Tak sabarnya nak berlari dan kembali bersukan. Baru sebulan bertongkat tapi dah rasa bertapa tak selesa dan terbatasnya pergerakan. Itu baru ujian sikit jer, macam mana la diorang yang takda kaki tu kan. Kuatnya semangat diorang. Bila teringat diorang baru la tahu nak bersyukur kann… Hehehe…Alhamdulillah aku dah masuk sebulan selepas buat operation lutut disebabkan ada ligamen yang putus masa main badminton dulu. Aku buat pembedahan ACL di Hospital KPJ Ampang Puteri pada 3 November 2016 dengan Dato’ Dr. Ali Noor. Pembedahan ok jer, tak sakit pun. Ofcoz la tak sakit kan sebab dah dipengsan kan. Hehehe.. Sedar-sedar dah terbaring atas katil dalam wad dengan mak abah ank bini semua ada kat sekeliling. Pengalaman aku menjalani pembedahan lutut ACL ada aku ceritakan dalam entry sebelum ni.
Kali ni aku nak kongsi pulak hazabnya nak lalui fisioterapi. Dalam proses pemulihan ni, fisioterapi merupakan faktor paaaaaaaling penting untuk menentukan sama ada pembedahan tu berjaya atau tak. Sebab kalau tak follow standard treatment fisioterapi yang ditetapkan, kemungkinan besar kaki tak boleh berjalan kembali secara normal atau lagi teruk lagi lutut tak boleh dibengkokkan sepenuhnya. Kang tak pasal-pasal jadi OKU.
Sehari lepas operation, aku dah mula dipaksa menjalani fisioterapi. Ya Allah, tak sangka sakitnya tu bila kena buat senaman dalam keadaan lutut baru sehari ditebuk. Fisioterapis kat situ lak takdenyer nak manja-manja bagi muka. Dia akan paksa kita untuk buat apa yang diorang suruh.Keadaan lutut harus pulih dalam tempoh 6 minggu selepas pembedahan, kalau tak nanti lagi susah nak dibetulkan. Bila makin susah, maksudnya makin sakit la…
Seminggu pertama memang aku struggle gile nak hadap fisio yang menyakitkan tu. Dengan keadaan lutut yang masih tak boleh lurus tu, aku dikira agak terlambat dari jadual sepatutnya.
Seminggu aku warded kat hospital. Balik rumah aku tetap jugak kena datang hospital untuk jalani fisio 3 kali seminggu. Hari tak datang hospital, aku buat sendiri senaman tu kat rumah. Bab buat senaman kat rumah ni bukan perkara mudah oii… Memang perlukan keazaman yang tinggi, kalau tak memang idokk ler nak buat.
Kelengkapan yang perlu ada kat rumah tak banyak pun. Hanya perlukan gym ball dengan sand bag jer. Gym ball memang dah ada cuma sand bag jer aku pinjam member punya. Apa yang diajar kat pusat fisio, aku buat yang sama kat rumah. Cuma bezanya kat rumah takde mendalah letrik yang letak kat lutut tu.
Perkembangan aku, 3 hari lepas operation aku dah mahir gunakan tongkat untuk bergerak. Dah boleh pergi tandas sendiri dan boleh mandi sendiri. Masa ni lutut aku dah dibenarkan bengkok 30 degree. Tahap kebengkokan kaki ni hanya atas kebenaran doctor jer. Die akan set degree kat brace kaki yang aku pakai tu.
Seminggu lepas operation, diorang ajar aku macam mana nak naik dan turun tangga menggunakan tongkat sebab rumah aku kena menapak naik tangga kat tingkat 1. Masa ni doctor dah benarkan bengkok lutut 60 degree.Minggu ketiga, aku dah mula gunakan 1 tongkat jer sebab kaki dan lutut dah makin kuat. Tapi brace tetap kena pakai gak.
Minggu keempat, doctor puas hati dengan perkembangan kaki aku dan suruh aku mulakan fisio untuk bengkokkan lutut hingga habis (seperti normal) dan aku jugak dah dibenarkan berjalan tanpa tongkat tapi tetap kena pakai brace kaki untuk support. Time ni dah mula gian nak keluar jenjalan, siap bawak ank pergi main kat mall. Hehehe…
Korang yang ada masalah lutut, cepat buat pemeriksaan dan kemudian kalau dah buat operation tu memang wajib jalani fisioterapi kalau nak kembali normal. Mulanya memang hazab tapi makin lama makin ok. Kena rajin dan push diri. Tak boleh nak layan sangat sakit tu.
