Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Guna pencukur Gillette Mach3 lebih jimat dari pencukur pakai buang

September 20, 2016 by Admin 8 Comments

Spread the love

Jangan ingat perempuan jer yang perlu jaga muka, sekarang ni orang lelaki pun perlu jaga muka. Dah banyak produk penjagaan muka khas untuk lelaki yang ada kat pasaran. Aku pun ade jugak guna beberapa jenis produk penjagaan muka lelaki sebab nak pastikan kulit muka sentiasa segar dan tidak berminyak. Selain produk pencuci muka dan pelembap, antara benda lain yang perlu ada bagi setiap lelaki adalah pencukur. Pencukur ada banyak jenis dan banyak jenama. Ada yang jenis biasa, pakai buang dan ada yang juga jenis elektronik. 20160919_194137Dulu masa zaman belajar aku guna pencukur jenis pakai buang. Nama jer pakai buang tapi berkali jugak guna sebelum buang sebab nak jimat duit. Kesan dari tu kulit bahagian cukuran akan jadi kasar dan gatal. Kekadang tu siap ade bekas merah. Tapi sekarang aku dah tak guna pisau cukur jenis pakai buang lagi dah. Aku guna Gillete Mach3 Turbo yang baru sebab dengan harga sekitar RM15 aku boleh guna pencukur ni lebih dari 10 kali dengan hasil cukuran yang tetap kemas. So, lebih jimat la maksudnya.

Yang terbaru, Gillette ada lancarkan pencukur Gillette Mach3 Baru yang lebih selesa dengan teknologi yang terkini. Gillette Mach3 yang terbaru sekarang datang dengan bilah pencukur yang lebih tajam dan jalur pelincir yang dipertingkatkan untuk memberi hasil cukuran dan kulit yang hebat berbanding pencukur pakai buang biasa. Cukuran selesa yang aku maksudkan adalah cukuran rasa sangat lancar tanpa rasa sakit atau ada iritasi. Pemegang pencukur pun lebih ergonomik dan selamat dipegang walaupun dalam keadaan basah.
20160908_190400 Ni muka aku kalau aku tak bercukur selama 2 hari. Kejap jer bulu-bulu halus kat muka tu tumbuh. Tapi kekadang aku suka macam ni sebab boleh usik anak-anak aku bila cium diorang. Bebudak tu geli kalau aku ada janggut macam ni. Hahahhaa…
20160818_214529 Biasanya aku akan bercukur setiap hari bagi memastikan wajah sentiasa kemas. Tapi kekadang ter’miss’ jugak nak bercukur waktu pagi sebab bangun lambat dan kelam kabut ke office. Wakaka… Tapi sekarang ok dah sebab kalau lambat pun masih sempat jer bercukur sebab dengan Gillette Mach3 Baru masa cukuran lebih cepat…20160908_190426Bila dah bercukur memang automatik muka jadi baby face… Hahaha… Bila kulit muka kemas dan rasa selesa, confident level pun naik bila berinteraksi dengan orang. Korang try la guna Gillette Mach3 untuk rasa pengalaman yang sama macam aku.

Loading

Filed Under: Advertorial, Produk, Review Tagged With: advertorial, Produk, Produk review, review

« Murahnya aktiviti riadah di Tasik Darulaman
Kid’z Paradise The Mines playground untuk parents dan anak main sama-sama »

Comments

  1. Shazillahsani says

    September 20, 2016 at 8:23 am

    Wahhh!! Semakin kacak dn bergaya lar abg lan pakai produk ini

    Reply
  2. ana zarin says

    September 20, 2016 at 8:29 am

    Memang guna gillette sebelum nie…tapi ada baru nie macam kena beli je…hihihi

    Reply
  3. Shiqeen sattar says

    September 20, 2016 at 9:44 am

    Ye ke? Boleh cuba direkomenkan kpd My Hero… dia selalu pakai mesin cukur tuu

    Reply
  4. Hanim says

    September 20, 2016 at 9:52 am

    menarik! nanti nak bagi cik abe try la

    Reply
  5. Allene Noraslin says

    September 20, 2016 at 10:20 am

    licin… bgus yek pencukur ni….

    Reply
  6. ERAZ FADLI says

    September 20, 2016 at 12:37 pm

    Boleh try ni.. Menarik..

    Reply
  7. shark says

    September 20, 2016 at 12:46 pm

    aku suka design dia.
    nampak smart,
    yang pakai buang tu serik jugak nk pakai
    sakit pon ado.

    Reply
  8. dkna abza says

    September 21, 2016 at 9:38 am

    semalam baru terima set gillete mach 3 ni.. tunggu jai guna, nak tengok muka dia jadi babyface camne hehehee

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative