Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Live cooking seafood di Vivatel Hotel mengancam

September 5, 2016 by Admin 11 Comments

Spread the love

20160903_212541Mengancam tak seafood ni? Yang suka seafood mesti dah terliur kann… Macam-macam ada di Retro Cafe, Vivatel Hotel… semuanya fresh… Ada sesetengah orang yang alergik dengan makanan laut, bila makan nanti akan jadi gatal-gatal 1 badan atau lagi teruk ada yang bengkak muka… Ada jugak jenis yang tak elergik seafood pun tapi tak lalu nak makan seafood macam member aku sorang tu… Kalau makan jugak nanti die akan termuntah balik dengan sendiri… Huh… Ngade kann… 20160904_071925

Nasib baik kitorang 1 keluarga jenis yang makan semua benda… Laut ke darat  ke semue kitorang makan… Gambar atas ni masa kitorang dinner seafood buffet kat Retro Cafe, Vivatel Hotel… Semua teruja bila nampak makanan laut yang segar-segar terhidang cantik atas lapisan ais… Paling seronok korang tahu sape? Tu si kecik tu… Kalau nampak makanan mesti die yang seronok lebih… Hahaha…

Retro Cafe, Vivatel Hotel baru jer perkenalkan pakej Seafood Galore yang mana diorang menyediakan buffet yang bertemakan makanan laut… Banyak sangat pilihan sampai tak tahu yang mana dulu aku nak cuba… 20160903_21242420160903_21240020160903_21233520160903_212348Nampak segar jer smue kann… Yang bestnya sebab kat sini ada live cooking… Semua jenis makanan laut ni korang boleh ambik dan bagi kat live cooking station untuk die masakkan… Nak bakar atau goreng, pilih jer… Sos pun korang boleh pilih sendiri… Memang sangat variety… 20160903_212204Ni pilihan aku… Nampak sikit jer kan sebab ni baru starting… Nak rasa-rasa jer dulu… Lepas dah pilih seafood mana yang nak, hulurkan kat diorang untuk proses seterusnya… 20160903_21215220160903_212142Diorang akan siangkan dan kemudian masak ikut style yang kite nak… Macam aku hari tu aku nak bakar jer seafood yang aku pilih tu… Kalau korang nak suruh die gorengkan pun boleh jugak sebab ade sorang lagi chef yang bersedia dengan kuali kat situ… 20160903_21210820160903_212014Hasilnya memang terbaek bila makan panas-panas… Tak lama pun nak tunggu diorang masak ni… Sementara tunggu diorang bakar atau goreng boleh la cuba yang lain pulak sebab ada banyak lagi yang korang boleh cuba… Yang dah siap masak pun ade…20160903_21232320160903_21230820160903_212519Ni antaranya… Alololo comelnya baby octopus ni… Dihidangkan atas kerabu mangga… Fuhhh menarik kann… Ni baru beberapa jer yang aku share… Nak share semue banyak sangat pulak… 20160904_122510Korang pernah tak makan seafood segar mentah ala Japanese style… Juz letakkan jus lemon dan sos khas… Ada yang tak lalu makan macam tu… Aku boleh jer makan style macam ni tapi seketul dua ok laa… Makan banyak-banyak muntah gak rasanya… hahaha…

Kat sini juga ada pasta section yang mana korang boleh pilih nak masakan yang macam mana… Ada carbonara, bolognese dan pesto… Boleh pilih nak letak udang, sotong atau apa-apa seafood dalam pasta tu… Nanti chef diorang akan sediakan untuk kite…20160904_12252020160903_212130Aku pilih carbonara dan ni hasilnya… Serius spaghetti carbonara sini sedap giler… Tak tipu… Korang wajib cuba tau kalau ke sini… Akiff dengan Azif suka sangat hari tu… 20160903_212118Berselera die makan… Dah habis nak lagi tapi aku tak ambik dah spaghetty sebab nak try yang lain pulak… Style aku kalau sedap macam mana pun aku takkan repeat menu yang sama sebab ada banyak lagi yang nak kena cuba… 20160903_212529Kalau tanya aku yang mana 1 buat aku teringat sampai sekarang… Ni haaa… Kari kepala ikan dicicah dengan roti… Perghhhh… Kalah kari kepala ikan kedai mamak… Memang kow giler… Sampai habis aku hirup kari die… 20160903_212053Kari kepala ikan ni pun sama macam yang lelain jugak… Diorang buat live cooking depan kite… Boleh pilih saiz kepala ikan yang mana nak dan tunggu beberapa minit dah siap… Aku pilih part kepala ikan yang paling kecik sebab nak makan sorang jer sebab Miss Permaisuri tak suka kari…

Banyaknya kalau nak aku ceritakan semua… Tu belum masuk part steamboat lagi… Punnn banyak giler pilihan yang ada… Semua ni korang tak perlu buat sendiri sebab chef diorang sentiasa ada… Kite cuma perlu pilih jer yang mana kite nak… dan pilih kuah apa yang suka…20160903_21243820160904_125247Desert pun menarik gak… Akiff macam biasa la, kalau ada kek memang itu fokus utama dia… Sebelum aku bagi die makan desert aku paksa die makan yang lelain dulu sebab kalau die dah sentuh desert memang tak makan dah benda lain… 20160903_21223020160903_212243Kuih tempatan pun ade… Serius puas hati makan kat sini… Selain menu yang menarik, sedap dan disediakan panas-panas, suasana dalam Retro Cafe Vivatel Hotel ni juga sangat selesa dan menarik… Sampai jer sini, staff diorang akan sambut dengan mesra dan tunjukkan meja… 20160903_212255 20160903_21300120160903_212455Aku rekemen sangat korang datang makan sini… Pakej Seafood Galore ni hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu jer bermula jam 6 petang hingga 9.30 malam… Harga pulak adalah sangat berbaloi dengan apa yang disediakan iaitu RM88 nett dewasa dan RM48 nett untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun… Vivatel-Seafood-GaloreNak kesini tak susah pun… Korang guna jer waze dan cari Vivatel Hotel… Confirm jumpe… Tak perlu masuk kat tengah bandar KL sebab Vivatel Hotel ni terletak kat Jalan Loke Yew menghala ke Cheras… Dulu tempat ni dikenali sebagai Plaza Uncang Emas tapi dah diberi nafas baru dengan adanya shoping mall Viva Home… Hotel ni bersambung dengan shoping mall… img-homeUntuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail kat bawah ni…

Tel: 03-9205 8888
Website: www.vivatel.com.my
Facebook: VivatelKL

Filed Under: Advertorial, Food, Review Tagged With: Food Review, review, Tempat Makan

« Waterproof bag murah… Beli size kecik tapi dapat saiz gajah…
Nasi Warisan Kelantan sedap giler! Dah tercapai hajat nak rasa. »

Comments

  1. Hanim says

    September 5, 2016 at 8:14 am

    bestnya seafood dia! Carbonara tu nampak sedapppp … nyum nyum

    Reply
  2. umminani says

    September 5, 2016 at 8:19 am

    menarik sangat. fuh best nya kalau dpt mkn….nyummy

    Reply
  3. Shiqeen sattar says

    September 5, 2016 at 8:35 am

    Masih terbayang2 seafood galore nihhh… mmg menggoda

    Reply
  4. Aznan Saad says

    September 5, 2016 at 9:25 am

    Humanggai… terbaek lah.. semua nampak sedap… meleleh liur… I is love seafood!!!

    Reply
  5. Faizal Fredley says

    September 5, 2016 at 10:11 am

    tgk gmbar pun dah seedap…

    Reply
  6. rozita says

    September 5, 2016 at 11:11 am

    cabonara tu… ya Allah.. mampu telan air liur je tengok…

    Reply
  7. yanieyusuf says

    September 5, 2016 at 12:12 pm

    Sedapnya tengok.. jeles tak dapat join hari tu.. Mungkin nanti Yanie dtg sdiri hihi

    Reply
  8. Que Achmad says

    September 5, 2016 at 1:36 pm

    Subhanallah, tetiba terliur nk g mkn sama kat sini

    Reply
  9. JMR says

    September 6, 2016 at 3:18 pm

    wow…sifudddd…ni mau naik koletrol kalau belasah semua dlm satu masa..

    Reply
  10. Julia Johari says

    September 8, 2016 at 12:05 pm

    Kari kepala ikan cicah ngan roti perghhhhhhhhhhh sedap nya…bergolek golek seafood sana sini…nangis tgk…kena kumpul duit la nak mkn sini…leh tahan rege buffet tu

    Reply
  11. Sekolah Kapal Pesiar says

    September 17, 2016 at 12:32 pm

    Terima kasih info tentang ini sangat bermanfaat.
    Oiya sekedar info nih, bekerja sebagai chef atau koki di kapal pesiar berpenghasilan tinggi lho.. Bahkan bisa sekaligus keliling dunia dan itupun dibayar dengan gaji yang besar..
    Semoga website ini terus menyajikan info yang menarik dan bermanfaat bagi pengunjung dan pembaca.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative