Aku kalau pergi bercuti rasa rugi kalau masa dihabiskan dengan mentido dalam hotel jer. Lebih-lebih lagi kat negara orang yang kita tak pernah pergi. Disebabkan nak tengok keadaan pagi di bandar Kumamoto, awal-awal pagi aku dah keluar jenjalan di sekitar hotel untuk melihat gelagat orang Jepun bergegas ke tempat kerja. Rata-rata diorang menggunakan basikal atau public transport. Kereta atas jalan tak banyak. Jalan raya tenang dan takde jammed. Takde dengar bunyi honk kereta atau berbau asap kenderaan. Sangat berbeza dengan Kuala Lumpur.Dah puas jenjalan di pagi hari. Masa untuk chekout dan menerusnya Muslim Trip kami ke destinasi yang seterusnya di sekitar Kumamoto iaitu Suizen-ji Joju-en Garden. Tempat ni merupakan taman yang dibina dengan landskap yang sangat cantik. Tak puas rasanya jenjalan dalam taman ni. Setiap sudut adalah spot untuk bergambar. Ni kalau shoot wedding mesti cantik kan…
Suizen-ji Joju-en Garden
Bertempat di 8-1 Suizen-ji-koen, Kumamoto-shi, Kumamoto. Pembinaan taman ini telah bermula semenjak tahun 1632 atas arahan Hosokawa Toshisada iaitu pemerintah pada masa tersebut. Walaubagaimanapun, taman ini hanya siap selepas cucunya mengambil alih pembinaan tersebut. Sumber air kolam ini adalah dari air mata air dan sangat jernih. Taman ini dibuka sepanjang tahun dengan bayaran masuk 400 yen.
Dah puas bergambar, kami seterusnya ke Kumamoto Castle yang juga terletak di bandar Kumamoto. Tapi sayangnya castle ni telah musnah teruk akibat gempa bumi yang berlaku pada April 2016 yang lalu. Buat masa sekarang, pembaikan pembinaan istana ini sedang giat dijalankan.Walaupun aku tak berpeluang untuk menjelajah disekitar castle tapi ruang pameran di dalam dewan yang terdapat disini memberi peluang kepada aku dan rakan-rakan blogger untuk cuba pakaian maharaja ketika dulu. Dalam dewan ini juga ditayangkan video bagaimana teruknya kerosakan yang dialami oleh Kumamoto Castle akibat gempa bumi yang telah berlaku. Kalau diperhatikan betul-betul, baju yang aku pakai tu agak kecik sebab baju tu untuk saiz kanak-kanak. Saiz dewasa rakan blogger Sohoque dah pakai. Sebab nak bergambar bersama, aku sarungkan jugak baju saiz kanak-kanak tu. Wakaka…
Kumamoto Castle
Merupakan salah satu istana yang paling terkenal di Jepun yang dibina oleh Daimyo Kato Kiyomasa iaitu pemerintah kawasan ini pada abad ke-17. Istana yang terdahulu bersaiz lebih kecil, dibina pada tahun 1601 dan mengambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan. Dinding batu istana adalah dbina setinggi 13.50 meter tinggi manakala menara utama dibina setinggi 30.29 meter. Caj yang dikenakan untuk melawat tempat ini adalah 500 yen.
Makan tengah hari kami hari ini disediakan oleh restoran Le Celebriti yang terdapat dalam Hotel Nikko. Seperti kebanyakan tempat makan lain, menu disini perlu ditempah terlebih dahulu untuk “Muslim Friendly Meal”. Dah nama pun makan kat hotel, lunch kali ni juga berkonsepkan orang-orang kaya. Menu dihidangkan satu per satu dari menu appetizer, main course sehinggalah kepada desert.Setiap menu yang dihidangkan memang sedap dan memenuhi selera kami.
Nikko Hotel “Le Celebriti”
Beralamat di 2-1 Kamidouri, Chuo Ward, Kumamoto. Untuk tempahan boleh hubungi +81-96-211-1663. Harga bagi Full Course Menu adalah 3,800 yen atau lebih kurang RM150 seorang.
Selesai menjamu selera di Hotel Nikko, kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Kumamoto Masjid untuk solat dan melihat sendiri pusat komuniti Islam yang menjadi tumpuan pelajar Islam di Universiti Kumamoto untuk berkumpul. Selepas solat, aku dan Sohoque telah ditegur oleh 2 orang pelajar dari Malaysia yang belajar di sini. Sempat kami berbual dan bertanyakan pengalaman tinggal di Kumamoto. Kagum aku bila dengar salah seorang pelajar Malaysia di sini yang fasil berbahasa Jepun. Menurut pelajar tersebut, bilangan pelajar Malaysia yang berada di Universiti Kumamoto ketika ini adalah seramai 11 orang sahaja.
Selesai menunaikan solat di Masjid Kumamoto, kami meneruskan perjalanan ke Tosu Premium Outlet. Perjalanan dari Kumamoto memakan masa lebih dari sejam untuk sampai di sini. Konsep premium outlet kat sini tak jauh beza dengan Johor Premium Outlet yang ada kat Malaysia. Cuma yang bezanya adalah brand butik-butik yang ada kat sana. Ada jugak brand local Japan tapi yang bertaraf international jugak. Pilihan outlet kat sini memang banyaaaak sangat.
Sepanjang kat Tosu Premium Outlet, aku tak membeli apa pun sebab budget agak ketat untuk shoping kat sana. Aku budget nak beli cenderahati jer tapi kat situ macam takde jual jer. Huhuhu… So, berkeliaran jer la aku kat dalam tu sambil cuci mata. Tapi faham jer la kalau laki cuci mata macam mana kan. Masuk satu butik ke butik lain tak sampai seminit dah keluar. Kalau orang pompuan, even namanya cuci mata tetap jugak singgah 1 butik berpuluh minit. Hahaha… Kannn kannn…
Tosu Premium Outlet
Beralamat di 8-1 Yayoigaoka, Tosu, Saga, Japan. Beroperasi bermula jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam. Free Wifi disediakan di kawasan Food Court sahaja. Pembeli boleh dapat pengecualian cukai dengan menunjukkan passport sebelum membuat pembayaran. Terdapat perkhidmatan kaunter ‘Money Changer’ disediakan di sini.
Malam terakhir kami di Jepun adalah di Hakata town. Betul-betul di tempat tumpuan orang ramai untuk shoping. Hotel penginapan kami adalah Washington Hotel yang bersambung terus dengan shoping mall. Waaaa… Akhirnya aku berpeluang untuk shoping dan habiskan duit yen yang aku bawak ke sana. Gambar shoping takde sebab masing-masing dah berpecah cari barang sendiri. Aku sempat shoping sikit kat uniqlo dan beli fridge magnet dan coklat untuk buah tangan bawak balik Malaysia.
Dah settle beli segala cenderahati, masa untuk makan malam. Makan malam last kat Jepun akhirnya dapat menu yang membuatkan perut aku menari keseronokan. Kitorang makan kat kedai nasi beriani.Akhirnya dapat makan sesuatu yang heavy, spicy dan berlauk. Makanan Jepun walaupun sedap dan mengenyangkan tapi kepuasan tu lebih kepada makanan yang pedas dan berempah macam nasi beriani ni. Bayangkan selepas 5 hari tak dapat makan nasi yang macam ni, hari last akhirnya dapat juga… Sepinggan tu nampak macam banyak jer kan tapi percayalah aku berjaya habiskan… Hahahha… Kecur lak air liur tengok nasi beriyani ni… huhuhu…
Nabi San Restuarant
Bertempat di 6-11-37 Hakozaki, Higashi Ward, Fukuoka City, Fukuoka. Restoran ni menyediakan makanan halal sepenuhnya. Harga menu sekitar 900 yen sehingga 1,600 yen. Hubungi +81-90-4484-4020 untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut.
Akhirnya selepas 5 hari di bumi Jepun. Merasai makanan tempatan Jepun. Menikmati pemandangan indah di Jepun. Menerokai budaya dan gaya hidup orang Jepun. Kini masa untuk pulang menjalani kehidupan seperti biasa. Pastinya Muslim Trip ke Kyushu, Jepun ni akan aku abadikan sebagai antara kenangan indah dalam kehidupan aku.
