Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Murahnya aktiviti riadah di Tasik Darulaman

September 19, 2016 by Admin 1 Comment

Spread the love

Selalu lepak tasik kami anak beranak jer. Tapi balik kampung masa cuti raya haji baru ni dapat luang masa bersantai kat Tasik Darulaman beramai-ramai.

Sejak kawin rasanya ni 1st time aku ke sana. Banyak jugak aktiviti yang boleh dibuat kat situ. Meriah giler! Kitorang sampai situ dalam pukul 5 petang, tak ramai sangat masa tu. Start pukul 6 baru penuh dengan manusia. 20160919_211123 Sebab kitorang sampai awal, nak pilih port melepak pun takde masalah.

Sebelum datang sini aku dah aim nak naik paddle boat yang kayuh dalam tasik tu. Tapi tengok orang beratur ramai la pulak. So, cancel naik paddle boat, kitorang naik kereta buggy golf pusing keliling tasik. Terkejut aku tengok harga buggy car tu, murah giler! Sebiji kereta tu hanya RM17 dan boleh naik sehingga 6 orang. Masa diberikan 30 minit. Sempat la nak singgah tepi tasik ambik angin atau bergambar sebab kalau jalan terus jer 1 pusingan tasik tu baru 15 minit.20160919_211156Selain buggy car, ade banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat kat Tasik Darulaman ni dan paling penting harga aktiviti kat sini tak mencekik darah. Korang tengok sendiri list harga dan aktiviti dalam gambar atas tu.20160919_21132720160919_21131420160919_210931Buggy car ni kena bawak sendiri tau. Itu yang best tu. Ikutkan dia kata muat 6 orang jer tapi abang jaga tu kata selagi muat naik jer kalau ramai bebudak. Itu yang kitorang naik ramai tu.20160919_21094020160919_21125120160919_210919

Nak main giant bubble pun ada sewa kat situ. Murah jugak. Yang basikal tu pulak hanya RM5 jer sorang. Boleh kayuh keliling tasik. Berpeluh tiak jugak la nak kayuh keliling tasik tu sebab besar. Anggaran aku mungkin dalam 3km kot untuk 1 pusingan tasik.

Tapi ada jugak yang kurang best kat Tasik Darulaman ni. Dia punya food court macam tak terjaga. Kotor dan banyak meja kerusi yang dah rosak. Jualan pun tak banyak. Pihak pengurusan kena ambik perhatian part food court situ, sayang la sebab tempat dah best tapi food court pulak mengecewakan…
20160919_211304 Apa pun kitorang memang enjoy dapat luang masa macam ni dengan family. Kitorang hari tu datang 3 biji kereta. Abah, adik, kakak-kakak aku dengan anak-anak sedara aku semua ada kecuali mak jer tak nak ikut. Mak sebok nak pegi mancing sawah kat kampung. Next time nak paksa jugak mak ikut. Hehehe…

Loading

Filed Under: Family, Personal Tagged With: family, Personal

« Jangan tengok film Train To Busan kalau tak nak emosi berkecamuk!
Guna pencukur Gillette Mach3 lebih jimat dari pencukur pakai buang »

Comments

  1. fazrol says

    September 20, 2016 at 8:06 am

    Aku tak pernah sampai lagi.. Tapi nampak cam menarik gak.. Kena p lepas food court depa dah buat elok laa.. hi hi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative