Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Nasi Warisan Kelantan sedap giler! Dah tercapai hajat nak rasa.

September 8, 2016 by Admin 8 Comments

Spread the love

Aku pernah duduk Kelantan 3 tahun masa belajar kat sana dulu. Masa mula sampai sana memang tekak ni susah nak terima masakan pantai timur. Menu orang utara dengan pantai timur memang jauh beza. Kalau masakan kari utara memang kow giler. Lepas makan masih boleh bau kari kat tangan. Kalau pantai timur punya masakan kari agak cair. Tapi bila dah lama dok sana, tekak pun dah boleh sesuaikan diri dengan masakan pantai timur.
FB_IMG_1473131537652

Dok tengok kengkawan post gambar Nasi Warisan Kelantan kat facebook buat aku teringin sangat nak merasa sebab diorang kate sedap sangat. Tapi masalahnya nasi ni hanya ada di Putrajaya. Belum masuk KL lagi. Orang Putrajaya untung la sebab Nasi berlauk ni ada servis delivery ke rumah atau pejabat sekitar Putrajaya. Atau pun boleh juga dapat di sesetengah stesen Petronas yang ada di Putrajaya.
20160906_111139
Sebab dah teringin sangat, aku mintak kawan office aku yang tinggal kat Putrajaya tolong belikan. Diorang hantar kat rumah die pepagi hari. Akhirnya merasa jugak aku Nasi Warisan Kelantan ni. Memang sedap! Tak tipu! Kuah pun pekat dan tak cair macam yang biasa aku tengok kat Kelantan dulu.
20160906_111156
Geng-geng office aku pun cakap sedap. Hari tu aku order 15 bungkus sebab dah alang-alang kirim orang belikan, itu yang order banyak. Nanti nak order lagi tapi kena tanya member office aku die boleh tolong belikan lagi tak. Hehehe.

Katanya nasi ni memang dah terkenal kat Kelantan dengan nama Nasi Berlauk Diraja. Kalau korang nak order boleh order melalui WhatsApp ke 01119791881. Order boleh dibuat untuk sarapan pagi atau makan tengah hari. Sabtu dengan ahad pun boleh.

Facebook: www.facebook.com/nasiwarisankelantan

Filed Under: Food, Produk, Review, Servis Tagged With: Food Review, makanan, review

« Live cooking seafood di Vivatel Hotel mengancam
Jangan tengok film Train To Busan kalau tak nak emosi berkecamuk! »

Comments

  1. Julia Johari says

    September 8, 2016 at 12:03 pm

    Lawanya blog lan careno ni…ya Allah…td tekan link eh betul ke blog lan ni…dulu hitam putih je…sekarang dh mcm royal blog plus hipster sikit…tudiaaaaaaaaaa mantop la menu ni…sedapnya…

    Lan…ingat julia…ingat legoland ye lan…
    hahahha #harapmakbulnakpidokhotellego

    Reply
  2. kisah si dairy says

    September 8, 2016 at 1:10 pm

    terasa nak mencuba..tapi jauh la pulak

    Reply
  3. JMR says

    September 8, 2016 at 4:53 pm

    ok ok..selagi orang Besut, aku tengok gambar nasi belauk tu pun dah tahu sedapp giler..

    Reply
  4. Qaseh says

    September 8, 2016 at 5:04 pm

    Memey glemer kat pantai timur nasi gini , warghhh bila dpt rasa nasi warisan ni sobss

    Reply
  5. Dkna Abza says

    September 8, 2016 at 6:19 pm

    Tiba2 aku lak terliur.. Aduiii esok nasi warisan ni cuti balik raya haji, pas raya la nak beli kat cafe C6…

    Reply
  6. Mama Kembar 3 says

    September 9, 2016 at 1:29 pm

    Tak pernah rasa, tapi nampak macam sedappp je tu. Cepat laa ada delivery ke KL plak

    Reply
  7. Shiqeen sattar says

    September 10, 2016 at 5:57 pm

    Mmg la sedap nasi warisan ni sbb ore klate hok buattt….

    Reply
  8. muhammad nizam says

    September 15, 2016 at 8:15 pm

    untung laa dapat merasa… kito ore pata timo pun belum rasa lagi nasi berlauk warisan sedakk ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative