Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pesta Halloween di Legoland Malaysia banyak Zombi

September 25, 2016 by Admin 6 Comments

Spread the love

Seminggu sebelum ke Legoland aku bagitahu Akiff yang aku nak bawak die pergi Legoland tengok hantu halloweeen. Ingatkan dia takut sebab budak Akiff ni jenis penakut. Rupanya dia excited nak tengok. Tiap hari tanya bila nak pergi Legoland Halloween. Penat nak menjawab selagi tak pergi. Aku tanya dia tak takut ke nak tengok hantu halloween tu nanti. Akiff jawab “abah jangan la takut sebab hantu halloween tu katun jer, bukan betul pun”… Ehh, aku pulak die pesan.

Akiff bergambar kenangan dengan hantu halloween.

Akiff bergambar kenangan dengan hantu halloween.

Memang betul dia tak takut pun masa kat Legoland hari tu. Baru-baru ni aku berpeluang ke Legoland Malaysia untuk melihat sendiri kemeriahan sambutan pesta Halloween kat sana. Memang meriah! 20160924_023725Akiff pun aku pakaikan costume bertemakan halloween tapi simple jer la. Nak bagi pakai yang costume setan bertanduk kang kena kecam lak. Hahaha… Ni Akiff dengan best friend die Zafirah, anak blogger Ujang & Yana.

Pesta Halloween di Legoland Malaysia dah pun bermula dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti. Sekarang ni kalau korang pegi sana dapat la tengok decoration dalam tu yang bertemakan halloween dan ada juga beberapa aktiviti lain yang korang boleh buat sempena musim halloween ni. Antaranya Halloween Show ‘Monster Catcher Mayhem’, ‘Lord Vampyre’s Ballroom Maze dan jugak ‘Spooky Miniland Tour’.20160924_21522520160924_21523620160924_02405220160924_21530220160924_21531320160924_215338Haaa… Ada satu lagi aktiviti menarik yang korang wajib buat kalau kesana musim halloween ni adalah ‘Brick or Treat Trail’. Memang fun giler aktiviti ni. Korang kena explore 10 chekpoint dan collect kesemua stamp dari setiap chekpoint untuk dapatkan limited edition brick lego halloween.

Ni la checkpoint yang korang kena lalu dan jangan terkejut pulak sebab setiap hentian ni dijaga oleh hantu atau zombie.

Ni la checkpoint yang korang kena lalu dan jangan terkejut pulak sebab setiap hentian ni dijaga oleh hantu atau zombie.

Setiap chekpoint tu nanti akan ada zombi yang jaga, korang kena buat aktiviti yang disediakan dan kemudian akan dapat hadiah goodies dari penaja yang terlibat. Antara penaja hadiah adalah Milo, Julies’s, Staedler, Ribena, Haribo, Canon dan banyak lagi. Bagi aku yang ni memang aktiviti wajib buat kat sana. Rugi wooo kalau skip aktiviti ni.20160924_215325Selain tu korang juga boleh berehat sambil cuba build replika pumpkin dari lego. Tak susah pun. Follow jer step by step cara yang diorang bagi.20160924_024004Pada 23 September lepas aku dan family berkesempatan hadir majlis pelancaran pesta Halloween yang diadakan di LEGO Kingdom dalam Legoland Malaysia. Masa majlis pelancaran tersebut telah diadakan pertandingan pakaian costume halloween paling menarik untuk kanak-kanak. Haaa sebab tu aku pun pakaikan Akiff costume halloween.20160925_104033Comel-comel jer kan semua. Dalam banyak-banyak ni rasanya korang pun boleh agak kan costume mana yang terbaik dan menepati tema. Haaa dah tentu si pocong tu haa…20160924_023935Memang selayaknya menang pun kan. Kalau korang plan nak ke Legoland, sekarang ni memang masa yang sesuai sebab waktu operasi di Legoland Themepark dilanjutkan sehingga jam 9 malam dan harga tiket masuk adalah RM85 sahaja per entry tapi hanya boleh masuk bermula jam 4 petang sehingga malam untuk ke pesta Halloween ni. Jangan korang datang tengah hari pastu mengeluh tak jumpe pun zombi. Memang la kan sebab zombi hanya kluar pukul 4 ke atas. Haaa ada good news! Kids boleh masuk PERCUMA sekiranya pakai costume halloween. So, boleh la datang untuk feel sendiri kemeriahan pesta halloween kat sini.

Untuk makluman lanjut boleh layari www.legoland.my atau hotline 07-5978888.

Loading

Filed Under: Event, Legoland, Review, Travel Tagged With: blogger event, Event, Legoland, review, travel

« Akiff takut tidur sendiri di Legoland Hotel
Tak sabar nak menikmati pemandangan indah di Kyushu, Japan »

Comments

  1. Bahrain says

    September 25, 2016 at 8:15 pm

    budak2x suka la tema macam ni, kalau laki tak takut tpi perempuan mesti menangis tengok ada hantu. heheh

    Reply
  2. IK Tia says

    September 26, 2016 at 8:02 am

    Meriahnya. Seronoklah budak-budak kalau dapat ke sana.

    Reply
  3. Hanim says

    September 26, 2016 at 8:21 am

    meriah! jarang orang nak lari nampak ‘hantu’ di siang hari macam ni hahaha

    Reply
  4. YB Shehan says

    September 26, 2016 at 9:26 am

    comel giler budak2 tu. tbaik la yg menang. mmg sempoi. dgn muka depa mcm tu. hahahaha. kreatif

    Reply
  5. raihanah says

    September 27, 2016 at 8:18 am

    bestnya. nak pi legoland ni saya nak tunggu si bongsu ni besar sikit supaya dia pandai main2 permainan dlm tu

    Reply
  6. nadia johari says

    September 27, 2016 at 6:08 pm

    seronok sangat kalau bawak budak-budak

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative