Perjalanan trip ke Kyushu masuk hari ketiga. Cuaca hari kedua di Kagoshima agak panas. Peluh gak tiak jenjalan ambik gambar tapi mujur panas kat sini tak sama macam panas kat Malaysia. Korang boleh baca cerita hari kedua aku di Kyushu dalam entry “Terpesona dengan pemandangan gunung berapi Ontake”… Dalam entry tu aku ade share pengalaman ‘ditanam’ dalam pasir gunung berapi semasa aktiviti spa kesihatan Sand Bath…Hari ketiga sesudah Subuh aku dah turun ke pantai untuk bergambar dan menikmati pemandangan Pulau Sakurajima dari tepi pantai. Walaupun pasir pantai kat sini tak bersih seperti tidak terjaga tapi sekurang-kurangnya pemandangan dari tepi pantai ni sangat menarik.
Jangan terkejut kenapa aku pakai jubah kat sini. Sebenarnya jubah ni aku pakai untuk photoshoot jer sebab nak cari kelainan. Hehehe…
Sebelum chekout hotel breakfast dulu ikut style Jepun. Simple jer kann… Sebenarnya kat hotel ni ade sediakan buffet breakfast tapi sajer aku ambik menu yang macam ni. Kengkonon feeling orang Jepun. Hehehe…
Lepas chekout kitorang bergerak ke Nagasakibana untuk lihat pemandangan gunung berapi Kaimondake tapi sayang sebab view agak kabur sebab cuaca hujan. Aktiviti bergambar pun agak terbantut. Aduhh ruginya tapi ok la kan sebab dapat jugak jamu mata ni tengok satu lagi pemandangan indah. Serius! Aku dah semakin jatuh hati dengan panorama yang aku lihat di Jepun. Bukan tak bersyukur dengan keindahan alam kat negara sendiri tapi disini aku dapat tengok pemandangan yang aku tak dapat lihat di Malaysia.
Kat sini terdapat satu kuil berlatar belakangkan gunung berapi Kaimondake dimana penganut beragama Shinto datang untuk buat wish.Disebabkan cuaca hujan, kitorang hanya singgah sekejap jer kat Nagasakibana dan kemudian terus ke Chiran Peace Museum yang mana menempatkan sejarah pejuang kamikaze Jepun. Seingat aku masa zaman sekolah dulu, cikgu pernah ceritakan yang pejuang kamikaze Jepun adalah pejuang berani mani. Diorang bertempur dengan mempertaruhkan nyawa untuk negara.
Chiran Peace Museum for Kamikaze Pilots
Dibina di atas tapak pangkalan udara dimana juruterbang berlepas untuk misi terakhir. Di sini dipamerkan gambar wajah pejuang berani mati beserta dengan koleksi peribadi mereka dan juga kata-kata akhir mereka sebelum berjuang. Terdapat juga bangkai kapal terbang sebenar yang telah musnah dalam Perang Dunia Ke-2 dipamerkan di sini. Waktu operasi muzium ini adalah bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Bayaran masuk yang dikenakan adalah ¥500 yen iaitu bersamaan RM2o.
Muzium ni menarik tapi sayangnya pengunjung tak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam muzium sebagai menghormati sensitiviti keluarga yang terlibat. So tak boleh la nak tunjukkan gambar untuk tatapan korang yer… Cuma ada gambar kat luar muzium ni jer la. Tapi kapal terbang yang kat luar muzium ni bukan kapal terbang sebenar, yang ni hanya replika jer.Tak jauh dari Chiran Peace Museum, kitorang melawat pula tempat yang paling aku teruja untuk pergi iaitu Chiran Samurai Residence. Tempat ni aku ibaratkan sebagai perkampungan terancang yang dibuat berkonsepkan perkampungan samurai. Setiap rumah kat sini adalah berpenghuni. Bukan rumah kosong yang dibina untuk dipamerkan semata-mata.
Chiran Samurai Residence
Kawasan perkampungan samurai ini sepanjang 700 meter merangkumi 7 buah taman dan rumah berusia sekitar 250 tahun dengan landskap menarik yang mempunyai makna tersendiri. Tempat ini dibuka setiap hari kepada pengunjung bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dengan bayaran masuk ¥500 yen.
Masa kitorang sampai kat sini, cuaca hujan tapi tak lebat. Kiranya sangat sesuai untuk kami explore tempat ni dengan selesa. Meh aku tunjukkan beberapa gambar aku kat sini.
Dan dalam banyak-banyak rumah samurai yang ada kat situ, aku ter’kagum’ dengan keunikan salah satu rumah ni yang mempunyai sliding wall yang sangat unik. Korang boleh tengok sendiri video kat bawah ni.
Menarik kan tempat ni. Kitorang ada masa tak sampai 2 jam pun kat sini. Kalau la diberi masa kurang-kurang 4 5 jam baru lagi seronok untuk explores Samurai Residence ni dengan sepuasnya.Dah penat bergambar dan menjelajah perkampungan samurai tu, kitorang dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran yang menyediakan makanan halal Jepun yang terletak tak jauh dari kawasan tarikan pelancong di sini.
Chiran Paradise Restaurant
Menyediakan makanan halal Jepun iaitu “Muslim Friendly Meal” tapi perlu ditempah awal untuk disediakan khas. Mempunyai ruang solat di dalam restoran. Lokasi restoran adalah di Chiran-Cho, Kyushu City. Landmark adalah berhampiran Chiran Peace Museum. Boleh hubungi +81-993-83-3211 untuk tempahan awal.
Korang agak berapa harga set menu ni? ¥1,620 yen atau lebih kurang RM70. Mahal kan tapi serius sedap!!! Korang boleh tengok video kat bawah ni cara makan set menu ni. Ikan mentah tu perlu dicelur dalam teh hijau panas sebelum dicicah dalam sos dan dimakan. Memang sedap!
Berhadapan dengan restoran ni terdapat jalan raya yang dipenuhi pokok sakura sepanjang jalan. Tapi boleh nampak ranting jer la, itu pun dah lawa dah. Bayangkan kalau musim bunga sakura tengah mekar tu. Perghhhh…Dah nama pun blogger kan… Hujan ke tak itu cerita belakang, yang penting wajib possing walaupun kat tengah jalan. Hahaha… Haaa… Ni satu lagi perkara yang aku dok fikir pasal Jepun. Kenapa payung diorang macam takde yang corak-corak eh? Mana aku pergi mesti nampak diorang hanya guna payung warna hitam atau payung lutsinar jer. Hurmmm…
Dari Chiran kitorang ke Karukan factory pulak… Kat sini diorang buat barangan dari kaca yang dipanggil Satsuma Kiriko. Semua produk kaca kat sini adalah buatan tangan. Kagum giler tengok hasil seni tangan diorang. Sangat berseni dan teliti. Sempat la aku merasa pengalaman untuk buat seni kaca ni sendiri sebagai kenangan. Kitorang diberi pilihan untuk buat produk seperti rantai, cincin, pin baju, kerongsang dan macam-macam lagi. Tapi yang simple punya. Aku pilih untuk buat batu cincin. Boleh bagi Miss Permaisuri nanti.
Dan atas ni hasil seni ukiran aku yang tak berseni. Hahaha… Nampak jer senang tapi susah jugak sebenarnya sebab kalau tersalah sikit jer terus reject.
Satsuma Kiriko
Pengunjung berpeluang membuat ukiran kaca sendiri dengan bayaran ¥6,000 yen termasuk caj melawat Karukan factory. Pengunjung juga akan dibawa melihat sendiri hasil tangan yang telah siap di gallery Satsuma Kiriko dan boleh membelinya untuk dibawa pulang.
Tengok la hasil ukiran di gelas yang dibuat ni. Sangat kemas dan cantik. Macam tak percaya benda ni adalah hasil tangan manusia. Lepas siap di ukir nanti diorang akan gilap pulak untuk pastikan gelas ni berkilat dan kemudian baru dijual.
Ni antara koleksi perhiasan diri yang dijual di gallery. Untuk korang yang sukakan barang perhiasan diri macam ni, mohon bawa extra money yer…
Selesai di Satsuma Kiriko kitorang bertolak ke Kagoshima City untuk bermalam di sana. Tapi singgah dulu untuk makan malam di Restoran Menya Kirin. Restoran ni menyediakan ramen halal atas permintaan pelanggan. Kena request “Muslim Friendly Menu” baru diorang akan sediakan khas dimana ayam yang diorang gunakan pun adalah ayam yang halal.
Menya Kirin Ramen Restaurant
Beralamat di 1-10-5-2F Kamoike City, Kagoshima, restoran ni menyediakan makanan ramen halal dengan harga antara ¥800 yen sehingga ¥1,500 yen. Untuk tempahan boleh hubungi +81-99-204-7331.
Yang menariknya adalah kite boleh order ramen ikut tahap kepedasan yang kite suke. Menurut owner restoran, tahap kepedasan pilihan ramai adalah antara level 5 sehingga 8. Tapi andai korang memang jenis lidah tebal dan suka makanan pedas, boleh jer order ramen dengan tahap kepedasan sehingga level 50. Pilihan aku malam tu adalah ramen pedas level 8 jer sebab takut tak tertahan pulak nanti. Nak kata pedas sangat tu tak tapi ok jer. Macam pedas makan asam pedas jer. Kalau Level 50 tak tahu la macam mana pedasnya tu kan. Ni ramen yang aku makan. Serius sedap dan buat aku teringat sampai sekarang. Terima kasih juga untuk officers from Minamikyushu Tourism Department yang sudi datang dan makan malam dengan kitorang. Sangat friendly dan mengalu-alukan kedatangan kami ke sana. Siap bagi cenderahati lagi.
Selesai dinner, kitorang terus balik ke hotel. Baru berangan nak jenjalan waktu malam kat Kagoshima City. Tapi belum kesampaian lagi niat nak jenjalan malam di Jepun sebab hotel penginapan kitorang terletak nunnnn tinggi di atas bukit. Untuk malam kedua kitorang stay di Hotel Shiroyama yang sangat cantik. Hotel ni adalah hotel pertama di Jepun yang menyediakan kemudahan surau untuk tetamu. Review pasal hotel ni nanti kemudian aku cerita ok cuma aku nak tunjukkan kat korang view dari tingkap bilik aku kat hotel ni. Hohoho… Ohsemmmm giler… Ok tunggu next entry aku untuk hari keempat sebab kitorang ada buat aktiviti menyusuri sungai… hehehe…
Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip in Kyushu Japan
Website : https://www.jnto.go.jp/
Blogpost berkaitan :
– Teaser Muslim Trip ke Kyushu
– Hari pertama Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kedua Muslim Trip ke Kyushu
– Hari ketiga Muslim Trip ke Kyushu
– Hari keempat Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kelima dan terakhir Muslim Trip ke Kyushu
Giler pedas sampai level 50 huhu.
Suka gmbr yg jalan ber5
Set makan rm70 tu wat ss terliur omg detox!
Menarik pakai jubah di jepun.
Mne batu cincin lan buat nk tgk.
Doakan SS pn sampai ke sana nnt.
Mcm best lah wat entry travel.
Suka tgk permandangan di sekitar samurai residence…mendamaikan dgn kehijauan flora fauna yg sgt unik…woww satu pengalaman yg cukup x kan dilupakan sampai bebila ni
ok..boleh pi nanti .. hehe nice info. ruginya tk pi
Best la haih.. buat kristal tu best..
cantik giler lanskap kat sana.. terpukau tengok!
Wow! Seronoknya tengok..
Ramen tu nampak sedap giler..
HArap2 dapat la pegi nanti.. 😀
Ohsem giler..model lak hensem giler ..photog ni mesti photog hebat, abam hoq