Kalau bercuti ke Langkawi biasanya aku akan cari resort yang betul-betul di tepi Pantai Cenang. Sebolehnya nak bilik yang mengadap pantai. Bukak jer pintu boleh lari terusssss masuk dalam laut.
Pilihan aku biasanya kat area Pantai Cenang sebab kat area situ happening giler terutama waktu malam. Nak cari kedai makan dan jualan pun banyak disepanjang jalan Pantai Cenang tu. Nak betulkan urat pun banyak pusat urut kat situ.
Tapi masalahnya bila search google susah betul nak jumpa review blogger pasal resort-resort kat area situ. Maksud aku review yang betul-betul review pasal penginapan. Nak tahu yang mana ok, yang mana tak. Yang mana mengadap laut, yang mana kat seberang jalan.
Jadi untuk mudahkan korang dan jugak untuk rujukan aku nanti, aku nak senaraikan resort di Pantai Cenang yang boleh korang pertimbangkan apabila bercuti di Langkawi kalau korang memang nak cari penginapan yang betul-betul depan pantai dan mengadap ke arah laut.
Tapi korang kena ingat, resort yang aku rekemen ni hanya berdasarkan lokasi bilik sahaja! Aku tak tahu keadaan dalam bilik ok ke tak, bersih ke tak, ade aircond ke tak, tekanan air ok ke tak, tilam ok ke tak, harga ok ke tak sebab semua tu aku tak tahu k… Korang kena survey sendiri bab tu.
1. Mali Mali Beach Resort (Tel: 04-955 7555)
Ni resort pilihan pertama aku sebab lokasi agak hujung dan tak bersesak dengan banyak resort lain bersebelahan situ. Menariknya resort ni sebab ada juga outdoor pool tapi view dari pool tak boleh nampak laut sebab berada di tengah-tengah antara bilik.Kat sini ada beberapa type bilik yang ada dan kalau korang nak bilik yang mengadap laut, cuba request bilik yang bernombor berikut:
– Room no 20, 21, 26, 27, 28 atau 51. Ada juga bilik di tingkat atas yang mengadap laut iaitu bilik no 22 & 23. Tapi aku paling suka bilik No 51 sebab ada beranda papan kat tepi bilik.
2. Malibest Resort (Tel: 04-955 8202)
Ni adalah resort kedua yang aku nak rekemen kat korang. Resort ni ada baaaanyak bilik yang menghadap laut. Kalau rasa nak kelainan boleh juga booking bilik atas pokok yang mengadap laut. Rasanya resort ni adalah yang terbesar kat area Pantai Cenang ni dan ada juga outdoor pool yang mengadap laut untuk guest. Aku rasa harga bilik kat sini mesti mahal.Disebabkan ada banyaaaak bilik yang mengadap laut, jadi korang request jer dengan reception tu.
3. Melati Tanjong Motel (Tel: 04-955 1099)
Resort ni ada 3 block jenis yang bertingkat-tingkat iaitu Blok A, B dan C. Tapi kalau nak stay sini korang kena request nak bilik yang paling bawah.Ada 9 bilik mengadap laut yang berada kat tingkat bawah yang mungkin korang boleh request iaitu:
– Bilik A108, A109, A110
– Bilik B105, B106, B107, B108
– Bilik C105 & C106
4. AB Motel (Tel: 04-955 1300)
Resort ni agak besar sebenarnya tapi kena request betul-betul sebab kalau tak nanti kemungkinan korang dapat bilik yang seberang jalan punya sebab AB Motel juga ada kat seberang jalan.Ikutkan tak banyak sangat bilik yang betul-betul mengadap laut iaitu hanya bilik A1, A2, A3, B9 & B10 jer. Tapi kalau penuh korang boleh cuba request bilik yang mengadap sisi pantai macam gambar bawah ni. Masih lagi tepi pantau cuma kedudukan bilik memgiring ke tepi.
5. Langkapuri Inn (Tel: 04-955 1202)
Aku pernah stay kat sini beberapa tahun lepas tapi bukan bilik yang mengadap laut. Aku dapat bilik yang membelakangi laut sebab family room takde yang mengadap laut. Facilities kat sini ok jer dan resort ni tak jauh dengan Underwater World Langkawi. Boleh jalan kaki jer kalau nak ke sana.Kalau korang merancang nak stay sini, cuba la request bilik mengadap laut iaitu bilik nombor 101 hingga 108. Lokasi memang strategik.
6. Grand Beach Motel (Tel: 04-955 1457)
Ni adalah resort yang aku dan family aku stay baru-baru ni. Tapi resort ni tak betul-betul mengadap laut. Hanya ada yang mengadap sisi laut tapi ok jer. Cuma tak boleh la nak menikmati keindahan laut hanya dari pintu bilik. Kena melangkah setapak keluar dari bilik baru nampak laut.Next entry aku akan cerita lebih detail pasal resort ni. Apa kelebihan dan kelemahan semua aku akan ceritakan nanti. Kalau korang booking bilik kat sini pastikan mintak bilik Grand 5, Grand 6 atau paling ok Grand 7.
7. Delta Chenang Resort (Tel: 04-955 1307)
Resort ni terletak di hujung sekali iaitu betul-betul di sebelah Underwater World Langkawi. Menariknya resort ni sebab kawasan ni agak redup sebab ada banyak pokok kat depan resort.Kalau tengok dari luar nampak macam resort lama tapi keadaan dalam bilik aku tak pasti ok ke tak. Tapi kalau korang nak stay sini cuba lah mintak bilik mengadap laut atau kalau boleh sebutkan terus salah satu dari nombor bilik berikut iaitu bilik C06 hingga C12.
8. Sandy Beach Resort (019-527 5969)
Resort ni ade banyak jenis bilik tapi kalau yang mengadap laut aku nampak ade yang jenis berbentuk A tu jer. Tapi untuk couple sesuai la kot sebab nampak macam kecik jer.
9. Cenang Rest House (Tel: 012-591 3782)
Aku pernah stay sini dulu dan dah pernah review pun. Dari segi kebersihan dan keselesaan dalam bilik aku hanya boleh bagi 2.5 bintang jer tapi location memang best.Dulu aku stay sini nampak macam ok sikit dari sekarang sebab sekarang ni nampak macam uzur sangat pulak. Korang boleh baca review Cenang Rest House dan Langkapuri Inn yang pernah aku tulis dulu. Kalau rasa nak stay sini jugak boleh request bilik yang mengadap pantai. Ada 4 bilik jer yang mengadap pantai.
Okeh… Ni jer senarai resort yang aku boleh rekemenkan kat korang. Cuma nak clearkan 1 perkara, semua tempat penginapan yang aku senaraikan kat atas ni aku sebut sebagai ‘resort’ sebab nak mudahkan aku menulis. Ada antaranya adalah hanya bertaraf motel atau guest house tapi tetap aku tulis resort. Harap faham la eh, jangan kecam aku lak bila tengok penginapan yang aku list kat atas tu tak bertaraf resort. Dan entry ni pun adalah hasil pandangan aku sendiri dari luar, kalau ada yang tak puas hati tu mintak maaf la. Korang kena survey sendiri selebihnya untuk tahu tahap keselesaan resort tu.
Satu nak pesan, biasanya kalau nak request kedudukan bilik ni aku prefer booking direct dengan resort sebab kalau melalui Online belum tentu dapat apa yang kita nak. Dan aku harap resort-resort kat Pantai Cenang ni boleh dah kowt update gambar resort korang dalam online booking macam agoda, trivago, traveloka dan macam-macam lagi. Apa yang aku perhatikan, gambar dalam web tu dah tak sama dengan sebenar. Ada yang makin ok, ada yang makin teruk.
anuar says
Bestnya dapat tinggal di resort tepi pantai.. boleh menikmati pemandangan laut dari dalam bilik.. 😉
Sohoque says
Fuuuh… kena pegi ni… memang ada gak perancangan bercuti di langkawi
anaksarjan says
Langkawi.. menarik ni
Maria Firdz says
info yang menarik… moga dapat g langkawi satu hari nanti..
husna zahidi says
planning next year! 😀
Azlyn says
Thank u.very helpful list.thx again.
Amy says
Tq very helpful lah list ni
FARIDAH says
terima kasih..sgt membantu
alip says
tenkiu bro……planning bercuti mei nie……semoga urusan bro dipermudahkan oleh Allah….
Iyra says
Plan nya nak ambil super deluxe wooden malibest.bilik betul2 menghadap pantai. Tapi ramai yg ckp bilik,dgn attitude staff x best.jenuh hari2 carik bilik yg betul2 menghadap laut ni. …
Raimah Othman says
Terimakasih bg info. Da plan nak g cuti taun baru cina yg akan datang ni.
Boleh bagi cadangan tak untuk famili besar saya, 10 org. Nak yg mengadap pantai. tp kalau tak de , yg didlm area cenang pun ok jugak.
Admin says
Yg mengadap pantai limited… 10 orang nak stay dlm 1 unit takde rasanya area situ.. Sbb kena ambik homestay.. Tp kalau nak ambk bberapa unit.. Boeh consider pilihan no 1 hingga 3 yg saya bg kat atas…
geluncoi says
Terbaik Chor..boleh buat perbandingan dgn maklumat Trivago
Sarah says
Tenkiu for ur sharring…sgt membantu…tenkiu..tenkiu.tenkiu…mujur ade blog awk ni..
Mimi says
Bilik yg menghadap laut mahal, tapi kenykan keadaan bilik dan teruk tak berbsloi dgn harga