Hampir setiap tahun family aku akan buat family trip. Mak, abah, adik, kakak-kakak aku dengan family diorang dan aku anak-beranak akan sama-sama bercuti. Plan ni biase buat setahun sekali jer, semua orang akan pergi. Untuk tahun 2016 ni, kami repeat lagi percutian ke Langkawi. 3 tahun lepas dah ke Langkawi, boleh baca percutian ke Langkawi yang aku share dulu. Untuk tahun ni pun mak request nak ke sana lagi tapi tak nak naik boat atau jenjalan, nak lepak tepi pantai jer.
So, langkah pertama aku semestinya cari penginapan yang betul-betul kat tepi Pantai Cenang. Kitorang stay kat Grand Beach Motel yang memang terletak betul-betul tepi pantai. Sebenarnya ada banyak lagi resort lain yang ada kat tepi pantai cuma ikut nasib la kalau dapat yang mengadap pantai. Untuk rujukan next time, aku dah senaraikan beberapa resort yang mempunyai lokasi terbaik mengadap pandai. korang boleh baca kat situ.
Hari pertama, kitorang keluar rumah seawal 8 pagi. Sampai kat jeti Kuala Perlis terus cari parking kereta. Dapat yang tak jauh dari jetty, bersebelahan jer tapi caj RM15 sehari. Sebabkan kitorang kat sana 3 hari, jadi total kos RM180 untuk 4 biji kereta.
Harga tiket ferry ke Langkawi dari Kuala Perlis aku tak ingat dah berapa. Feri kali ni banyak tempat duduk kosong sebab bukan hujung minggu kot. Mulanya kitorang dapat seat kat bahagian perut feri. Giler bosan sebab takde tingkap langsung. Tapi nasib baik seat bahagian atas banyak jer kosong. So, diorang bagi pindah duduk jer mana-mana seat yang kosong kat atas.
Akiff dengan Azif teruja sangat dapat naik feri. Berebut nak duduk tepi tingkap. Dalam feri nasib baik dua-dua behave jer, takde buat perangai.
Sampai kat jeti Langkawi, van dah sedia menunggu. Kitorang booking van 15 seater tapi sebab kitorang pun memang ngam ngam 15 orang maka terpaksa sewa sebiji viva lagi khas untuk bawak bag dan barang-barang sebab dalam van memang dah tak muat langsung nak letak bag. Harga sewa van adalah RM250 sehari dan viva pulak RM70. Yang sedihnya sebab van dengan viva yang kitorang dapat tu agak uzur. Seat pun ade yang dah jahanam. Pickup takyah cakap la, memang slow. Kawasan yang berbukit sikit memang mengaum enjin.
Disebabkan waktu chekin resort pukul 2 petang dan kitorang sampai kat Langkawi pukul 11 pagi. Jadi plan pertama terus ke kereta cable walaupun niat asal tak nak kemana pun. Dari takde kemana kan, baik ke sana kot orang tak ramai dapat la naik kereta cable sebab dulu datang pun tak dapat naik jugak. Tapi kali ni pun sama, takde rezeki kitorang nak naik cable car. Orang punya la ramai. Huh…
So, plan seterusnya sebelum chekin adalah untuk lunch. Kitorang makan kat tepi lapangan terbang yang famous dengan laksa ikan sekor tu. Dari jauh memang mengancam betul bau laksa tu tu. Tapi kitorang tak makan laksa pun, semua nak makan nasi. Jadi pilihan yang ada kat situ adalah nasi ayam madu. Rasa biasa jer, yang penting dapat makan tepi pantai.
Lepas makan semua dah tak sabar nak chekin. Nak rest dulu sebelum turun mandi laut. Dan program kitorang memang takde kemana pun. Hanya keluar time makan jer la. Cuma hari kedua tu ade keluar pergi kompleks Haji Ismail Group untuk shoping coklat. Selebihnya hanya lepak kat area pantai jer.
Bestnya lepak kat pantai Cenang sebab banyak aktiviti boleh dibuat. Siap duit jer kalau nak main apa-apa. Kitorang main jetski, sewa setengah jam RM130 pastu gilir-gilir bawak. Cuak gak sebab 1st time bawak jetski. Masa nak kona tu rasa macam nak terbalik jer.
Next time ade peluang memang nak naik jetski lagi. Hari tu aku naik tak sampai 5 minit pun. Huhuhu… Cuti-cuti kali ni memang betul-betul santai. Bagus jugak idea bercuti macam ni. Kalau banyak berjalan kesian pulak kat mak dengan abah.
Tahun 2017 abah kata nak ajak bercuti area Pantai Timur pulak. Haaa nanti kena plan betul-betul. Kalau trip jauh ni nak kena fikirkan sewa van yang besar dan selesa. Ade yang nak sponsor van tak? Wakaka…
Salam, pg bulan december tu, cuaca ok ke? Bukan musim hujan ke?
Wow bestnya dgr cerita bercuti kat langkawi ni…teringin nak berjalan jugak lepas covid ni…hehe