NORMA MAT LAZIN says
semoga cepat sembuh
Anuar says
harap bersabar… Semoga lepas sembuh… In Shaa Allah… Lepas dah sembuh nanti boleh aktif bersukan balik…
burhan says
Salam tuan..saya dah masuk 9 bln..kesan daripada operation Acl..kaki dah tak sama mcm dulu…bila duduk lama nk jalan dia akan sakit balik..
Nik iza says
Salam encik..sy baru je 5 hari lepas operation PCL..sy tgk brace yg en pakai sama mcm sy pakai..nk tnye cm ner en angkt kaki sb besi brace tu berat..sy cuba angkt kaki tpi x terangkat + sakit yg teramat sgt..ngilu x tau nk gambrkan boleh kate sampai menangis..ad ap2 tips x..
Admin says
Mmg fisio sakit giler lebih2 lg smggu pertama… Serik rasanya… Tp apa pun mind yg kontrol semua tu. Mcm sy hari tu, sbln lps operate akan ada family trip. Jd sy set goal sendiri utk buang tongkat dan jln normal dlm tempoh sbln sblm Trip. Bln pertama mmg btul2 struggle dan bersemangat sbb fikirkan nak bercuti dgn family. Kalau bertongkat mcm mana nak bercuti. Alhamdulillah dlm tempoh 3 mggu sy dah tak guna tongkat. Semuanya mind kontrol. Sakit pun mind yg kntrol. Brace tu tak berat pun cuma bila rs sakit kite akn rs mcm brace tu berat.
Nik says
Tpi minggu perama sy nie doktr cuma suruh lurus kan lutut dlu..pastu tekan lutut kebawah je..sb die kate nk suh kaki strght dlu..mnggu dpn jmpe doktr pakar lagi bru strt fisio..skrg en dh boleh jln mcm normal ke??
Admin says
Yup.. mana2 pergi mmg sama jer fisio utk acl ni… standard antarabangsa.. Permulaan kena luruskan lutu dan lock kepala lutut tu jgn bg gerak.. Pastu angkat2 kaki dgn kepala lutut lock… Smggu jgak kena buat yg tu, kemudian baru la dibenarkan bengkok sikit demi sikit atas nasihat doctor atau fisioterapis… Alhamdulillah saya dah jln normal, solat pun dah boleh mcm biasa… Skrg dah masuk 5 bln tp still buat fisio sendiri utk kuatkan muscle paha dan betis utk support ligamen baru tu… Kalau tak nanti takleh bersukan…
din says
saya pun menghadapi PCL injury tp takut nk operation.. nak tanya kalau operation berapa lama ambik masa utk boleh jalan & travel?
Admin says
Bergantung kpd kesungguhan buat fisio.. fisio bkn benda remeh tau.. kalau follow diorang punya jadual, sebulan pun dah boleh jln tanpa tongkat..
Nadia says
Sy baru dpt info dari Dr based on report MRI baru2 ni… ACL sy putus. Dr bagi masa utk fikir sama ada nk operate or tidak. Boleh Sy tahu hasil selepas operation tu adakah lutut kembali aktif seperti dulu? Ada kesan sampingan Tak?
Nik says
Ok2 tq atas info…
NA says
Maaf encik, tumpang tanya, saya skrg juga ada masalah lutut ACL and x jalankan lagi pembedahan sbb saya masih student lagi.. cuma nak tahu, selepas kita jalani pembedahan, peratus nak sembuh sepenuhnya agak2 bila ? berapa bulan ?
mungkin dr ada bagitahu encik ? Sebab saya dalam dilemma nak jalani pembedahan ni sbbnya takut saya kena extend semester. jawapan encik amat sya hargai. terima kasih
Lan Careno says
Lepas smggu operate dah boleh berjalan guna tongkat. Klau Follow fisio diorang, dlm sbln dah boleh berjalan normal tanpa tongkat cuma tak boleh lasak atau buat kerja berat. Solat masih perlu secara duduk. Mgkin lps 2 bulan dah boleh solat secara biasa. Lps setahun dah boleh bersukan tp fisio masih kena buat sama ada di rumah/gym atau ke hosp. Sy 3 bln jer buat kat hosp lps tu buat sendiri jer..
Suhaimi Mohd Aris says
Saya dah hampir 12 bulan menjalani pembedahan ACL. Sekarang masih tidak 100% ok. Masa nak bangun dari kerusi dan masa mula2 bangun tidur amat sakit. Masa berjalan dah kurang sakit tapi masih rasa sakit. Nak lipat 100% masih tak boleh. Ini yang merisaukan.
