Selama ni aku selalu nampak gambar pendakian Broga Hill macam dalam gambar atas ni jer. Nampak macam tak memcabar jer kan. Hakikatnya bukan macam ni sangat pun. Yang mendatar ni sikit jer itu pun bila dah sampai atas. Hakikatnya sebelum nak sampai atas tu agak mencabar jugak sikit. Stamina kena ada, kalau tak memang semput.
Planning panjat Broga ni datang secara mengejut sebenarnya. Disebabkan ada beberapa orang yang beriya ajak naik, so plan terus menjadi. Aku, Daus Redscarz, Ujang dengan adik dia, Faizal Fredley dan Shiqeen Sattar pun janji jumpa kat perkarangan masjid pekan Semenyeh pukul 5 pagi. Dari situ kitorang bergerak sama-sama ke parking Broga Hill.
Syed Alwi pun ada datang sekali dengan Faizal Fredley tapi die tak nak naik asalnya sebab belum tido seharian. Datang sekadar nak teman jer tapi kena paksa dengan kitorang, menapak jugak akhirnya walaupun dengan pakaian dan kasut yang kurang sesuai.Parking kat ladang kelapa sawit ni kena bayar RM3 satu kereta. Ok la kan sebab ada orang jaga dan susun kereta dengan teratur. Dari parking ni dah boleh terus start menapak naik ke Broga Hill. Sebelum mendaki pastikan korang dah singgah toilet. Kat parking tu ada toilet berbayar tapi mahal.
Pendakian kitorang start pukul 5.40 pagi kalau tak silap. Track memang gelap giler. Kena bawak torch light kalau yang datang awal pagi macam kitorang ni. Disebabkan aku tak jangka track ni nak kena panjat-panjat, memang agak mengah jugak nak sampai ke atas. Semput oi! Bawak bekal air sebotol kecik jer tak cukup. Huhuhu…
Dalam perjalanan tu terpaksa jugak berhenti rest beberapa kali untuk dapatkan nyawa. Belum pun sampai separuh perjalanan, Ujang dengan adik die terpaksa patah balik dan turun kat parking sebab nak memerut. Aku tak pasti memang betul ke die nak terberak atau alasan jer tu. Hahaha… So, ingat yer korang kalau nak mula mendaki pastikan dan kencing berak semua dulu. Dan elakkan minum air bersusu di awal pagi kalau tak nak jadi macam ujang. Sebelum mendaki masa kat parking tu die bantai minum air milo yang Shiqeen Sattar tapowkan, pastu perut terus memulas. Nasib baik aku tak minum. Dah turun baru aku minum.
Kitorang yang mana ada ni teruskan jer pendakian dan sampai ke chekpoint pertama dalam pukul 6.30 pagi. Kat situ ada kawasan tanah rata dan boleh la kalau nak solat subuh kat situ. Gunakan air mineral jer sebagai wuduk dan alaskan tuala sebagai sejadah. Kiblat kitorang ushar mamat yang solat sebelum tu, follow jer dia. Harap betul la tu.Kalau nak rasa pemandangan indah awal pagi memang korang kena naik awal dan solat subuh kat atas ni. Feeling die memang terbaek! Dapat tengok pemandangan pekan yang bercahaya dari kejauhan.Puas melepak kat chekpoint pertama ni, kitorang teruskan mendaki untuk sampai ke puncak. Haaa dari chekpoint pertama ni nak ke puncak mulanya agak mendatar macam dalam gambar pertama di awal entry ni dan kemudian ada lagi part yang agak curam. Tapi memang berbaloi untuk sampai ke puncak.Nasihat aku, kalau yang datang bawak budak kecik memadai sampai chekpoint pertama pun ok sebab kat atas puncak sana view lebih kurang jugak cuma space agak limited situ. Sesak dengan orang. Kalau nasib baik macam kitorang, dapat la lepak atas batu kat puncak paling tinggi tu.Kitorang sampai puncak lebih kurang pukul 7.15 pagi. Lama jugak kitorang habiskan masa kat atas tu. Puas berselfie dan menikmati keindahan alam. Niat nak tengok sunrise tapi tak nampak sangat sebab cuaca agak mendung dan berawan. Tapi dapat la jugak tengok langit merah awal pagi tu.Pemandangan kat atas tu memang ohsem sangat. Tak rugi panjat tinggi-tinggi untuk sampai ke atas. Bila dah kat atas tu make sure korang nikmati pemandangan yang ada tu dan dah tentu wajib bergambar sebagai kenangan.Haaa… Coverage network kat puncak Broga Hill ok jer walaupun kekadang slow. Boleh la kalau nak buat go live fb dari atas sana. Bebudak pun ade tau. Seronok tengok family yang bawak anak-anak untuk aktiviti macam ni. Nanti nak bawak Akiff jugak la.Kitorang mula menapak turun lebih kurang pukul 8.15 pagi. Untuk orang yang bermasalah lutut macam aku ni, turun bukit adalah sangat mencabar dari mendaki. Serius!!! Dah la lutut aku ni ada ACL Injury, memang kena berhati-hati sangat. Silap langkah jer boleh tergolek aku.Alhamdulillah nasib baik takde ape-ape berlaku. Time turun ni masing-masing dah berpecah dah. Takde nak tunggu jalan seiringan lagi dah. Ciss… Dah sampai kat kaki Bukit Broga baru la nampak ada beberapa gerai jual air dan makanan. Stock air aku bawak sebelum sampai puncak dah habis dah. Huhu..Seronok pengalaman mendaki Broga Hill ni dan insyaAllah nanti aku nak naik lagi. Tunggu lutut aku ni puluh sepenuhnya dulu sebab beberapa hari lepas panjat Bukit Broga hari tu aku ada buat pembedahan lutut.
Disebabkan aku dah lama tak buat aktiviti lasak atau bersukan, ingatkan balik dari mendaki hari tu akan terasa sakit badan atau kaki tapi tak pun. Sikit pun tak sakit. Tu maksudnya mendaki bukit Broga ni takde la mencabar mana sangat pun. Ok jer kalau korang nak try jugak.
shiqeen sattar says
Jom repeat!!! Lekas sembuh ye Lan…
mas saari says
bestnya, permandangan cantik gile!
memang dah plan nak bwk anak² naik ni..
fizafantagiro says
Tak pernah tercapai lagi keinginan nak daki bukit broga ni :'(
Explorasa says
Sib baik aku pernah naik gunung (bukan bukit). Di luar Malaysia lak tu. So entri ni memang x mampu menjeleskan aku
Hafiz Rahim says
Aku tak pernah jejak lagi sini.. hoho
nadia johari says
nad ni tak jejak2 lagi
yusuf pencinta iPhone says
wah…menariknya baca pengalaman hiking you…teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni…