Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tukar pintu jenis safety/security door untuk keselamatan keluarga.

November 22, 2016 by Admin 19 Comments

Spread the love

Teringin nak duduk kat rumah teres tapi tau jer la kann harga rumah kat KL sekarang macam mana. Dapat beli rumah apartment pun dah kira bersyukur sangat. Rumah aku tinggal sekarang ni kat tingkat 1 dan takda lift sebab apartment 4 tingkat jer pun. Dulu masa nak beli rumah, ade jer yang kat level ground floor tapi aku tak nak sebab fikirkan isu keselamatan. Walhal takde ape pun, yang penting kite sendiri yang kena siapkan rumah tu dengan faktor keselamatan yang sepatutnya.

Dah beberapa kali jiran bawah rumah aku ni What’sApp gambar orang yang mencurigakan lepak dalam kereta kat parking sambil mata memerhati sekeliling. Dia dah inform pengawal keselamatan dan pihak management, cuma kitorang sebagai penghuni kena la sentiasa waspada. Sebagai langkah keselamatan, aku tukar pintu utama rumah aku dengan pintu keselamatan atau security door.abt2Aku ternampak pintu jenis ni masa jenjalan kat expo renovation. Pintu ni diperbuat dari logam, bukan pintu kayu. Walaupun metal door tapi takde la nampak macam pintu penjara sebab ada banyak design dan warna yang boleh dipilih. Sekali tengok kekadang tak perasan pun pintu ni jenis metal door. Lawaa…

Aku beli pintu ni dengan harga RM1,600 termasuk penghantaran dan pemasangan. Cuma kena cari tukang untuk kerja demolish pintu lama. Bukan setakat nak cabut pintu lama jer, nak kena hack dinding jugak bagi besar ikut saiz yang diberikan sebab frame pintu baru nanti nak kena tanam dalam dinding. Aku panggil tukang Indon yang renovate bilik air rumah aku hari tu. Kos upah termasuk barang semua die beli adalah RM400.20161117_110734Semua kerja ni kena settle dalam hari yang sama. Pagi pecah dan roboh, tengah hari diorang pasang pintu baru lepas tu tukang akan kemaskan balik segala permukaan termasuk cat balik dinding.secure_structure3-1Banyak kelebihan safety/security door ni yang menyebabkan aku pilih pintu ni. Antaranya sebab aku dah tak perlu lagi banyak kunci untuk buka pintu. Hanya perlu 1 kunci jer. Kalau dulu aku kena buka kunci mangga atau solex dulu, kemudian kunci grill besi dan baru la kunci tombol pintu. Tapi yang ni dengan sekali kunci terus 7 selak atas bawah tepi semua keluar. Selain tu, pintu ni jugak bertindak sebagai pintu pencegah kebakaran.20161117_110506Satu yang aku suka pasal pintu ni adalah bukaan yang kat tengah pintu tu. Kalau ada orang datang ketuk pintu, bukak yang tengah tu jer untuk tengok sape yang datang. Bahaya kalau terus buka pintu. Dan lagi satu fungsi bukaan tu untuk aliran pengudaraan jugak walaupun pintu masih bertutup.

Tapi kena hati-hati dengan pintu macam ni sebab takut terkunci dari dalam macam kes rakan blogger (klik) yang anak dia terkunci dalam rumah masa dia tengah menjemur kain. Pintu jenis macam ni boleh manual lock dari dalam tanpa perlu kunci. Once dah lock secara manual dari dalam, orang kat luar pun tak boleh unlock pintu walaupun ade kunci. Mesti kena bukak secara manual jugak. Risau kalau anak main manual lock tu then tak pandai bukak balik. Itu jer problemnya.

Sebelum

Sebelum

Selepas

Selepas

Ni dari dalam rumah, kalau dari luar rumah pulak macam dalam gambar bawah ni.

Sebelum

Sebelum

Selepas

Selepas

So far aku memang selesa dengan pintu ni dan rasa selamat. Dah tak perlu nak simpan segumpal kunci dalam poket, hanya perlu 1 kunci jer dalam poket.

Korang kalau nak beli pintu jenis macam ni kena selalu ushar kat expo renovation sebab masa tu biasanya ada harga promo dan kena pastikan jugak harga tu termasuk kos penghantaran, pasang, gst dan segala bagai. Ada sesetengah pintu yang harga murah tapi nak pilih cat atau design lain diorang kenakan caj lain. So, kena chek betul-betul.

Filed Under: Personal, Produk, Review Tagged With: Personal, Produk, Renovation, review, Rumah

« Brownies Kedut Nutella murah dan sedap di Alor Setar
Pengalaman menarik daki Broga Hill… Berbaloi dan seronok! »

Comments

  1. ADAM AHMAD says

    November 23, 2016 at 4:19 pm

    Kalau anak kecik terkunci dari dalam dikira problem besar tu. Itu pun dah dipanggil kurang keselamatan. Kalau bini terkunci tak apa, eloklah dia duduk diam diam dalam rumah.

    Reply
    • Admin says

      November 23, 2016 at 9:07 pm

      Hahaha… Tp yg manual tu sebenarnya tak susah pun nak buka dari dalam…. Sepatutnya kalau budak pandai kunci kiranya dia dah pandai buka jugak… Kes kwn Blogger hari tu sbb ank die panik dan tibe2 x pndai bukak walhal sblm tu ok jee…

      Reply
  2. New Edge Safety Door says

    February 12, 2017 at 9:39 pm

    Hi!
    Thanks for the review and coverage on New Edge Safety Door. We were looking through topics related to Safety and Security Doors to understand our customers or online feedbacks better.

    Your door look great! And the inner lock function issue you must be the one asking us on Facebook ya?

    I will be reporting your feedback here to our management. Maybe one day we will have a child friendly lock system. Sorry about that because it’s a minimum standard for Safety and Security Doors to have the secondary lock.

    Have a nice day and thanks for supporting New Edge safety Door.

    Reply
    • Admin says

      February 13, 2017 at 10:45 am

      Hi… so far pintu ni ok jer… I suka dan rasa confident dgn safety…

      Reply
  3. Saadah says

    February 16, 2017 at 12:42 pm

    Assalamualaikum…sy saadah dari hulu kelang sy nak tahu harga utk pintu keslmatn ni berapa dan ade waranty?

    Reply
  4. adib says

    April 25, 2017 at 6:47 am

    alamatnya dimana

    Reply
  5. Kimie says

    July 16, 2017 at 4:59 am

    Ni la pintu paling bangang dalam dunia. Ahli keluarga pegang sorang satu kunci, bukan main. Bila balik, walaupun ada kunci, kene orang dalam yang bukak.

    Ko nak terberak, sila lah berak depan pintu, terajang banyak kali pun orang dalam tak bukak.

    Bangang pintu ni. Hanya hype je, bukan betul2 menjaga keselamatan, menyusahkan je.

    Reply
    • Admin says

      July 17, 2017 at 11:57 am

      Hahahaha… knape aku punya ok jer… Kena explore lagi bab pintu tu… masuk rumah juz pusing tombol ke kiri… die akan lock dan org luar pun boleh bukak dgn kunci.. kalau ko guna button kecik dr dlm tu mmg tak boleh la org luar bukak…

      Reply
  6. latifah hamzah says

    September 27, 2017 at 7:15 am

    Saya guna pintu sekuriti. Saya da reset kunci setelah habis kerja ubahsuai rumah. Tiap seorang dlm rumah ada kunci. Masalah nya sekarang jika salah seorang dlm rumah kuar kerja kunci dari luar , orang didalam tak boleh buka pintu dari dalam. Dan begitu juga bila orang dalam rumah kunci pintu dari dalam, orang diluar walau ada kunci tidak boleh buka. Kena teriak orang didalam buka kan. Boleh saya dapat penerangan sepenuhnya .

    Reply
    • Admin says

      September 27, 2017 at 7:26 am

      Aik… pelik tu. Pintu yg jenis mcm ni ke? Klau mcm sy punya ni, org luar kunci, org dlm boleh jer bukak. Dan kalau org dlm kunci, org luar pun boleh jer bukak kcuali kalau org dlm kunci menggunakan lock kecik tu… yg tu jer org luar x boleh kunci…

      Ms mula hari tu kekok jgak nak fhm system kunci ni sbb staff tu tak explain secara details. Tp dah lama guna ni sy ry pintu ni mmg sgt bagus. System kunci dia x complicated pun. Yg x tahu mmg akan rasa susah.

      Reply
  7. Mss Azura says

    October 27, 2017 at 11:06 pm

    Kunci security door kepunyaan suami saya yang diletakkan dalam kereta hilang kena ambil pencuri yang pecahkan cermin kereta tersebut. Masalahnya bil air & letrik ada dlm kereta yg tunjukkan alamat rumah. Macam mana saya nak tukar kunci safety door ni ya?

    Reply
  8. CT says

    November 24, 2017 at 4:21 pm

    KAT MANA NAK DAPAT PINTU NI

    Reply
  9. Daraoh says

    December 25, 2017 at 1:36 am

    Boleh tak tunjuk caranya nak order pintu ni

    Reply
  10. Agag says

    June 5, 2018 at 12:39 am

    Klu tetiba org tua atau diri sendiri jatuh sakit atau kena stroke atau kena sawan jiran nk tolong payah atau panggil bomba nk masuk x bole. Kes kecemasan spt kebakaran pun payah nk break pintu kebal nie.. Menufacturer kena bg tip penyelamat cara nk break…
    Cara terbaik baca doa. pintu hanya tawakkal kita.

    Reply
  11. CF Lim says

    August 9, 2018 at 6:33 am

    Kindly quote me the safety door for 4″ @ 7″, TQ

    Reply
  12. Amir says

    October 1, 2018 at 7:49 pm

    Woww… Ada nombor kontrator yang hack dinding tuu..

    Reply
  13. Ferringhi Residence 2 says

    October 21, 2020 at 1:40 pm

    Nice Blog. Thanks for sharing this useful information. Penang Luxury Condo

    Reply
  14. Joe says

    December 12, 2020 at 10:43 pm

    Nak alamat kedai tempat beli pintu besi ini. Nak no hp sekali ye

    Reply
    • Admin says

      December 17, 2020 at 10:41 am

      Sorry.. takde no contact… Awak try search kat fb cari page diorang…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tips keselamatan baby : Beli pagar keselamatan di katil (safety bed fence)
  • Pengalaman persekolahan 2021 dari rumah (PdPR)..
  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative