Bila korang nak beli kereta, apa kriteria utama yang korang kena dahulukan? Kalau aku, dah semestinya harga kereta dan maintenance kos jadi faktor utama. Bergantung kepada kemampuan dan kelayakan sendiri. Kemudian baru aku fikirkan kriteria lain seperti jenama kereta, saiz, design dan macam-macam lagi. Susah sebenarnya nak dapat kereta yang memenuhi semua kriteria yang kita nak tapi macam mana pun wajib kena cari yang paling berbaloi dengan duit yang dikeluarkan.
Ni aku nak kongsi dengan korang tips utama bila survey kereta baru. Perkara paling penting dalam proses survey kereta adalah ‘test drive’ atau pandu uji kereta yang korang survey tu. Jangan survey hanya berdasarkan google dan spesifikasi atas kertas jer. Kena test, drive dan rasai sendiri keselesaan dan kehebatan kereta tu.Aku rasa sangat bertuah bila diberi peluang oleh Honda Malaysia untuk pandu uji sendiri kereta Honda Civic terbaru generasi ke-10 baru-baru ni. Paling menarik sebab aku dapat test drive kereta ni selama 2 hari melalui program Honda Road trip ke Penang bersama rakan-rakan blogger yang lain. Cerita keseluruhan konvoi Honda Road Trip ke Penang dah pun aku ceritakan sebelum ni. Korang boleh baca kat situ, banyak aktiviti-aktiviti menarik yang telah kami buat sepanjang program Honda Road Trip kali ni. Dalam entry ni aku hanya nak fokuskan tentang kereta Honda Civic terbaru ni. Serius! Kereta ni buat aku betul-betul teruja.
Berdasarkan pengalaman aku memandu uji kereta ini dan juga info-info yang sempat aku dapat, ini adalah 10 sebab kenapa Honda Civic baru berbaloi dimiliki.
1. Rekabentuk
Dengan design kereta yang sangat sporty dan stylish, sekali pandang jer dah boleh jatuh hati. Part feveret aku adalah lampu belakang yang sangat unik. Honda Civic baru didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Dark Ruby Red Pearl, Modern Steel Metalic, Crystal Black Pearl, Lunar Silver Metallic dan White Orchid Pearl.2. Harga
Dengan spesifikasi tinggi bertaraf D-segmen, harga “on the road” yang ditawarkan adalah sangat berpatutan iaitu bermula dari RM113,800 sehingga RM135,800. Aku boleh katakan yang harga Honda Civic ni adalah yang paling berbaloi dimiliki dalam segmen yang sama.
3. Smart key
Kereta yang aku pakai sekarang pun jenis smart key jugak, memang sangat memudahkan aku. Kunci sentiasa dalam poket jer. Orang perempuan la paling best sebab kunci boleh campak jer dalam handbag. Dah takyah nak fikir cari kunci tiap kali nak drive. Nak unlock kereta juz tekan jer button yang ada kat pintu kereta dan nak start kereta pun juz push button jer. Pastu bila berjauhan kereta akan auto lock. So, dah takyah risau terlupa nak kuncu kereta.Yang gempaknya lagi pasal smart key Honda Civic ni sebab enjin kereta boleh dihidupkan dari jauh dalam keadaan kereta masih berkunci. Bila kereta dah start, aircond pun akan turut on. Kiranya bila kite masuk jer dalam kereta takde la terasa bahang dalam kereta bila park kat tempat terbuka.
4. Fungsi Hold Break System
Dengan sistem canggih ni, kaki dah tak perlu asyik menekan break ketika meredah kesesakan jalan raya. Apabila kereta berhenti sepenuhnya, secara automatic system ini akan berfungsi dan menahan kereta dari bergerak tanpa perlu menekan pedal break.
5. Smartphone Connectivity
Percayalah yang kereta ni boleh dihubungkan terus kepada iphone korang. Nak tengok youtube ke, layan lagu ke, movie ke atau buat panggilan pun boleh direct terus melalui paparan screen. Paling mengagumkan aku adalah bila panggilan telefon boleh dibuat hanya dengan memanggil nama orang yang nak dihubungi. Dah macam dalam movie pulak, tak percaya boleh tengok video di bawah.
6. Sistem keselamatan
Ciri keselamatan kereta ni merupakan antara yang diutamakan. Dengan 6 airbags, Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Vehicle Stability Assist (VSA), Emergency Stop Signal (ESS) dan beberapa ciri lain menjadikan kereta ni yang terbaik dalam aspek keselamatan. Aku sendiri dah lihat demonstrasi bagaimana kesannya kepada kereta yang tak mempunyai sistem VSA apabila kereta hilang kawalan.
7. Kos penyeggaraan rendah
Ini merupakan part yang paling mengejutkan aku sebab kos maintenance kereta ini adalah sangat rendah dengan jaminan 5 tahun with unlimited mileage. Kos upah juga adalah percuma sehingga 5 kali servis. Percaya tak korang bahawa kos bagi servis major kereta Honda Civic adalah tidak melebihi RM300!
8. Lampu putih hadapan
Tertarik aku dengan lampu hadapan kereta ini yang berwarna putih. Sangat terang dan cukup selesa untuk pemanduan waktu malam. Kalau kebiasaan korang nampak lampu kereta lain yang warna putih tu selalunya dipasang berasingan di kedai aksesori kereta dan memberikan silau kepada pengguna lain. Tapi yang ni lampu jenis High Intensity Discharge (HID) adalah dibina khas dari kilang dan tidak memberikan silau kepada pemandu lain.
9. Menjimatkan minyak
Dengan design yang dynamic dan enjin VTEC Turbocharged yang mempunyai Continuously Variable Transmission (CVT) akan memberikan pemanduan yang lebih lancar dan penggunaan bahan api yang sangat efisyen sangat membantu dalam menjimatkan petrol.
10. Interior design
Keluasan tempat duduk belakang adalah luas dan selesa dimana penumpang belakang juga mempunyai laluan aircond tersendiri. Selain tu, terdapat banyak juga ruang penyimpanan barang dan bekas air.
Sebenarnya ada banyak lagi perkara menarik yang nak aku kongsikan tentang Honda Civic baru ni contohnya seperti sport mode untuk pemanduan secara manual dengan menggunakan paddle shift untuk menukar gear, Electric Parking Break (EPB), bonet yang luas dan macam-macam lagi. Korang kena pandu uji sendiri untuk rasai pengalaman pemanduan yang sangat menyeronokkan.
Honda Civic baru menawarkan “D-segment value at C-segment pricing”. Hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my atau www.ridethedream.my untuk mengetahui lebih detail tentang Honda Civic baru atau pun korang boleh terus jer ke showroom Honda terdekat sebab kat sana diorang sedia memberikan oenerangan yang lebih detail.
Fuh idaman betul dengan kereta Honda.. Bila nak dapat ni..doakan ye hihih
Kereta idaman ni.. semua serba auto.. smart key. brake hold mmg terbaek !!
Best betul2x best…
memang Honda kereta idaman, terutama HRV.
sistem smart key tu memang menarik, mudah dan cepat!
Ok tertarik bab lampu putih tu sbb ada jaminan x silau.. Slalu x suka kete lain sbb silau tu la..
Honda ni mmg xpernah xmenggodakan
Harus menjadi kereta idaman ni 🙂
yup.. honda civic gen 10th ni yg paling spacious dlm semua civic yg pernah dihasilkan. insyaAllah setel semua masalah ni, aku angkat satu..
Wah bestnya fungsi smart key tu, boleh on aircond siap siap juga ehh
Honda ni memang jimat minyak . lagi kalau naik honda civic rasa smooth jek.. ruang yang besar buat selesa kalau naik ,..
lom minat lagi nak beli.
black saga gua masih lagi hensem.
haha
Hi there, just became aware of your blog through Google, and found that it’s truly informative. Im gonna watch out for brussels. I will appreciate if you continue this in future. Many people will be benefited from your writing. Cheers! dkddgceegaecbeck
Tgh tunggu giliran.. tak sabarnya!!
dah beli. semua ok, cuma tak selesa dengan seat. seat dia rendah.