Yeaaaa sampai lagi aku ke Legoland Malaysia Resort. Ni kali ke 4 aku datang ke sini dan kali ke-3 menginap di Legoland Hotel. Walaupun dah pernah buat review lengkap penginapan di Legoland Hotel yang korang boleh baca dalam entry Pengalaman Bermalam di Legoland Hotel dan juga entry Masuk Dunia Lego di Legoland Hotel, tapi tetap jugak aku nak share pengalaman kali ni sebab hotel ni memang best giler.
Visit kitorang kali ni adalah untuk tengok sendiri kemeriahan sambutan Halloween yang diadakan di Legoland Malaysia. Itu aku akan ceritakan kemudian dalam entry lain k. Seram gak bila dok terbayang vampire, dracula, mumia dan hantu-hantu yang ada dalam taman tema Legoland tu. Dok terbayang sampai ke malam. Aku bab hantu-hantu omputih ni seram gitu-gitu jer… Dok terbayang hantu Pocong yang menang Best Halloween Costume tu… Hahaha…
Okeh yang tu cerita kemudian k. Waktu chekin hotel ni adalah pukul 4 petang tapi sebab kitorang sampai awal, aku cuba cuba chekin awal dan Alhamdulillah bilik dah ready. Pukul 2pm aku dah pun dapat kunci bilik. Terbaek! Hotel ni ada 3 theme iaitu theme Pirate, Kingdom dan Adventure. 1st time dulu aku dapat bilik theme Adventure. 2nd time dapat bilik theme Pirate dan kali ni pun Pirate jugak. Theme Kingdom jer belum merasa lagi.
Ni bilik kitorang. Akiff dengan Azif excited sangat bila masuk bilik ni. Yer la kan sebab bile masuk jer dalam bilik ni macam masuk dalam dunia fantasy. Memang menarik sangat dengan katil, wall paper dan carpet yang sangat cantik mengikut tema. Akiff awal-awal dah booking nak tido kat katil double decker ni tapi bila malam nak tido dia dok teringat kat hantu-hantu yang ada dalam Legoland tu. Huh… Alasan jer tu sebenarnya. Last-last berhimpit jugak kat celah ummie dengan abah. Nasib baik katil sini saiz King. So takde la berhimpit sangat. Konsep dalam setiap bilik kat sini memang diasingkan ruangan tido untuk kids dan adult. Siap ada sliding door boleh tutup kalau parents ada urusan peribadi kat ruangan adult. Hahaha…
Dalam setiap bilik juga ada disediakan sekotak set lego untuk bebudak main. Set lego ni tak boleh dibawa keluar. Senang kan bila ada set lego macam ni dalam bilik sebab masa kita mandi dan bersiap diorang boleh leka main mendalah tu. Akiff dengan Azif elok jer main, nasib baik tak gaduh dan berebut.
Kalau tanya aku apa yang tak best pasal bilik hotel ni? Aku boleh katakan hanya bilik air jer kurang sempoi. Sebabnya agak sempit dan tiada bath tub. Tak boleh nak berendam lepas seharian penat main kat dalam taman tema. Tapi itu la kan, sebab die dah bagi space yang besar dalam bilik sebab tu bilik mandi jadi sempit. Cuma kalau boleh upgrade sikit shower dalam bilik air kepada jenis rain shower mesti lagi menarik.
Bagi aku Legoland Hotel ni memang antara hotel terbaik yang ada di Malaysia. Heaven untuk kanak-kanak. Diorang takkan pernah jemu kalau tinggal sini lama-lama. Bila anak-anak happy, parents pun happy!
Sukma says
Berapa semalam yeah…
Admin says
Anggaran 500 ke atas… Harga berubah2.. Cuti sek lg mahal…
murni alysa says
Bestnya..Kami pernah ke legoland waterpark jer..inshaAllah kalau ada rezeki teringin nak kesana lagi dan bermalam kat legoland hotel. Legoland Themepark dah ada dlm list dah..hehehe
Jie Susanos says
awesome jer bilik hotelnya..
kot2 bilik comel sampai malas nak keluar plak..hehe
Kak Sue says
Bestnya Lan..harap satu hari Kak Sue dapat bawak family Kak Sue kat sini..menarik sangat nie..ehehe..
Mieza Suhaini says
Wahhh. Best gile. Siap ada tema lagi. Macam real dalam dunia fantasi.
umminani says
serius baca ni rasa nk pergi sana jer
anuar says
Memang menarik hotel ni.. berapa ye kadar sewa bilik satu malam?
dkna abza says
Memang best kalau dapat hotel lego.. Next time aku nak ikut gak trip ni..
yanamib says
oi ko update blog dlm hotel ke? gigih! haha
tazzabarrr nk pi lg…mengharap niii… >_<