apa..haha

    Reply
    • Unknown says

      May 2, 2019 at 3:59 pm

      tulah, mula2 x sabar nk tengok scene Malaysia, sekali…..
      mcm sebelum merdeka dengan kereta lamanya, bagunan berlumut, Bahasa baku mcm Indonesia, penuh asap…

      Reply
  11. Indonesia says

    November 19, 2016 at 3:21 pm

    Kalian semua comment disini tak perlu singgung Indonesia.
    Macam tak pernah diajar mak kau sopan santun

    Reply
  12. Kulub says

    November 29, 2016 at 7:36 pm

    Nak lagi 5 bintang sbb dia brlakun Di Malaysia? No way… At bg 3.5 bintang jer.. boring3…

    Reply
  13. Pereview movie says

    December 24, 2016 at 10:16 am

    scene kt malaysia bebrape mnit je pon, ko dh letak 5bintang. jalan citernye agak membosankan walaupon cara pembunuhan tu agak menarik.

    scene malaysia tu nmpak mcam indon, high security bapak kau dgn guard ikan bilis. dgr guard ckp pon dh mcam indon

    aq letak 2.6B bintang dah lerrr

    Reply
    • Zikri says

      December 28, 2016 at 1:00 pm

      Ini ada apa kok malah pada menyalahkan Indonesia,ini film tentang kalian jangan kalian singgung kami pula

      Reply
  14. Pala BaNa says

    December 24, 2016 at 2:53 pm

    Selepas 40 minit minit berlangsung aku kluar panggung.. Sampah! Sejak bila pulau kat Malaysia berbatuan lapis mcm kat Bali..sejak bila org dalam penjara boleh buat shrine? Hahahaha…

    Reply
  15. Admin says

    December 28, 2018 at 12:29 pm

    Kan dah cakap bab logik akal tolak tepi… Kalau nak realistik sgt sila tgk drama melayu jer…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.
  • Settle beli semua keperluan sekolah Akiff di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan
  • Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020
  • Fun & Crazy… Family Day kami di Putri Ayu Chalet
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative