Akhirnya hari yang aku tunggu tiba jugak. Tipu la kalau kata aku tak teruja sebab aku jarang travel ke oversea. Bila sesekali travel tu mesti la excited kan… Last aku travel ke luar negara adalah ke Bali, itu pun 3 tahun lepas rasanya.
Untuk trip kali ni aku siap tempah tshirt khas Blog Abah Careno dari AJ Cetak. Kerlasss kannn… Hahaha…Cantik tak baju aku? Design konsep hipster dengan tema keemasan. Puas hati giler dengan design dan kualiti tshirt kali ni. Dah ada member yang berminat nak order walaupun aku tak berniat nak jual pun. Ok takpe, itu kemudian aku fikirkan…
Flight kitorang pukul 8.20 malam dengan Singapore Airlines. Tapi transit dulu kat Changi International Airport Singapore sebelum terbang ke Fukuoka Airport pukul 1.20 pagi. Ada 3 jam lebih masa untuk berkeliaran kat Airport yang canggih giler tu. Serius kagum! Tak rasa macam kat Airport pun, rasa macam jenjalan dalam shoping mall.Sampai jer Changi Airport, kitorang ke kaunter pertanyaan untuk dapatkan password untuk free wifi. Nyawa tu weh… Takde network rasa macam gelap dunia. Hahaha…Lepas dah dapat ‘nyawa’, kitorang ke kaunter khas untuk claim cash vouchers. Nasib baik travel Blogger Faizal Fredley bagi tau yang Singapore Airlines ada bagi cash voucher sekiranya transit kat sana. Kitorang dapat cash voucher bernilai SGD20. Banyak la kiranya tu. Nak lepak makan-makan dan minum memang cukup sangat. Rasanya nilai voucher bergantung kepada berapa lama korang transit kat situ. Lagi lama lagi banyak. So, dapat la buat bekal beli air dan makanan sambil melepak.
3 jam kat Changi Airport rasa macam kejap jer. Lepas tu kitorang dah kena daftar masuk untuk penerbangan seterusnya ke Fukuoka. Dalam flight walaupun ade screen untuk tengok movie tapi aku tak tengok pun. Aku mentido dari sebelum berlepas sampai dah nak landing. Itu pun terjaga kejap sebab ke toilet dan makan. Untuk makanan dalam flight kena request awal-awal nak menu Halal for muslim. Kalau tak request nanti takut dapat menu yang tak halal pulak.Fly dari Singapore ke Fukuoka lebih kurang 7 jam. Tepu jugak la nak duduk kat seat macam tu berjam-jam. Alhamdulillah segalanya lancar dalam flight sehinggalah masalah kat kaunter imigresen airport Fukuoka. Sejam jugak kitorang sangkut kat imigresen sebab tak tahu nama hotel penginapan. Dalam form yang kena isi tu ada ruangan alamat penginapan dan kitorang just tulis nama tempat seperti Kyushu, Kumamoto dan lain-lain sebab detail hotel penginapan kitorang belum dapat lagi. Tapi pihak imigresen tak nak terima kalau sekadar tulis macam tu. Diorang nak nama hotel dan alamat. Puas jugak explain tapi tak dilayan.
Masalah bertambah masalah bila kitorang cuba explain situasi kitorang yang mana agensi belum bagi detail penginapan lagi tapi ibarat cakap dengan biskut. Diorang tak faham english dan tak cuba untuk faham pun. Grrr… Nak menipu letak nama hotel sesuka hati pun tak boleh sebab takde network nak Google. Takkan nak letak nama hotel sunway atau hotel perdana pulak kann… Nampak sangat membongak. Hahaha.. So next time kalau nak datang Japan pastikan korang dah tahu alamat atau nama hotel tempat korang nak stay tu.Akhirnya settle jugak lepas sejam lebih sangkut kat kaunter imigresen tu. Mr. Ryoma Miyoshi dari Japan dah lama tunggu kat luar. Dia yang akan guide kitorang sepanjang di Japan.
Trip kali ni adalah untuk menjelajah Kyushu. Nak tahu apa program hari pertama aku dan geng blogger, korang kena tunggu next entry k…
Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip in Kyushu Japan
Website : https://www.jnto.go.jp/
Blogpost berkaitan :
– Teaser Muslim Trip ke Kyushu
– Hari pertama Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kedua Muslim Trip ke Kyushu
– Hari ketiga Muslim Trip ke Kyushu
– Hari keempat Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kelima dan terakhir Muslim Trip ke Kyushu
YB Shehan says
Fuyooo. Live update. Cool
Athirahassin says
Best gila wehhh… biasa japan trip cuba elak baca sbb tkt xtahan nak pegi gak.. hahahahahah
mas saari says
susah gak yer nak lps imigresen..
Fieza Sani says
wow..pantas update..jepun kan sangat bangga dengan bahasa dorang..hehe..so mmg bertabah la nak speaking..
nadia johari says
Ok kena tulis ni.kena tulis alamat dan nama hotel
sayaiday says
Wahhhh seronoknyaaaa. siap live update ni. hehehehe take care kt sana 🙂
KiD says
Harapkan sohok, tapi dia tak tau cakap Jepun. keh keh keh
explorasa says
aku rieks jer. tak gabra pun
Uncle Zuan says
hehe best gak pengalaman macam ni..
Mama Kembar 3 says
Hahaa hotel perdana? Haha. Ok ok lenkali pi jepun kena pastikan tahu nama hotel siap siap
Kerja sendiri says
Dari dulu lagi dengar2 cerita, org jepun tak suka berbahasa org putih. Tak semualah mcm tu maybe majority je la haha.