Aku baru jer balik dari bercuti di Kyushu, Japan. Kat sana sekarang baru nak masuk musim autumn tapi cuaca agak tak menentu. Kejap panas, kejap hujan, kejap sejuk. Ni masa hari pertama, panas tapi tak terik. Panas sana panas kering dan berangin.Hari kedua pulak kejap hujan kejap tak. Cuaca lembap sepanjang masa dari pagi sampai ke malam.Hari seterusnya cuaca memang sangat best. Hujan renyai sekali sekala jer singgah untuk bagi suhu yang sangat selesa. Walaupun ramalan cuaca mengatakan kemugkinan berlaku ribut taufan dekat area kitorang pergi tapi syukur sebab cuaca ok jer..Trip ke Jepun kali ni aku bawak sekali Cosmoderm Travel Pack untuk pastikan kulit muka aku sentiasa segar dalam cuaca yang tak menentu tu. Alhamdulillah, memang sangat membantu.
Dah nama pun travel pack, korang tak perlu risau kalau produk ni sangkut kat pemeriksaan imigresen sebab setiap kuantiti produk ni adalah tidak melebihi 100ml iaitu kuantiti yang dibenarkan dibawa keluar negara. Aku dah terkena baru ni bila pomade aku dirampas masa pemeriksaan imigresen sebab kuantiti melebihi 100ml. Travel pack ni diorang chek jugak tapi lepas jer.
Dalam travel pack ni ada 4 jenis produk iaitu Advance Moisture Therapy Cream, Vitamin E Cream 3000 IU, Tea Tree Oil Magic Body Lotion dan Deep Heat Lotion.
Setiap produk ada fungsi tertentu dan aku nak share dengan korang apa fungsi setiap produk tu.
Advance Moisture Therapy Cream
Membantu menyelesaikan masalah di bahagian tapak kaki yang melecet dan merekah akibat terlalu banyak berjalan. Kandungan minyak zaitun, aloe vera dan Vitamin E yang terdapat dalam krim ini akan melembapkan dan melembutkan kulit yang kasar tanpa rasa berminyak.
Vitamin E Cream 3000 IU
Dalam cuaca panas dan kering, kulit wajah akan mudah menjadi kering dan krim ini boleh mambantu kulit muka kelihatan segar dan tidak kusam. Krim ini diperkaya dengan Vitamin E, minyak rosehip dan zaitun yang boleh melembapkan kulit muka.
Tea Tree Oil Magic Body Lotion
Ini merupakan losyen pelbagai guna yang mengandungi ekstrak charmomile, daun lidah buaya dan minyak tea tree yang berfungsi menyamankan bahagian kulit yang bermasalah sama ada gatal, selar matahari atau kulit kering. Selain itu, losyen ni juga dapat membantu menghalau nyamuk, serangga atau pepijat.Deep Heat Lotion
Losyen ni merupakan minyak panas yang sangat selesa apabila disapu dibahagian badan atau kaki yang lenguh. Lotion ni merupakan kombinasi minyak tradisional yang mempunyai rasa panas mendalam dan berpanjangan. Selain itu, losyen ni juga boleh membantu mengurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat.Bagi aku, travel pack ni memang patut menjadi keperluan wajib semua orang setiap kali pergi bercuti. Bukan bercuti luar negara jer, bercuti dalam negara pun wajib standby travel pack ni dalam bag. Kalau bukan diri sendiri yang perlukan, mungkin anak-anak yang memerlukan produk ni ketika bercuti.
Untuk dapatkan produk ni korang boleh chek detail kat bawah:
Website: www.cosmoderm.com.my
Instagram: www.instagram.com/cosmoderm
Facebook: www.facebook.com/cosmoderm
YB Shehan says
Ok nt nk grab jugak
Syima yusuf says
Produk cosmoderm ni bgus, syima pakai pencuci muka nya yg vitmin E
anuar says
Sedangkan ada travel pack macam ni.. senang nak di bawa ke mana-mana.. kalau kami sekeluarga pergi berjalan, biasanya kami sample2 produk Kose jer.. huhuhu..
Faizal Fredley says
wah ada pek travel ke? senng lah nak bawak gi travel nnti