Terima kasih juga rakan-rakan blogger yang lain yang sangat sporting dan ceria sepanjang trip ni iaitu Sohoque, Nisa Kay, Uzu Emas Putih dan Shea Rasol. Seronok dapat bercuti sama-sama dengan korang. Terasa sangat close dan dah mula mengenali hati budi masing-masing. Harap kite semue still berhubung walau selepas habis trip ni. Mana tahu kite akan dipertemukan lagi untuk next trip ke kann.. Hehehe…
Terima kasih juga kepada Japan National Tourism Organization (JNTO) yang telah menjemput kami dan merancang perjalanan Muslim Trip ni dengan sangat baik. Sememangnya Kyushu telah membuka mata aku bahawa Jepun bukan sekadar hebat dari segi budaya dan terkenal dengan budi bahaya penduduknya malah juga memiliki aset alam semulajadi yang sangat tinggi nilainya.Terima kasih kepada the cool guy Mr. Ryoma yang sentiasa bersedia jadi tempat rujukan kami sepanjang trip ni. Korang kalau nak pergi ke Jepun aku rekemen dapatkan perkhidmatan tour guide dari Mr.Ryoma. Sangat friendly dan beliau juga adalah seorang muslim. Jadi senang die nak guide dari segi nak cari tempat makan kat Jepun ni. Lagi pun kat Jepun kalau ko tak tahu bahasa Jepun dah takde translater memang sangat susah sebab kat sana totally menggunakan bahasa Jepun. Hwaaaaa… sedih nak tinggalkan Jepun. InsyaAllah semoga dipertemuka lagi dengan Jepun. Andai ditanya aku apa yang paling aku rindukan di Jepun, aku rindukan dua perkara iaitu panorama alam dan juga budaya atau adab orang Jepun.
Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip in Kyushu Japan
Website : https://www.jnto.go.jp/
Blogpost berkaitan :
– Teaser Muslim Trip ke Kyushu
– Hari pertama Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kedua Muslim Trip ke Kyushu
– Hari ketiga Muslim Trip ke Kyushu
– Hari keempat Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kelima dan terakhir Muslim Trip ke Kyushu
Hanim says
subhanallah cantiknya pemandangan disana. Pengalaman berharga buat yang dah pernah jejakkan kaki disana
nadia johari says
cantiknya tempat dia..memang kalau boleh nak jalan2 pergi ssana
Faizal Fredley says
x penh pegi lagi sini..cantik pulak…tahun lpas gi tokyo je….next year nak gi sini lak…
Afiq Halid says
Breathtaking. Tu je mampu cakap. Lebih2 lagi view kat bukit yg menghijau itu.
yanieyusuf says
wah bestnya baca.. yg comel baju yg saiz kanak-kanak tu. haah nmpk sengkatnya..ingat style td. pastu gambar abg Hoq last tu comel nya.. hihih Info dan cerita yang bagus…
Mama Kembar 3 says
Baju kanak kanak pun bantai pakai je ye hahahaha
Farah farhana says
Cantiknya garden tu! Macam dalam movie hehe
YB Shehan says
serius baju saiz kanak2? haha. bapak besar kanak2 pun. hahaha.. lawak lawak.. best la haih jepun..
dkna abza says
cantiknya view kat jepun.. memang nampak best giler korang travel ni
Que Achmad says
Abe baca semua entri Jepun ni, mmg terdorong nak pergi…
Julia Johari says
Cun betul bandar Kumamoto Jepun, tengok cara diorang jalan pun dengan penuh gaya…lagi satu kagum tgk pokok besar tu bercabang unik renek dan wahhh lawa…pasal pokok jepun pun juju dah terkesima…bestnya jepun!
yanamib says
ffuhh khatam gak semua entry jepun ko..hahaha
aku suka part makan! pastu asyik terpk kalau lah ujang yg pi, kompem dia balik kurus kering! sebab semua makanan tu dia tak makan! hahaha
eh cite lah hotel…nk tgk bilik korang camneee 🙂
Afif Rayyan says
Jepun nie antara negara yang gua teringin sangat nak pergi selain korea dan turki.. tapi fulus stil tak cukup2.. hmmm
deals alert says
I really love your site. so interesting