Admin says
Kalau tak buat fisio mmg patut risau… dah lama sgt tu… fisio wajib buat utk kuatkan muscle betis, paha dan smue yg sekitar lutut tu… Sy dah boleh berjalan normal dan x rs sakit pun still buat fisio. Siap masuk event running dah beberapa kali. Semua tu menguatkan kaki. Kalau tak buat apa2 mksudnya senaman atau fisio mmg xkan dpt kembali normal.
Sblm operate mmg doktor dah ckp yg operation tu perkara kecik jer tp fisio tu yg utama. Tak guna buat operation kalau x follow standard fisio diorang.
FIsio memang menyakitkan tp smua kena mind control.
zul says
Salam….saya bkl jalani acl 2mnggu lagi…ada tips2 yg berguna tak untuk sya untuk cepat smbuh…
Admin says
Skrg dah boleh mula jalani fisioterapi untuk kuatkan muscle kaki supaya lps operate nnti takde la struggle sangat utk fisio. At least muscle tu dah ready dan kuat. Kena ingat, pembedahan adalah 1 part jer, tp yang menentukan kejayaan keseluruhan proses pemulihan acl ni adalah fisioterapi.
nor amira afifa says
bole saya tahu brapa kos pembedahan acl ?
Admin says
Total kos yg sy buat di KPJ ampang Puteri hari tu RM33k… Kos operation, hosp, fisio dan semuanya. Tp sy pakai insurance. Kalau kos hosp kerajaan tak pasti berapa. Hosp kerajaan kena tggu turn lamaaaaaa sgt… Kekadang boleh mkn masa hgga setahun br dpt turn utk operate.
lmf says
Saya punya kos 48k..
special case katanya..
lmf says
Salam.. hari ni masuk hari ke-5 selepas pembedahan, sakit urat demam urat . Tapi nk tanya.. berapa lama pundi kencing kita ni sakit yer.. asal kencing jer sakit..
Admin says
Wslm… Saya hari tu takde pulak sakit pundi kencing tu semua. Kencing macam biase jer.
Yaya says
Assalamualaikum Saudara..saya hari ke 11 selepas operation acl lutut disebelah kanan.. sekarang..lutut saya x boleh nk lock dan angkat sprti kaki normal…. bila angkat lutut, lutut membgkok dan kaki dpt diangkat disbb kan knee brace… bila doc mmbuka knee brace dan menyuruh saya mengangkat kaki..langsung tidk boleh diangkat..
Bagaimana pengalaman saudara yg boleh membuat knee lock utk mgangkat kaki..
Admin says
kalau hari ke 11 sepatutnya dah boleh angkat kaki tu… 1st day lps operate biasanya fisioterapis akan ajar cara utk lock jer dulu… blum angkat2 lagi… nak lock mmg sakit jugak laa… hari ke 2 atau 3 biasanya dah ok… lock kena btul2 lock baru angkat sbb kalau tak nnti akan bg kesan kat lutut… fisio jgn skip… PENTING GILER tuuu..
Yaya says
Exercise fisio x pernah skip lagi buat masa skrg.. setiap hari saya masih buat exercise pagi ptg dan malam… saya pergi buat fisio di hospital ikot appointment yg diberikan..
Saudara ada jaga pemakanan atau ambil apa2 suplement tak untuk kuatkan otot kaki..
Admin says
Takde ambk apa2 suppliment pun. Jiz fisio jer. Jaga mkn tu mcm seafood dan yg menggatalkan sbb tkut tmpt luka tu gatal… itu jer..
Yaya says
Thanks… harap sgt dpt berjalan tanpa tongkat dan hidup seperti sediakala..
AfifAmyra says
Salam Tuan. Cuma nak bertanya, tongkat & braces Tuan tu covered by insurance atau Tuan beli sendiri ye?
Sy perlu buat persediaan juga ni. 2 mggu lagi sy akan operate ACL ni. Huhu .
Admin says
wslm… tongkat dgn braces insurance cover… tp ada jugak insurance yg x cover.. sbb masa kat KPJ ritu ade member fisio kat situ yg x cover benda tu… Semoga dipermudahkan..
Sham says
Assalam…sy dh 3 mggu operate acl…fisio 2 kali smggu…sy nk tny bngkak d lutut slps operate tu brap lma nk hlng…
Admin says
Wslm… bab bengkak mcm x ingat sgt. Tp kalau x silap 2 3 mggu sepatutnya dah hlg..
minur says
assalamualaikum bro. saya ada soalan sikit. saya dah 7 minggu lepas operate. amd now semuanya okay. cuma masalah saya takboleh straight kan kaki sampai 0 degree.kalau abang takkisah. boleh kongsikan tak macam mana nak straigtkan. sebab doc kata kalau ni taksettle. jogging semua takboleh
Admin says
Biasanya kalau x boleh straight ni punca masa buat fisio tak lock lutut btul2… dulu ms fisio, benda utama fisioterapis suruh buat adalah lock lutut tu.. cuba tanya fisioterapis tu apa punca dan nak buat mcm mana. Sy lg suka tanyakan apa2 dgn fisioterapi sbb die lbh fhm perkembangan kite compare doctor. Doctor pakar ms operate tp fisioterapis yg guide kite utk pulih.
AEREEL AZIZ says
SALAM.. SAYA MENGHINTUNG HARI NAK BUAT PEMBEDAHAN ACL, APA NASIHAT DAN PERSEDIAAN PERLU SAYA BUAT. BAK KATA ORANG TUA2 LA APA PANTANG LARANGNYA SEBELUM OPERATION 🙂
Admin says
Sementara tggu operation ni, boleh kuatkan otot kaki tu supaya bila nak mula fisio lps operation xde la hazab sgt… sy dulu ada gak buat fisio sblm operation sbg persediaan…
AEREEL AZIZ says
ye ke.. tapi dapat info hospital esok saya dah kena buat operate. Masak ler kalau cam gitu.. apa2 pun terima kasih sebab sudi reply msg saya ni sebagai info.
Bella says
Saya sudah masuk minggu ke 6 n still bertongkat 1.. bila nk jalan xpakai tongkat rasa xconfident.. rasa mcm xstable.. ada tips x??
Admin says
Normal tu… rakan2 yg fisioni sama sy dulu pun ramai yg mcm tu. Mind control semua tu. Jgn over confident sudah takut tersilap langkah jd lain lak kaki tu. Bykkan fisio, sbb bila fisio kerap nnti kita bkn kuatkan otot jer malah kuatkan minda jgak.
Violet says
Salam saudara, saya dah minggu ketiga operate ACL. Saya cuma nak tanya, bengkak lutut akan lama sehingga sebulan ke ? Sbb saya masih bengkak. Dan saya nk tanya, masa bengkok kaki, mmg akan ada rasa ketat ke ? Saya buat senaman bengkok kaki berkali-kali, tpi masih rasa ketat. Mohon kongsi pengalaman
Admin says
Bengkak tu bergantung kpd setiap org. Tgk luka operation tu jgak. Ada cpt ada lmbt. 3 mggu baru, normal la tu. Yg ketat kaki tu x fhm mcm mana. Tp mmg akn alami kesukaran utk setiap progress bermula nak lock lutut, angkat kaki dan juga mula bent kaki. Permulaan akan sakit dan susah tp itu tujuan fisio utk kembalikan kpd normal.
kassim says
salam..
nak tanya. sy skrg tggu nak operate acl kat kpj lepas org rumah bersalin. masalahnya perlu ke sy buat fisio kat hospital kerajaan sbb sy ada appoinmnt fisio kat sana waktu mula2 sy injured..tp masa tu doc tu ckp ni injured biasa. sy x puas hati pg kpj dan lpas scan mri sy injured acl. dalam dilema nak pegi ke x fisio hosp kerajaan tu. mohon pandangan. tq..
Admin says
Boleh jer nak p fisio hosp kerajaan tp setahu saya kat hosp kerajaan terlalu ramai, jadi mgkin kekerapan utk jalani fisio tu kurang. Kemungkinan seminggu sekali jer. So, kalau ade budget atau insurance cover, better teruskan jer fisio kat KPJ.
ibni says
Assalam tuan..sy baru 11ari operate acl..skrg pkai brace n just fisio sndri tgangkan n cam kuatkn lutut tkankn kbwah ja dlu.pastu ltak bantal kaki n tkankn lutut ke bwah sndri.tu y fisio ajarkn dlu sblm jmpa dktor akhr bln ni.fisio ng bola ng sand beg tu lpas lutut bole dbengkokkan ka tuan?
Admin says
Wslm. Operate kat mana tu?. Knapa mcm slow jer progress fisio awak. Kuatkan lutut dan tekan ke bawah tu dlm 3 hari pertama jer. Masuk hari ke 4 dah mula kena angkat kaki sambil luruskan lutut. Lutut dah makin kuat baru die letak sand bag masa fisio. Lutut boleh dibengkokkan atas arahan doctor/fisioterapi jer berdasarkan perkembangan setiap org. Tp wpun dah boleh bengkokkan lutut, masa fisio wajib tekankan lutut ke bawah utk pastikan masa angkat kaki tu lutut/kaki adalah lurus.
ibni says
operate kt kpj jhor..pas 3ari bole kuar wad..n suh fisio sndri kt umah kuatkn otot lutut..fisio xbg bengkokkn lg lutut..sy wat juga fisio angkat kaki kiraan 30 msa baring mngiring n gerakkn kaki knan ke kiri skrg..tp masih pkai brace juga la
Fazli says
Sy dah 3 bln operate dan selesai fisio, blh lurus n bengkok mcm biasa. Sy juga mula jogging 3-4 km 3-4 kali/ week… nak tanya pengalam tuan, boleh tak sy kembali aktif jogging dlm masa 3 bln slps operate.
Terima kasih
Admin says
Uihhh jangan… footballer pun kalau acl minimum 6 bln rest… itu pun diorang fisio sehari 6 jam… (doctor yg citer).
Fazli says
Okay … tima kasih tuan atas nasihat.. will slow down dan adjust the plan
Norasni Binti Kanapi says
Assalamualaikum. Mkcik br sebulan setengah buat opp ACL. Diusia 52 thn dpt acl. Nk gelak je… mayb sbb aktif on site sesuai dgn kerja mkcik di tnb. 3 mnggu dh boleh jln dgn tongkt 1. Tp pagi2 bgn tidur masya Allah sakit nya. Kena slow2 nk gerak ke bilik air. Smggu 2x fisio.. n buat sendiri kt rmh. Agak2 berapa lama kita boleh sujud n duduk antara 2 sujud tu spt biasa. Masa brjln lutut masih bengkok. Masa buat fisio nk bg lurus tu boleh, tp ms brdiri n brjln rsa mcm dh blok kt lutut.Doc bg tau meniscus hancur n dibuang. Berap lama agk2nya lutut ni boleh lurus n lipat spt biasa. Doakn makcik sembuh spt biasa. Rindu nk masak nk brkebun nk jln2 mcm biasa, nk ke masjid semula.
Admin says
miniscus hancur dan dibuang? Teruk gak tu… Sy tak berani komen bab tu tp pengalaman sy dgn kecederaan yg saya alami tu. Untuk solat seperti biasa makan masa hampir 6 bulan jugak..
Mie says
Saya baru lepas 3minggu buat operation acl dgn minuscus…tapi belum boleh pijak lagi sampai doktor benarkan…masa en minggu ke 2-3 ada rasa sakit lagi tak bila nak buat fisioterapi? then minggu ke brapa kaki encik boleh pijak ? sy sampai skrang still rasa sakit sgt brdenyut2 apabila melakukan fisio…Di rumah brapa kali rutin en lakukan fisioterapi?
Admin says
Yup.. minggu 2 3 still rasa jer sakit tp takde la smpai tak tahan.. kat rumah awalnya buat sehari 2 kali sama mcmjer kat hosp. Pastu sambil2 tgk tv pun buat gak yg simple mcm angkat kaki smbil letak sand bag…
NOR AZMAR BINTI ZAKARIA says
Saya dah 4 minggu athroscopy meniscus repair. kaki dah boleh lurus dan bengkok. sakit dah tak da tapi bila nak berjalan dan diri lutut rasa tak selesa. selalunya luka dalam lutut ambil masa berapa lama nak sembuh?
Irin says
Saya dh mgu ke 4 acl ..mgu ke3 bru fisio…acl dn miniskus injury…doc still x bg pijak n bengkok..ikut fisio je…cma nak tanya sesiapa ade x rasa ketat or sukar nk bengkokkan lutut…stkt ni bru 50° bole bengkok…itu pun dah rasa azab dah…skrg sya masih jalani fisio
Hazim says
Saya baru je seminggu. Sy kena mcm tuan acl dan miniscus. Sakit betul. Serius sakit. Ade pape tips tak
Admin says
Cpt buat operation.
INTAN FARHANA SHARIFUDIN says
very good info. hope you can share more article on this issue
Dyiea says
Assalam.. nk bertanya.. jika ada acl tapi tak buat pbedahan acl langsung bagaimana ya senam yang boleh dilakukan.
puan nurul says
saya dah 9 minggu post Acl recons + betulkan kedudukan kepala lutut yg dh lama beralih .
Memang struggle nk bengkok.Baru dapat 90°. Berjalan kat rumah tanpa tongkat tapi di luat masih pakai utk elak jatuh. Fisio masih diteruskan.
Kos pembedahan 38k buat kt Prince Court.
Hopefully bole berjalan dengan normal dan bole solat macam biasa. Sekadar kongsi pengalaman.
hafiz says
Assalam.. nk tnya kalau acl tp xbuat operate ada effect pape x?
Admin says
Wslm… boleh jer tp kena pergi buat fisio dah excersice utk kuatkan otot kaki.
Farhana says
Salam..nak tanya selepas dari operation tue dinasihatkan bila kene start fisioterapi and how frequent on daily basis.. suami tengah dlm OT room tue buat ACL operation.. what kind of food intake should i look fwd to give him
Admin says
Sehari selepas operate dah kena start.. lmbat start nnti lagi sakit n lagi susah… makanan xde pantang sgt kecuali benda yg boleh menyebabkan gatal..
Udin says
Salam Tuan nak tanya. Nt sy akan buat operation ACL ni. Cuma nak bertanya, saya ada insurans Prudential, dimana lebih meyakinkan samada Hospital Kerajaan atau Hospital Panel. Kalau kerajaan minta transfer ke HKL sbb sana ada equipment complete. Kalau Panel dkt KPJ Ampang rasanya. Yg mana sesuai dan recovery pun xambil masa yg lama ye. Mksd sy semasa operation dan selepas. Yg mana akan lebih baik? Counting days..
Admin says
Sy syorkan KPJ Ampang Puteri.. refer dgn Dato’ Dr Ali.. Die yg operate sy dulu.. Alhamdulillah ok jer.. Bab recovery bergantung kpd individu… oh yaa.. sy pun pakai insurance prudential..
Mas says
Salam,nk tny..fisio tu. Once kite da bengkok kan…than tdo mlm..bgn pagi die akn ketat sml ke? N kne re-do sml …adr cr x, nk bg die xketat sml
Admin says
Wslm.. kalau sy dulu, tido malam saya still pakai brace utk 2 mggu pertama.. lps kaki dah boleh bengkok baru sy x pakai brace dan takde masalah ape pun.. bab ketat tu kena refer fisio blk…
Reen says
Saya br 2 mggu acl. Buat di kpj pasir gudang oleh dato dr zahir. Skg buat fisio 1x smggu & fisio hari2 di rumah. Kaki saya tak bole bengkok lg. Masih sakit pada kesan luka tu.
Fisio ada ajar kuatkan otot peha. Mmg ada peningkatan. Tp perlahan nampaknya. Saya bole hayun kaki ke depan & belakang tp tak bole angkat.
Admin says
Mungkin kena kerapkan lagi pergi fisio utk dptkan nasihat diorang. Bg sy agak lmbt jgak tu kalau dah 2 mggu tp x boleh angkat kaki sbb sy dulu smggu dah boleh angkat kaki sambil luruskan lutut. Itu yg ditekanan sepanjang smggu kat wad.
Reen says
Saya dah masuk.mggu.ke 3 buat acl, miniscus & repair. Buat fisiodah 3x. Still tak bole bengkok 90°. Tak bole angkat kaki lg. Kt kpj johor ni ade rawatan laser utk baiki otot. Betullah kate u, fisio ni sgt sgt penting.
Admin says
Seminggu baru 3 kali fisio? Aik knape sikit sgt.. saya start hari kedua smpai selama smggu mmg buat fisio 2 kali sehari. Pastu masa dok kat katil wad pun buat juga yg simple2… Sblm operate dulu doc dah pesan yg fisio ni perkara utama dlm kes acl.. kalau operate shj tp fisio x btul, kaki xkan pulih…
Khairil Luqman says
Assalamualaikum..saya baru 5 hari lepas operation boleh tak share exercise setakat ni saya buat exercise angkat kaki and bengkokkan lutut
Khairil Luqman says
haa and lagi satu doc suruh stop rokok but kalau vape boleh ke.?
Admin says
Wslm…Utk permulaan mmg kena buat exercise yg angkat kaki tu… lock lutut dan angkat, kena letak sand bag. Makin lama kena guna sand bag yg berat. Kemudian dah boleh lock lutut die akan bg bengkok sikit demi skit. Kemudian baru la start cycling, buat lunges, squat dan mcm2…
bab rokok tu xyah tggu doc ckp sbb mufti pun dah kata haram… Ngeee… Tp kaitan dgn rokok x pasti lak sbb doc x pernah nasihatkan sy mcm tu (coz im not smoker). So bab vape pun x tau nak bg pendapat.. Semoga cpt recover yer… masih awal lagi tu, kena serius fisio kalau nak jln secara normal.
khai says
Terima kasih admin..agak2 bila boleh jalan tanpa tongkat ya..?..agak2 admin sempat tak sebelum raya saya dah boleh berjalan tanpa tongkat?
Admin says
Klau bro baca blk article sy ni.. Sy boleh berjalan secara bebas dlm mggu keempat mcm tu. Kiranya dah x guna tongkat tp still jln mcm robot sbb brace masih pakai.
Tahap recovery setiap org x sama. Ada 3 org yg operate sama hari dgn saya jat hosp tu masih perlu dua2 tongkat wpun mggu ke 4. Sy ni kira cpt jgak laa..
Kuncinya, semangat kena ada utk buat fisio. Lg kerap lg bagus tp make sure fisio yg btul. 2 bln pertama sy buat fisio dipantau oleh hosp. Lps dr tu br g gym sendiri…
Khai says
ohh terima kasih atas semua nasihat admin…insyaallah saya akan buat fisio dengan sepenuh hati saya..assalamualaikum
Helmi says
Assalamualaikum nak bertanya kalau pakai braces luar seluar boleh ke.?..maksudnya saya pakai seluar panjang dulu pastu baru pakai braces boleh ke.?
Admin says
Boleh jer… Saya mmg selalu pakai mcm tu kalau keluar.
Amir says
Assalamualaikum nak tanya boleh ke pakai braces luar seluar means saya pakai seluar panjang pastu pakai braces sebab taya kan skrang so nak sopan sikit
Admin says
Kalau baru2 operate jgn lg laa.. Tp kalau lps 2 3 mggu ok jer.
Husaini Malek says
Assalam tuan, sy dah hampir 4 bulan slepas op ACL. Baru-baru ini, sy ada buat exercise slow jog dekat padang. Keesokan nya lutut sy mcm ada bunyi bila nk diluruskan semula. Adakah itu normal?
Admin says
Wslm.. bunyi mcm mana tu eh? Setiap kali bergerak ada bunyi ke? Saya takde pulak mcm tu…
Husaini Malek says
Bunyi tulang belanggar..bunyi tu boleh dgar apabila lutut nk diluruskan semula
Admin says
perghh… ngerinya bila bunyi tulang berlanggar sesama sendiri. Hahaha… kena pergi chek kat hospital tu.. Saya dulu xde lak mcm tu..
Hazmi says
saya ada mengalami bunyi yang sama…saya dah 8bulan buat op ACL
Azanil says
Alhamdulillah ..da 2 bulan opretion..da boleh light duty….
MSAA says
salam. saya dah operate ACL april last year tetapi sampai sekarang kaki saya masih sakit dan jalan tak normal macam dulu. macam mana nak recover ye? saya dah tinggalkan fisio agak lama atas sebab terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk pegi ke gym. sekarang kaki saya sangat sakit dan saya takut ia putus buat kali kedua. apa yang patut saya lakukan sekarang?
Admin says
Kalau ikutkan apa yg fisioterapis sy bg tau dulu. Kalau 2 bulan kaki masih x boleh berjalan normal, kemungkinan akan kekal mcm tu sbb puncanya adalah fisio tak teratur. Fisio sgt sgt penting. Tak guna buat operation kalau fisio kelaut, sbb ia akan lebih memudaratkan. Bkn nak menakutkan tp sy rasa better pergi jumpa balik fisioterapi dan dptkan nasihat lanjut.
Vio says
Sy baru hari ke 5 buat acl recon di lutut kanan. Hr ke2 sy dah buat fisio dan berjalan guna tongkat ke toilet. Hr ke 3 sy dah boleh angkat kaki sendiri dan dibenarkan pulang. Doc set brace sy 30-70 range. Alhamdulillah hr ni berjaya capai 70degree. Setiap malam sukar utk tidur walaupun sy tiada masalah utk mengiring ke kiri atau kanan. Bngun pg kaki akan terasa sakit, adakah itu normal? Ada apa2 tips untuk tido yg lebih selesa? Perlukah memakai brace ketika tidur?
Admin says
Kalau tgk perkembangan awak mcm same jer dgn sy cuma saya tidur pakai brace utk 2 mggu pertama sbb kekadang waktu tidur kite tak sedar kaki mcm mana. Mgkin sbb tu kot kaki awak sakit.
Pit85 says
Salam semua..aku da nak masuk 5bulan lps operate…oprte di hosptal tloh.hosptal kjaan..xperlu tggu lama pun.kalu fulus ade..cepat je leh operate..ygpenting..dah ada result MRI yg betul2 ACl PCL or lain2…ready la rm10k…if gov staff boleh claim smula..jgn rsau..hehe…ok.cite psl fisio..mmg kene paksa ckit utk latih lipat dlu..n dlm masa yg sama..cuba keraskan otot peha n gerak2 kan kepala lutut..kalu xbuat..lmbat ckit nk smbuh.n kalu x grak2 kan kpala lutut.nnt kpala lutut jem.huhu…smbl pergi fisio..tgk la utube n ikut mane yg mampu buat…aku 5mggu kene pakai tgkat sbb lutut bengkak.lps mggu ke 5..doc bg buang tgkat n cube latih bjalan biasa.n agak kekok la…lps operate mmg sakit..kalu xkuat motivasi..mmg lmbat nk recover…now aku dlm proses nk kuat kan otot peha..now tgh latih lompat.jogging pun dah boleh maintain dlm 4 pusgn 400m…doakan kita semua yg operate ni cpat smbuh..giann wehhh nak bsukan smula..hahaha
Admin says
semoga cpt fully recovery… sy dah kembali bersukan pun… rutin bersukan setiap mggu dah kembali aktif.. hehhee
Farid says
sekarang masih lagi buat fisioterapi ke?
Admin says
Dah tak buat… Lama dah stop.. Dah aktif bersukan kembali.
Nor says
Salam. Saya dh operate pada 7 Ogos 2018. Lutut masih lgi rasa berat bila berjln. Masih buat fisio dan pergi gym. Setiap hujung thn saya akn pergi bercuti ke luar negara. Persoalannya boleh kah saya pergi melancong pada bulan Disember nti. Adakah ia akn memudaratkn lutut saya.
Admin says
kalau 3 bln rasanya no problem… cuma bercuti tu jgn la hiking qatau buat xtvt lasak.. xtvt lasak kena stop setahun…
AZANNI FARAH BINTI BAHARUDDIN says
Assalammualaikum admin…husband saya operate ACL 22 Okt 18. Menjalani fisio yg telah dijadualkan. Minggu pertama dan kedua nmpak ok.Masuk minggu ketiga lutut membengkak dan terasa panas kat bahagian lutut demam pun on off..Husband jumpe doktor..doktor cek terdapt nanah dan darah kotor sebab dah terkena infeksi ..doktor keluarkan darah dan sedikit nanah dalam 20ml cmtu..selepas tu doktor suh operate kali kedua untuk masukkan scop nk tgk ade ape maslah. Masa operate kali kedua terdpat tisu-tisu mcam koyak serabai tpi urat yang disambung tiada masalah. Hmpir dua minggu operate kali kedua…skrang ni doktor bgtahu lutut ok cuma sedikit longgar..Ape cara terbaik untuk pulihkan lutut longgar dan supplement ape yang bagus untuk hilangkan longgar tu….
Amira says
Sy dh jalani pembedahan acl 2 mggu lpas dan skrg doktor dh bg sy bengkok shgga 90 darjh..arini sy buka jahitan dan arini juga sy buat fisioterapi utk bgkokkan lutut dr keadaan lutut yg lurus.lpas sy buat,sy dapati lutut sy mmbgkak sgt.adakah saudara juga alami situasi ini?
hafiz says
salam admin.saya baru menjalani operation ACL,arini start fisio.Tetapi masa start berdiri saya rasa berat bahagian operation lutut ke bawah dan sakit.
Adakah admin mengalami hal yang sama?
Ain says
As salam Encik,
Saya dijangka akan menjalani operation meniscus repair / remove pd 3/11/22 ini tp bergantung kpd scoping oleh doctor mengenai tahap injury sy sama ada to repair meniscus or to remove meniscus.
Umur sy menjangkau 39 tahun dan sy seorang wanita yg bekerja. Cuma sy ingin minta pendapat Encik, jika sy tidak menjalani operation, ada apa2 kesan akan dtg ke? dan jika doctor dapati meniscus perlu dibuang kesemuanya, ada apa2 kesan masa akan dtg x?
Sy berbelah bahagi sama ada nk meneruskan operation atau tidak. Harap Encik dapat bg pendapat kpd sy.
Tq.
Yat says
Salam tuan nak tanya..tuan kakitangan kerajaan kan? MC berapa lama? tuan krmbalik.masul ke pejabat selepas berapa lama?Saya ni risau betul bila MC lama2 ni. Satu cemuih, satu lagi takut kena tolak cuti je..
Admin says
yer btul… saya kakitangan kerajaan… Saya MC 3 bulan… tapi bkn 3 bulan direct… mula2 tu 1 bulan mc… pastu 2 mggu… pastu sambung2… tapi bln ke 2 sy dah masuk ofic wpun ada MC… tak submit pun MC tu bila bln ke 3 sbb bosan tak masuk ofic..