Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Mandi manda kat Taman Rekriasi Sungai Klah sesuai untuk bawa keluarga

October 25, 2016 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Tahun ni banyak pulak program sekolah Miss Permaisuri… Baru jer bulan lepas buat rombongan ke Lost World of Tambun kat Ipoh, bulan ni buat pulak rombongan ke Cameron Highland. Aku takde pilihan lain, kalau tak ikut Miss Permaisuri maksudnya aku kena lepak rumah jer mengasuh dak Akiff dengan Azif. Baik aku follow jer kann…

Program terakhir rombongan ni sebelum balik ke KL adalah singgah untuk mandi manda di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah. Nak ke sini senang jer, dari highway PLUS exit tol Sungkai. Lepas tu follow jer waze. Hahahha… Tak jauh pun dari exit Sungkai tu. Kurang 10 minit dah boleh sampai. Kena lalu masuk dalam perkampungan Felda…20161024_120057Harga tiket masuk kat sini tak mahal pun. Korang boleh refer gambar atas ni. Memang sesuai kalau nak datang beramai-ramai dengan family. Waktu operasi bermula jam 8 pagi sehingga 7 malam kalau tak silap aku… Tapi pukul 6 petang kaunter masuk dah tutup dah. Bagus tempat ni sebabnya bukan budak-budak jer boleh bersuka ria kat sini. Orang tua pun boleh menyihatkan badan dengan buat refleksologi. 20161024_120046Gambar atas ni antara kemudahan yang disediakan kat sini. Tempat ni agak besar dan nak masuk kat dalam kena naik tram diorang. Kalau rasa rajin nak jalan kaki boleh jer sebab jarak dari pintu masuk ke tempat mandi lebih kurang 500 meter jer…20161024_115940Kolam mandi ade 2 bahagian. Yang ada slide tak dalam sangat. Sesuai la untuk bebudak…20161024_12000220161024_115949Kalau rasa nak berenang boleh pergi yang kat bahagian kanan kolam. Diorang dah tandakan sempadan kolam tu dengan tali pelampung. Kena pastikan bebudak tak pergi belah sana sebab situ agak dalam jugak…
20161024_115902Paras dada aku kalau yang area sini. Sebab tu kena pegang si Akiff ni, kalau tak tenggelam die nanti…20161024_120011Masa kitorang sampai sini hari tu memang tak ramai orang sebab hari weekdays dan bukak musim cuti sekolah. Kalau cuti sekolah atau hujung minggu mungkin ramai kot…20161024_120035Mulanya aku dengan Akiff jer yang masuk dalam kolam sebab waktu tu tengah panas terik. Tak nak bagi si Azif main air tengah panas, takut demam ke ape kann… Last-last die meraung nak masuk jugak.20161025_141658Nak salin baju mandi pun dah tak sempat dah. Bukak baju, bukak pampers terus berendam main air jer. Hahaha…20161024_120025Best main slide sebab tak ramai orang. Hehehe… Ade 2 jenis slide kat sini.

Cuma 1 jer benda yang tak best kat sini adalah bilik persalinan diorang. Lupe pulak aku nak ambik gambar. Bilik persalinan besar tapi tak cukup lengkap. Paling tidak pun, tempat persalinan tu letak la kerusi panjang. Jangan dibiarkan ruang kosong gitu jer. Nak salin pakaian pun susah sebab nak letak bag atas lantai tapi lantai pulak basah. Huhuhu…
20161024_115912Tarikan utama kat sini sebenarnya adalah Taman Terapi. Air kat sini adalah air panas semula jadi. Boleh la lepak dan rendam kaki kat air panas sini. Banyak khasiat untuk kesihatan.
20161024_115923Atau pun kalau rasa nak buat refleksologi boleh try jenjalan atas batu-batu ni. Aku tak try pulak hari tu tapi aku rasa batu tu pun ade terasa panas jugak tu.20161024_115932Ni pulak kolam jacuzzy. Suhu kurang panas sikit dari kolam-kolam lain. Sini boleh la kalau nak berendam 1 badan pun.20161025_13251820161025_132526Sebelum balik, aku dengan Akiff sempat rebus telur kat sini. Telur ade dijual kat situ. 6 biji RM5. Kalau nak telur masak sepenuhnya kena rendam dalam 7 minit jer. Rasa telur rebus sini dengan telur rebus kat rumah same jer. Ingatkan ade rasa tanah ke ape kan. kehkehkeh…

Next time kalau ada masa nak lagi datang sini sebab Taman Terapi tu aku belum try lagi.

Filed Under: Family, Personal, Travel Tagged With: Bercuti, Cuti-cuti, family, travel

« Strawberry untuk teacher…
Selesa pakai Kurta 5 Waktu walaupun masa bercuti »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative