Macam tak percaya bila aku dijemput menyertai team blogger bersama Honda Malaysia untuk Road Trip ke Penang pada 17 dan 18 Disember lepas. Kembara ini disertai 15 orang blogger yang telah dipilih dan kami semua akan konvoi bersama dengan menaiki kereta Honda Civic yang disediakan. Woahaaa… Sebanyak 5 buah Honda Civic dengan 3 varian berbeza telah disediakan iaitu Civic 1.8S , Civic 1.5L VTEC Turbocharged dan Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium. Pilihan aku adalah Civic 1.5L VTEC Turbochanged berwarna White Orchid Pearl.Setiap kereta ada 3 orang blogger. Sorang drive, sorang jadi co pilot, sorang jadi boss kat belakang. Team aku ada Daus Redscarz dan jugak Seraphsam. Kitorang akan bergilir-gilir drive dari satu pit stop ke pit stop lain. Redscarz dah memang jadi partner in crime aku setiap masa tapi dengan Sam 1st time aku jumpe. Sam adalah travel blogger dan agak frendly, so takde la dalam kereta krik krik krik jer… Kitorang dilepaskan tepat jam 10.00 pagi dari Citta Mall ke Pulau Pinang tapi akan singgah Tanjung Tualang dulu untuk lunch treat di sebuah restoran makanan laut kat sana. Driver pertama adalah si Redscarz, die yang offer diri nak drive dulu. Disebabkan ni adalah pengalaman pertama aku follow konvoi berkereta, agak kagum jugak la dengan kekdah arahan diberikan melalui walkie talkie. Setiap pergerakan kereta akan diberikan arahan oleh marshall di hadapan secara detail. Kena follow jer, kalau die suruh laju kena laju, kalau die suruh potong kereta depan kena ikut sebab nanti akan tertinggal. Kalau agak sangkut kat mana-mana kena inform segera sebab nanti diorang akan tunggu atau perlahankan kenderaan.Pit stop pertama kami adalah di R&R Ladang Bikam. Singgah kejap jer kat sini untuk tukar driver sebab nak bagi orang lain lak merasa. Tapi serius, perjalanan sejam tak terasa pun. Sedar-sedar dah nak tukar driver. Kesian Redscarz tak puas drive… Hehehe… Okeh turn aku pulak untuk drive. Jujur cakap, ini merupakan pengalaman pertama aku drive kereta C-segmen. Terasa sangat lah berbeza dengan kereta yang aku pakai sekarang. Teruja takyah cakap laa, semua button dalam tu aku nak try. Hahaha…Mulanya agak kekok jugak untuk adjust seat ikut keselasaan, rupanya seat ni perlu dilaraskan secara electronik. Hanya perlu tekan jer button yang ada. Waaa… nampak tak aku punya ‘jakun’ tu macam mana… Wakaka… Untuk keselamatan penumpang, co pilot pun wajib pakai seat belt sebab kalau tak nanti ade signal warning akan berbunyi. Sebelum bergerak kena lepaskan handbrake dulu, terkial-kial aku cari handbrake kereta ni. Rupanya kereta ni menggunakan Electric Parking Break (EPB). Hanya guna button jer macam dalam gambar bawah ni. Wah…
Selesa sangat drive Honda Civic ni, marshall di hadapan dari masa ke semasa akan bagi arahan untuk kitorang fahamkan sistem yang ada dalam kereta ni, dan antara yang menarik perhatian aku apabila diorang suruh on kan system Auto Brake Hold (ABH) masa kitorang sedang melalui jalan kampung. Sistem ni die tolong break kereta kita masa kite tengah berhenti. Sangat berguna waktu jalan jem atau kat trafik light. Kaki takyah sentiasa pijak pedal break.Selepas sejam lebih akhirnya kami sampai di Restoran Sri Tanjung Tualang. Restoran ni terkenal dengan masakan laut yang segar. Nasib baik lepas makan ni giliran Sam pulak yang drive, so aku boleh makan puas-puas. Tak risau kalau mengantuk pun. Hehehe…Dah nama pun blogger kan, konsep “camera eat 1st” tetap diutamakan.. Wakaka… Lunch hari tu semuanya sedap. Patut la Honda sanggup plan masuk jauh ke dalam semata-mata nak bawak kitorang makan kat sini. Memang best.Selepas makan perjalanan diteruskan ke perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Turn aku pulak jadi boss kat seat belakang. Dah la baru lepas makan, tersandar aku kekenyangan kat situ. Tapi tak boleh nak mentido sebab seronok dok berborak dalam kereta.Penumpang belakang memang akan terasa sangat selesa lebih-lebih lagi bila ada ventilation aircond sendiri.Selepas melalui jalan kampung dan juga highway. Akhirnya kami sampai di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Buat apa kami kat sini? Haaa ni la yang kami dok borak dalam kereta sebelum sampai. Ikutkan itternary yang diberi, akan ada aktiviti Gymkhana bersama blogger. Mulanya aku tak tahu aktiviti apa tu tapi lepas google terus rasa cuak.Sebelum aktiviti dimulakan, kami diterangkan tentang ciri keselamatan yang ada pada Honda Civic baru ni dan juga fungsi sistem Vehicle Stability Assist (VSA) yang ada. Apa bezanya dengan kereta yang tiada VSA. Semuanya dijelaskan secara detail. Okeh bila dah yakin dengan ciri keselamatan yang ada, baru la confident sikit nak buat aktiviti gymkhana ni. Hehehe… Nak tahu aktiviti apa? Korang boleh tengok video aku kat bawah ni.
Perasan tak tangan masing-masing pegang handle kat atas tu walaupun gigih nak rekod video. Wakaka… Mesti la kena rekod sebab bukan selalu nak buat aktiviti macam ni kan. Mulanya cuak gak tapi lepas dah cuba sekali rasa nak try lagi dan lagi. Best pulak! Hahaha…Lepas jer aktiviti ni, bersepah-sepah bag kitorang kat dalam bonet tu. Hahaha… Sabor jer la…Masing-masing enjoy dengan aktiviti ni. Aku yang baru lepas operate lutut pun siap melompat lupe daratan masa ni. Hahaha…Dah puas berseronok dengan aktiviti gymkhana, kami meneruskan perjalanan ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk makan malam. Kali ni aku offer diri untuk drive lagi sekali sebab nak merasa laluan bengkang bengkok ke Balik Pulau tu. Dari Batu Kawan kitorang terus masuk ke Pulau Pinang melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Korang yang belum merasa naik jambatan ni boleh la try sebab ni merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara dengan jarak 24km.Bijak betul Honda pilih lokasi untuk makan malam kitorang sebab untuk sampai ke Botanica Mansion, Balik Pulau ni kami akan melalui jalan yang berbukit dan bengkang bengkok. Time ni la aku try drive menggunakan Sport Mode yang ada untuk menguji kehebatan Honda Civic baru ni. Kalau korang nak tahu, Sport Mode ni macam gear manual yang mana kita boleh tukar gear up down menggunakan paddle shift yang ada kat belakang stereng ikut keselesaan pemanduan. Memang best layan bukit dan corner dengan sport mode, pickup memang power.Pertama kali aku sampai kat Botanica Mansion ni. Tempat ni macam sebuah private villa mewah yang terletak kat atas bukit dengan pemandangan yang sangat cantik. Nak tengok sunset memang cun sini, tapi kitorang sampai lewat sikit hari tu. Sunset pun dah nak habis dah. Huhuhu…Tempat makan memang selesa. Nak makan secara santai pun boleh sebab diorang ada sediakan meja makan kat garden. Aku suka live cooking keow teaw goreng telur itik, mengancam! Selesai makan dan bersantai, kitorang terus bertolak ke G Hotel Kelawai kat Persiaran Gurney.
Dalam pukul 10 malam kitorang chekin kat sini, tilam dok memanggil jer. Dapat pulak bilik sorang satu, memang dalam kepala fikir nak mentido jer la. Kalau korang nak tahu, G Hotel Kelawai adalah hotel bertaraf 5 bintang bersebelahan dengan Gurney Plaza. Nanti aku review pasal hotel ni ok…Hari kedua, chekout seawal jam 8.30 pagi dan kami terus bertolak ke ESCAPE Adventure yang terletak di Jalan Teluk Bahang. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari hotel.Untuk korang yang suka aktiviti lasak, korang kena plan untuk datang sini. Seriusssss best giler! Escape Adventure ni macam outdoor themepark yang bertemakan alam semulajadi. Sebanyak 22 permainan yang disediakan mengikut peringkat umur. Kebanyakan game kat sini melibatkan ketinggian. So, kalau korang jenis ‘penggayat’ dinasihatkan datang sini dan cuba untuk mengatasi masalah gayat tu. Hehehe…Tapi sayangnya sebab aku tak boleh nak main mendalah ni semua sebab lutut aku baru jer lepas operation. So tak boleh nak lasak lagi. Mujur Penang tu kampung mertua aku jer, so next time boleh datang lagi bawak family pulak. Hehehe… Ehhh tapi ade 1 game yang aku main iaitu Tubby Racer.Tubby racer ni sama macam main slide kat bukit tapi nak memanjat naik atas bukit tu berpeluh jugak la. Tak percaya tengok jer muka Redscarz kat atas ni, berpeluh kan. Tapi best! Cuba tengok video kat bawah ni.
Ni jer la satu-satunya game yang aku main kat situ. Yang lelain tu tak berani nak cuba lagi, maybe next time. Hehehe… Kalau korang nak tahu info lanjut tentang ESCAPE ni boleh layari www.escape.my. Thanks Honda Malaysia sebab perkenalkan aku dengan tempat ni.
Pukul 1 petang kami mula berkumpul di parking dan bersedia untuk bertolak pulang ke KL. Bayangkan kereta Honda Civic kami tu berjemur kat parking terbuka. Memang panas membahang la dalam kereta kan. Tapi dengan smart key, kereta boleh disejukkan dari jauh. Masuk jer dalam kereta dah nyaman dah. Kagum tak? Giler tak kagum… Aku pun terkejut dengan teknologi Honda yang ni.
Dalam perjalanan pulang ke KL, kami singgah makan di Restoran Prawn Village Bukit Tambun. Waktu ni semua dah kebulur sangat sebab penat buat aktiviti fizikal kat Escape. Best makan kat restoran ni sebab berada kat atas sungai. Sambil makan boleh menikmati pemandangan arus sungai.Selesai memenuhkan perut, konvoi kami mula bertolak pulang ke KL. Perjalanan pulang lebih mencabar minda dan fizikal kami berbanding hari sebelumnya sebab sepanjang perjalanan kami ditemani dengan hujan dan kesesakan jalan raya. Tapi mujur dengan keadaan kereta yang cukup selesa membuatkan kami cukup enjoy degan road trip kali ni.Terima kasih Honda Malaysia untuk pengalaman yang sangat menarik selama 2 hari kami bersama Honda Civic. Apa yang boleh aku katakan, Honda Civic baru merupakan kereta yang sangat berbaloi dimiliki. Korang boleh baca ringkasan khas berdasarkan pandangan aku tentang kereta ni. Aku ada nyatakan 10 sebab kenapa Honda Civic berbaloi dimiliki.
So, tunggu apa lagi? Cepat ke showroom Honda terdekat untuk cuba sendiri kecanggihan dan kehebatan Honda Civic baru ni. Atau hubungi 1-800-88-2020 untuk maklumat lanjut.
www.honda.com.my
www.ridethedream.my
Anuar says
Bestnya… Dapat peluang berkonvoi bersama rakan-rakan blogger naik kete Honda City… 😉
rajee says
Bestnya leh sejukkan kereta dari jauh sebelum masuk dalam….
Dura Norell says
Minat tang smart key tu
reezluv says
semua sponsor memang syok le..hehe..cuba kalau keter beli sendiri semua sendiri..memang sedikit rasa tak syok…hahaha..memang power le Honda..
JMR says
macam best je machine ni..mcm esok gak nak book ni..