Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman lutut dibedah – ACL Injury

November 7, 2016 by Admin 22 Comments

Spread the love

Alhamdulillah… Aku dah selamat menjalani pembedahan lutut hari khamis lepas (3 Nov 2016) jam 4.30 petang. Pengalaman mengerikan juga bila kali pertama aku bermalam di hospital.. Kali pertama makan makanan hospital.. Kali pertama merasai pengalaman dibedah.. Kali pertama dibius dan dipengsankan.. Semuanya kali pertama.

Punca aku terpaksa menjalani pembedahan ni disebabkan kecederaan pada ligamen lutut atau ACL Injury masa aku main badminton 4 tahun lepas. Aku pernah story pasal kecederaan aku ni dalam entry dulu. Boleh baca balik kat situ.img-20161103-wa0031

Aku chekin kat KPJ Ampang Puteri awal sehari sebelum tarikh operation. Dah la tak pernah bermalam kat hospital. Tak tahu apa yang nak kena bawak. Ingatkan kena pakai pakaian hospital, rupanya kat sini kena pakai pakaian sendiri kecuali masa operation. Huhu..

Hari operation tu cuak gak sebenarnya tapi kena kontrol diri sebab diorang pesan jangan gelabah nanti tekanan darah naik, tak boleh teruskan operation.16-11-04-08-26-42-988_deco1st time pakai baju hospital untuk masuk bilik bedah. Baju seksi oi, boleh nampak bontot kat belakang. Hahaha… Masa diorang tolak katil nak ke bilik bedah tu, kepala fikir macam-macam. Pastu dah terbaring kat bawah lampu-lampu. Doctor pakar yang akan bedah aku tu tak nampak pun lagi, tapi ada sorang doctor datang perkenalkan diri dan akan bius kat tangan. Masa tu aku sedar dia nak bius, pastu aku terus tak sedar apa dah. Giler ar… Sekelip mata jer terus pengsan. Aku sedar balik masa mak dengan Miss Permaisuri dok panggil nama aku kat dalam bilik wad. Lebih kurang pukul 8 malam waktu. Dalam tak berapa sedar tu aku tanya Miss Permaisuri, dah bedah ke belum? Hahaha… Die kate dah siap dah… Fuhh betul-betul tak rasa apa pun.

Sebenarnya masa chekup sebelum ni, doctor ada bagi pilihan sama ada nak bius penuh atau half body jer. So, kalau korang diberi pilihan macam ni baik pilih bius penuh sebab kalau bius half body diorang akan suntik kat tulang belakang, sakit giler oi… Huhu..

Operation aku tu lebih kurang 2 jam baru settle. Aku sedar dalam pukul 8 malam. Masa tu memang tak rasa apa-apa. Bila kesan bius dah habis tu, perghhh berdenyut rasa sakit kat tempat operation. Memang tak tido aku malam tu dok tahan sakit.

Malam lepas operation tu beberapa kali nurse datang tanya aku dah kencing ke belum? Diorang ada sediakan bekas kencing dan aku kena kencing dalam tu untuk pastikan aku betul-betul sihat. Kalau tak kencing, nanti diorang akan masukkan tiub dalam saluran kencing. Aiyokkk… Itu yang paling aku takut tu. Sampai kembong perut aku minum air, akhirnya dah pagi baru berjaya kencing. Fuhhh legaaa…

Malam pertama tu abah temankan aku kat hospital. Alahai kesiannya tengok abah sebab tido atas kerusi jer. Toto bantal semua tak bawak. Dah la sejuk giler. Mesti sakit-sakit badan.

Esoknya lepas hari operation, rasa sakit kat operation tu tak hilang lagi tapi diorang dah bawak aku ke fisio. Perghhh… Fisio hari pertama rasa macam nak nangis oi.. Diorang takde belas kasihan sebab katanya fisio hari pertama tu penting, kalau tak nanti aku jalan tempang. Kena buat betul-betul. Bayangkan lutut masih sakit pastu kena paksa pulak buat aktiviti fisio diorang. Terus rasa serik dah..img-20161105-wa0010Dah masuk hari kedua dan seterusnya, Alhamdulillah fisio makin ok. Kat sini aku kena buat fisio sehari 2 kali. Lepas discaj nanti masih kena datang fisio 3 kali seminggu. Fisio penting untuk pastikan ligamen yang digantikan kat lutut aku ni dapat berfungsi dengan baik. Kalau tak nanti sia-sia operation ACL ni.

16-11-07-09-01-39-902_decoKaki robot aku ni kena pakai paling kurang 6 minggu. Fuhhh… 6 minggu tak leh bengkok, lepas tu dengar kata fisio untuk bengkokkan kaki pun hazab gak. Hwaaa… Takutt..

InsyaAllah kalau perkembangan kaki ni mengikut jadual, hari ke 6 selepas operation aku dah boleh discaj cuma kena datang rutin fisio 3 kali seminggu. Thank you semua rakan-rakan yang mendoakan, korang memang terbaek.img-20161106-wa0008img-20161104-wa0010

Filed Under: Personal Tagged With: Personal

« Harus singgah di Pretz n’ Beanz Cafe kalau ke Bangsar
Brownies Kedut Nutella murah dan sedap di Alor Setar »

Comments

  1. YB Shehan says

    November 7, 2016 at 12:26 pm

    moga cepat sembuh. huuu. ngeri gak..

    Reply
  2. dkna abza says

    November 7, 2016 at 12:31 pm

    semoga cepat sembuh lan.. pasni blh main futsal la..

    Reply
  3. yanamib says

    November 7, 2016 at 3:13 pm

    aa serammm…lg seram dari beranakkkk…ngee speedy recovery lan! nk panjat broga lagi kan?? >_<

    Reply
  4. Anuar says

    November 7, 2016 at 4:51 pm

    Semoga lekas sembuh…
    Kena banyakkan berehat tu…

    Reply
  5. JM says

    November 7, 2016 at 8:18 pm

    Semoga cepat sembuh

    Reply
  6. Eintan Nurfuzie says

    November 8, 2016 at 1:14 pm

    Adoi.. sakit gigi pon meraung.. apatah lagi cmni.. apa2 pon cpt sembuh

    Reply
  7. ema says

    November 8, 2016 at 1:16 pm

    Moga cepat sembuh yer

    Reply
  8. mas saari says

    November 8, 2016 at 7:27 pm

    moga cepat sembuh.. mkn kena jaga gak tu!

    Reply
  9. JMR says

    November 9, 2016 at 10:18 am

    baca ngeri, tapi kalau tgk muka bro, senyum je..terus aku cakap, tak sakit pun! haha

    Reply
  10. shiqeen sattar says

    November 22, 2016 at 8:54 am

    sekarang dah ok lum lan? wat light duty jer walu dah sembuh nanti

    Reply
  11. UmmuAyyash says

    February 27, 2017 at 3:33 pm

    Suami saya sebelum ni pun pernah ada masalah sakit lutut, alhamdulillah sekarang dah elok 🙂

    Reply
  12. Zamri says

    March 15, 2017 at 10:19 pm

    Selepas ACL operation ni dah blh main bola dan angkat berat lagi tak?

    Reply
    • Admin says

      March 15, 2017 at 11:56 pm

      Nak main bola boleh tp kena btul2 buat fisio utk kuatkan ligamen yg baru tu… Then kena tggu sekurang2nya setahun lps operation br bleh main bola… Angkat berat tak boleh lg dlm beberapa bln pertama. Pastu nnti ok laa…

      Reply
  13. Cheta Pengedar Vivix Shaklee says

    August 9, 2018 at 11:32 am

    Aduhhh..ngeri juga tu…sekarang macam mana ok dah ke..boleh dah ke main bola tu

    Reply
    • Admin says

      August 9, 2018 at 12:57 pm

      Alhamdulillah skrg dah ok. Dah kembali bersukan.

      Reply
  14. Farha Pengedar Shaklee Shah Alam says

    September 11, 2018 at 2:40 pm

    tercari2 juga pengalaman orang yang menghadapi ACL ni. alhamdulillah skrg dah ok ya. kire boleh pulih sedia kala la rupenya.

    Reply
    • Admin says

      September 11, 2018 at 4:12 pm

      Alhamdulillah saya pulih seperti sedia kala… dah kembali bersukan dan buat aktiviti lasak.

      Reply
  15. bai says

    October 3, 2018 at 7:53 am

    assalam admin..
    lepas buat tu ,lutut bengkak x.. berapa lama bengkak tu..

    Reply
  16. sharizat says

    January 19, 2019 at 4:26 pm

    assalam maaf nak ty,kaki robot tu nk beli kat mana?atau hospital sediakan?n lg 1nk ty kalau dah operate blh naik turun tgga tak?berapa lama mc yg diberikan?sy kena operate bulan depan,masalahnya sy duk rumah kuarters tgkt atas sekali..blh wasap sy tak?0196986399

    Reply
  17. Zoulkapan says

    January 12, 2020 at 3:18 am

    Salam bang. Saya pon mgalami acl akibat sukan badminton 7 tahun lps. Pada masa tu sy xtaw ape2 pon pasal acl ke pcl ke. Cuma igt terseliuh biasa. padahal ada bunyi meletop tu hahahaha. Cuma dlm 4 tahun lps br sy taw apa itu acl. Tahun 2019 sy ada bertemu doktor ortopedik bertanyakan hal pembedahan sbb kesakitan yg dialami makin tahun makin sakit. Berjalan jauh sakit. Duduk lama sakit. Setelah buat mri nmpak lah ligamen tu da putus. Skg tggu masa yg sesuai nk buat operation lutut. Tq atas perkongsian pengalaman abg tu. Membuatkan sy dapat bayangan tentang sblm semasa dan slps operate. Sbnya takut sgt2 ni nak g spital. Berdebar2 rasanya wkwkwkwkwk.

    Reply
  18. Zaleha Pengedar Shaklee says

    July 4, 2020 at 11:27 pm

    Ngerinya baca pengalaman..huhu

    Alhamdulillah semua berjalan lancar ya. Dah boleh aktif kembali.. yay!

    Reply
  19. TKH says

    August 28, 2021 at 11:57 am

    sedang mencari rawatan ACL

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative