Kalau korang jenis food hunter dan suka cuba cafe-cafe hipster yang ada, aku syorkan korang cari kat area Bangsar sebab kat sana ada banyaaaaaak giler cafe-cafe menarik yang korang boleh singgah. Antara cafe yang perlu ada dalam list korang bila singgah ke Bangsar adalah Pretz n’ Beanz Cafe. Dulu aku pernah try Pretz n’ Beanz kat Ikea Damansara tapi sekarang diorang dah berpindah kat Bangsar.Baru-baru ni aku dengan beberapa geng blogger berpeluang try menu baru yang ada kat Pretz n’ Beanz Cafe di Bangsar. Kali ni aku datang berdua jer dengan Akiff sebab Miss Permaisuri ada program kat sekolah. Seronok dak Akiff bila dapat jumpe si Zafirah, anak blogger Ujang dan Yana. Diorang ni dah macam couple dah. Kalau jumpe tu memang masuk geng sangat. Perangai pun lebih kurang jer due-due ni. Dan diorang jugak jenis yang susaaaah sangat nak makan. Nak kena paksa baru nak makan.Tapi hari tu sajer la kitorang bagi diorang dok meja sendiri ala-ala couple gitu. Bagi diorang makan pizza sendiri.Mula-mula ingatkan diorang tak makan, nasib baik pandai bawak diri masing-masing. Sambil makan mulut masing-masing dok menyembang. Dah macam orang besar pulak. Oh yaaa… Sekarang ni setiap hari ade promosi Kids Eat for FREE sehingga akhir tahun ni. Jadi memang sesuai la kalau korang nak datang bawak anak-anak. Diorang memang akan bagi set pinggan dan sudu plastik khas untuk bebudak. Selain pizza, boleh juga pilih sama ada nak croissant, spaghetty atau fish n chip.
Sementara anak-anak dok makan kat meja sebelah, kitorang dok mencuba menu-menu baru yang ada kat cafe ni. Serius best! Aku nak tunjukkan dulu signature menu yang wajib korang try kalau datang ke sini.
Pretzel Tower ni ada 2 pilihan sama ada nak yang Mini Tower (RM19) atau Regular Tower (RM35). Kalau Mini Tower hanya boleh pilih 4 jenis dipping source jer tapi kalau nak rasa kesemua 9 jenis dipping source yang ada boleh ambik Regular Tower. Makan mendalah ni sambil borak-borak memang tak sedar pun. Kalau rasa dipping ni tak cukup, boleh add on dengan harga antara RM2.10 – RM2.60 jer untuk 1 dipping source. Murah!
Kalau rasa nak cuba pretzel lain yang takyah nak dipping dipping bagai, korang boleh try Anything Pretzel yang ada 9 aneka pilihan. Harga serendah RM4.50 sehingga RM7.50 setiap satu. Hari tu kitorang try 4 jenis yang hot selling. Memang sedap dan lembut walaupun dah sejuk. Paling ngam kalau makan mendalah ni dengan secawan hot green tea… Perghhhh…
Selain pretzel, ade jugak pizza ni diperbuat dari doh yang sama untuk buat pretzel. Rasa memang lain dari yang lain. Tak rugi kalau makan pizza kat sini. Ada 13 jenis topping pizza yang boleh dipilih dan topping Tomyam Seafood yang kitorang makan ni adalah antara menu baru yang ada kat sini.
Korang pernah tak rasa pretzel yang ada inti kat dalam. Ni 1st time aku cuba dan aku memang sukakan yang ni. Inti sweet potato dalam pretzel ni banyak dan sedap, kalau makan panas-panas lagi terbaek. Filled Pretzel ada 6 jenis dan next time kalau datang sini lagi aku nak cuba yg inti Cheesy Chili Chicken. Aduh… Kecur air liur dok teringat menu-menu kat sini.
Selain menu-menu yang berasaskan roti dan pretzel, kat sini jugak ada banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba contohnya macam Fish & Chips, Chicken Burger, Cheesy Mushroom Chicken Baked Rice dan macam-macam jenis spaghetti yang ada. Disebabkan time kitorang datang ni ada menu spaghetti baru, so semua sepakat untuk try Spaghetti Marinara Meatball. Walaupun dah kenyang makan benda-benda lain sebelum tu, tapi aku masih boleh lagi makan spaghetti ni sebab rasanya memang kena dengan tekak aku dan meatball tu rasa macam tak cukup jer. Macam nak mintak tambah meatball jer… Wakaka…
Sesuatu yang wajib korang try sebelum balik adalah kek coklat leleh yang kat gambar bawah ni. Kek coklat ni aku dah pernah rasa sebelum ni, memang buat aku tertunggu-tunggu nak makan dessert kat sini.
Air yang hijau tu air yang aku order. Healthy Juice Mean Green atau biasanya orang panggil air detox iaitu campuran apple, celery, cucumber, ginger root & lemon. Bagus air ni, dah makan banyak-banyak sampai kembung perut elok minum air cenggini pulak kan. Memang kena sangat. Tapi kalau nak air yang lain banyak jer pilihan yang ada. Pilih jer…
Menu yang ada kat Pretz n’ Beanz Cafe ni memang terbaek dan jarang dapat kat tempat lain. Aku rekemen sangat kat korang yang nak cari kelainan dalam menu. Sambil makan boleh lepak dan borak-borak sebab cafe ni pun sangat selesa dengan deco yang menarik.Ruangan dalam cafe tak boleh merokok tapi korang boleh lepak kat bahagian luar premis kalau nak smoking.
Sesuatu yang menarik perhatian aku tentang deco kat dalam cafe ni adalah 3D panting yang ada kat salah satu dinding dalam cafe. Bawah ni antara 3D painting yang sempat Akiff possing, ada 1 lagi painting tapi tak boleh nak bergambar sebab ada orang lepak kat situ. Huhuhu…
Pretz n’ Beanz selalu jer ade buat promo untuk pelanggan yang datang dan ade beberapa promo yang sedang dan akan berlangsung sehingga akhir tahun ni.
Free Halloween Cupcake worth @ RM6.90 (Members ONLY)
(22 – 31 Oktober 2016)
World Cake Day
(18-26 November 2016)
Gimmick
(11 November 2016, Friday, 3-5 pm)
Pokemon Game
(November – Disember 2016)
Untuk detail lanjut tentang promosi yang ada korang boleh refer detail kat bawah ni:
Website : www.pretznbeanz.com
Facebook: Pretz n’ Beanz
Instagram: @pretznbeanz
Email: pretnbeanz@pretznbeanz.com
Contact: 03-22019026
Alamat : No. 9, Ground Floor, Jalan Telawi 2 Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Ehhh ada 1 lagi info penting… Kalau korang nak cari catering untuk sebarang majlis pun boleh roger cafe ni sebab diorang pun ade buat servis catering. Tak kisah la untuk meeting ke, birthday party ke, kenduri kendara pun boleh… Boleh pilih tema makanan yang macam mana korang nak. Boleh refer gambar kat bawah ni untuk maklumat lanjut.
miminadam says
sedap gilos! terliuq. mmg serbu laa lepas ni
YB Shehan says
Nak repeat pretzel tower tu.. hihi
Daus Redscarz says
Menarik-menarik.. nanti nak try la pretzel tu.. macam sedap je..
Faizal Fredley says
mcm sedap jer..volcano tu memng buat air liur meleleh
ummul azkee shahruddinwww says
nnti boleh lah try.. selalu gak layan pizza. tpi blum pnh cuba di cni..
Anuar says
Nama kedai menarik..
Makanan pun nampak menarik…
Kalau ada kesempatan jalan-jalan dekat sana kena singgah ni…