Rasanya dah 2 3 musim aku tak main fantasy football ni… Dulu memang dok gila main fantasy ni… Tiap minggu tak sabar tunggu game dan tak sabar tunggu player yang aku beli turun beraksi… Aku mula terjebak dengan fantasy football game ni masa zaman bebudak forum… Dari situ aku belajar main dengan diorang… Ade yang teringin nak main fantasy football ni tapi tak faham permainan ni macam mana… Okeh… Ni aku nak explain dan ajar korang cara untuk main game ni…
Mula-mula kena daftar dulu kat website https://fantasy.premierleague.com/ dan creat team korang sendiri… Korang boleh direct klik login melalui facebook atau sign up…
Kemudian, follow jer step yang ada… Isi form tu takyah letak nama penuh pun boleh… Dah lengkap isi semua nanti tunggu email pengesahan dan klik melalui email tu untuk sah kan email korang… Bile dah sah kan email tu nanti, korang akan dapat paparan macam bawah ni…Okeh… sekarang masanya untuk korang creat team sendiri… Kena penuhkan 15 player yang ada dalam tu… Untuk permulaan dan nak mudah aku syor korang klik Auto Pick… Nanti computer akan tolong pick player untuk korang… Lepas tu, yang mana player tak berkenan tu korang remove dan self pick melalui list yang ada kat sebelah kanan tu…
Dalam gambar atas ni korang tengok ruangan Money Remaining tu… ade £100 budget yang diberikan… Sekarang korang tengok kat list player kat sebelah tu pulak… Setiap player ade nilai £ sendiri… Setiap player yang korang pick akan ditolak nilai player tersebut dari total peruntukan £100 yang diberi… So, tak boleh la korang nak beli top player jer semue sebab top player biasenyer harga mahal… Jadi, sebagai manager korang pepandai lah pilih player sendiri dengan peruntukan yang diberikan tu… Ada kemungkinan player yang korang beli sekarang ni harga rendah tapi kalau die perform terbaek, harga die akan naik dan nanti bile korang jual dapat la extra peruntukan untuk beli player lain pulak…Bila korang dah select player nanti die akan auto masuk dalam kedudukan dia sendiri… Contohnya kalau korang beli Rooney, dia akan terus berada di kedudukan striker dalam team korang… Korang tak boleh sesuka hati nak letak Rooney kat defender… Macam atas ni aku baru pilih 4 player dan budget yang tinggal untuk aku adalah £79 jer lagi untuk aku penuhkan senarai player untuk team aku… Ingat! Maksimum 3 player sahaja dibenarkan untuk korang select dari team yang sama… Contohnya kalau ko memang “kipas susah mati” team Manchester United, korang hanya boleh select 3 player jer dari team MU… Lepas tu ko kena cari player dari team lain pulak… Bile dah cukup team korang, klik Enter Squad… Lepas klik tu korang kena namakan pasukan korang tu… Contohnya macam aku punya ni aku namakan Akiff Azif United… Okeh ni contoh pasukan yang dah lengkap…. Bile dah complete boleh la setting kat tepi tu design jersey pasukan pulak… Yang tu kemudian takpe, tak penting pun…
Setiap minggu korang susun player ikut strategi masing-masing… formasi pasukan korang susun sendiri… Nanti akan ada 4 player akan jadi reserve… Player reserve ni akan masuk ganti player utama andaikata player yang korang pilih tu tak turun beraksi minggu tu… Dan kemudian kena select sorang player sebagai capten dan vice capten… Fungsi capten ni agak penting jugak sebab point yang capten ni collect untuk minggu tu akan di double kan…
Setiap minggu korang akan dapat FREE 1 transfer… maksudnya korang boleh jual mana-mana player yang korang dan beli player lain untuk gantikan player tu… Tapi kalau korang nak jual dua player atau lebih pun boleh tapi yang selebihnya tu die akan tolak point dari total point yang korang collect… setiap transfer akan ditolak 4 point dari point pasukan… Andaikata minggu ni korang takde buat pertukaran player, so minggu seterusnya korang dapat tukar 2 player free… Tranfer free ni limit hanya 2 player jer… kalau 3 4 minggu korang tak transfer player, minggu yang kesetrusnya tu tetap hanya 2 player jer yang free… selebihnya akan tolak point… Fuhhh… Macam berbelit pulak aku explain ni… hahaha…Okeh… Motif utama main game ni adalah untuk collect point dan berada dalam top ranking liga… Pastikan player yang korang select tu adalah player yang dapat menyumbang point untuk team… Kutipan point adalah seperti dalam jadual atas ni… Sebagai manager, korang kena pandai manage untuk maksimumkan point…
Lepas dah ade team sendiri, tunggu jer la perlawanan sebenar nanti dan tengok player korang main ok ke tak… Dan ushar jugak player lain yang main bagus untuk korang beli minggu seterusnya… Buang player yang tak ok…
Itu sebabnya game ni dinamakan Fantasy Football… Perlawanan sebenar tapi team korang hanya dalam fantasy… Kalau player korang perform dalam perlawanan sebenar maka banyak la point yang korang dapat… Dan total point yang korang dapat tu akan menentukan kedudukan team korang dalam liga… Untuk join liga yang aku baru creat untuk Blogger korang boleh masukkan code 1701366-413975 untuk Blogger Premier League (BPL)…
Cara nak masukkan code ni, juz klik kat “Click and join leagues” yang ada kat side kanan yang sebaris dengan profile korang tu… Kemudian ambik “Join a league” dan seterusnya klik “Join private league” dan masukkan code 1701366-413975 dalam kotak yang ada… Kemudian secara automatik korang akan dimasukkan dalam liga Blogger Premier League…. Nanti kite tengok team mane yang power k… hehehe…
Kalau ada yang tak faham boleh tanya kat komen… Nanti aku jawab…
Hafiz Rahim says
Okay. Jap g aku buat. Hahaha
nurmisnan says
x retilah nak main benda ni..
kumpul baju bola selai pun takdo.. cam no tu
hehehehe
Anuar says
Alamak… Dah lama tak main game-game macam ni… dulu masa muda-muda adalah main juga.. hehehe
JMR says
lama giler tak main fantasy football sejak kahwin haha