Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Buffet steamboat berbaloi di Cameron Highland. Wajib pergi!

October 22, 2016 by Admin 6 Comments

Spread the love

Kali pertama naik Cameron Highland aku pergi berdua jer dengan Miss Permaisuri. Pergi balik hari jer, awal pagi keluar rumah dari KL pastu lewat petang balik semula. Zaman baru kawin gitu la kann.. Perjalanan jauh pun tak terasa. Kehkekeh…

Kali kedua pergi Cameron Highland 2 tahun lepas masa Akiff umur 3 tahun. Aku pergi masa cuti sekolah bulan 9, stay dekat hotel budget area Brinchang. Musim hujan waktu tu. Sejuk giler… Siap redah hujan jenjalan kat Pasar Malam Brinchang. Penyudahnya Aziff pun lahir 9 bulan selepas tu. Hahahhaa…20161022_083725Tahun ni pergi Cameron Highland lagi tapi berempat pulak. Bezanya trip kali ni aku follow rombongan sekolah Miss Permaisuri. Kitorang stay kat apartment Desa Antharium, Tanah Rata. Sorry kali ni aku malas nak buat entry review pasal homestay ni tapi korang boleh try google sebab situ ada banyak unit kediaman yang dibuat sebagai homestay. Lokasi apartment ni agak strategik sebab terletak di tengah-tengah antara pekan Tanah Rata dan pekan Brinchang. Kalau nak cari tempat makan boleh pergi mana-mana pun sebab jarak dari apartment lebih kurang 5 minit jer drive ke pekan Brincang atau pun ke Tanah Rata.20161020_232311Makan malam kat Cameron Highland aku syorkan korang try buffet steamboat sebab dalam suasana sejuk malam dapat makan makanan panas fresh macam steamboat mesti best kan.

Kalau korang nak cari tempat makan steamboat di Cameron Highland ni, aku syorkan korang cuba try di Taman Abang Buffet Steamboat & Grill yang terletak di pekan Tanah Rata.20161020_232121Aku sebenarnya tak tahu pun kewujudan tempat ni sebab yang uruskan makan minum semua adalah cikgu-cikgu sekolah Miss Permaisuri. Aku follow jer tapi bile sampai jer kat restoran steamboat ni terus rasa teruja sebab tempat ni cantik dan selesa.20161020_232154Dari pintu masuk korang dah kena lalu bawah susunan pokok strawbery kat atas kepala. Masa aku pergi ni buah strawbery baru nak berbuah. Bayangkan kalau masa tengah masak merah. Fuhhh… Mesti cantik jer tengok strawbery dok berjuntai atas kepala. Menariknya dekorasi kat sini, semuanya menggunakan pokok sebenar. Yang buah tomato dok tergantung kat tepi-tepi tu jangan dok try picit pulak sebab tu buah betul tu. Bukan plastik punya.20161020_232133fb_img_1477099949211Ni dalam ruang makan. Payung colurful atas tu betul-betul membangkitkan ruang dekorasi kat dalam ni.20161020_232205Ruang makan luas dan selesa. Setakat nak datang rombongan makan 2 3 bas pun takde masalah.20161020_23224020161020_23221620161022_090720Makanan kat sini pun ada banyak pilihan dan sentiasa di tambah bila berkurangan. Gas dapur masak pun boleh ditukar kalau habis. Restoran ni ada ramai staff, nak mintak tolong ape-ape senang jer sebab staff diorang sentiasa ada.20161020_23234120161020_232351Cuma sup untuk steamboat aku tak pasti ada pilihan ke tak sebab kebiasaan restoran steamboat yang aku pernah pergi diorang offer dua pilihan sup. Biasanya satu yang pedas dan satu tak pedas. Tapi yang ni macam takde jer atau mungkin ade tapi aku jer yang tak tau. Tapi aku nak cakap yang sup yang aku makan untuk steamboat hari tu memang sedap. Tak pedas sangat tapi memang cukup rasa.20161020_232229Bestnya makan steamboat kat sini sebab sayur diorang memang fresh giler. Celur sikit pastu makan. Fuhhh terbaek! Kalau nak menu berat boleh makan nasi goreng, bihun goreng atau nasi lemak. Senarai penuh menu yang ada boleh refer pamplet kat bawah entry ni.20161020_232252Air ada banyaaak pilihan. Aku tak try langsung pun sebab aku tengah berpantang ais sekarang ni. Nasib baik diorang ade sediakan air teh o panas dengan kopi o panas jugak.20161020_232054Bagi aku makan sini memang sangat puas hati. Pakej buffet kat sini hanya RM35 seorang dan kanak-kanak bawah 5 tahun adalah percuma.

Steamboat ni baru jer dibuka dalam tahun 2016 ni jugak dan harapnya servis diorang akan sentiasa tiptop. Kalau korang nak cari restoran steamboat best dan murah aku rekemen korang untuk datang cuba kat sini. Nak ke sini boleh jer waze Taman Abang Tanah Rata. Lokasi betul-betul di Pekan Tanah Rata, Cameron Highland. Boleh refer flyers bawah ni.20161020_23241120161020_232425Hubungi 016-2250315 atau like Facebook TAMAN ABANG Buffet Steamboat & Grill. Aku syorkan korang booking dulu sebelum pergi sebab takut full house. Sekarang mungkin tak tapi lepas masuk blog aku ni mana tau terus full house. Hahahha…20161020_232108Terima kasih Restoran Abang Steamboat & Grill sebab menyediakan makan malam untuk anak-anak istimewa dari sekolah tempat Miss Permaisuri mengajar. Untuk pengetahuan, Miss Permaisuri adalah salah seorang guru pendidikan khas di sekolah tempat dia mengajar sekarang dan rombongan ni adalah untuk pelajar-pelajar aliran pendidikan khas.

Filed Under: Food, Review, Travel Tagged With: Cameron Highland, Cuti-cuti, Food Review, review, Tempat Makan

« Hari kelima trip ke Kyushu, shoping cenderahati Jepun.
Kenapa ASUS ZenFone 3 Laser berbaloi untuk dimiliki. »

Comments

  1. Que Achmad says

    October 22, 2016 at 11:38 am

    Terus terliur nk mkn steamboat…. lapar…..

    Reply
  2. aisha malek says

    October 23, 2016 at 11:18 am

    Wah bestnya…boleh pegi nanti nie

    Reply
  3. Dewi says

    October 24, 2016 at 10:39 pm

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau http://www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply
  4. nur dalila Ghazali says

    June 19, 2017 at 12:17 pm

    Boleh en tanyakan isteri.. berapa harga yg murid ni dpt ya? Or ade tak nomo contact direct Sbb kami pon bercadang akan ke sana bersama murid2 khas kami bulan 8 Nnt

    Reply
  5. Min says

    October 12, 2017 at 1:16 pm

    Harga dah naik….. Rm 39 per person… Its quite expensive. Johnny steamboat kl pun tak mahal macam ni.

    Reply
  6. KakDa says

    July 27, 2018 at 6:30 pm

    Bestnya review. Terus rasa nak p makan sekarang jugak! Harap-harap kalau p 2018 ni tempat still cantik dan makanan masih banyak. Hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative