Dah lama aku tahu pasal Bangi Wonderland ni, sejak belum dibuka lagi. Tapi masa pembukaan hari tu terbaca banyak pula feedback negatif pasal tempat ni. Mungkin strategi marketing jugak kot sebab bila benda-benda tak elok ni memang laju jer tersebar kan. Tapi kalau tengok dari gambar, memang nampak menarik sebab banyak jugak permainan air untuk dewasa dan kanak-kanak. Cuma bab harga tiket masuk jer la yang selalu orang runsing, buatnya mahal memang telan air liur jer la kannn… Tapi nak tahu berbaloi ke tak dengan harga tiket Bangi Wonderland ni, korang kena baca review ikhlas aku sampai habis sebab aku baru jer pergi sini minggu lepas.
Tempat macam ni seronok pergi ramai-ramai, sebab tu kitorang geng blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari terjah tempat ni beramai-ramai. Plan berkumpul kat pintu masuk pukul 9.30 pagi tapi sebab aku ada urusan lain yang nak kena settle, dekat pukul 11 pagi baru aku sampai. Time tu diorang semua tengah berseronok main air. Jarak dari rumah aku ke sini dalam 30 minit, itu pun aku follow waze jer. Nak ke sini korang boleh waze Bangi Wonderland Themepark. Nanti waze akan bawak sampai depan pintu masuk.
Aku memula sampai sini konfius kejap sebab nampak banyak kereta park kat open space kat luar. Tepi-tepi jalan pun banyak, ingatkan takde parking khas. Rupenyer ade jer kat basement. Parking space bertingkat disediakan tapi macam tak cukup jer. Ikut nasib la, tapi aku yang sampai lambat pun sempat jugak dapat parking. Rate parking RM6 per entry.Harga tiket bagi aku bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan. Tiket masuk bagi dewasa adalah RM58, kanak-kanak yang ketinggian melebihi 90cm pulak RM48. Yang bawah 90cm tu percuma jer. Akiff kena bayar sebab tinggi 100cm lebih sikit. Tapi rasanya kalau bebudak yang terlepas tinggi beberapa cm tu diorang bagi jer masuk free. Tapi ni aku nak kongsi 1 tips dengan korang. Rajin-rajin ushar online web yang offer diskaun macam Groupon, 11street dan lain-lain tu sebab kengkadang diorang ade offer harga tiket murah. Macam baru-baru ni ade offer RM38 jer. Yang bagusnya lagi kalau korang beli online sebab nanti kat sana boleh terus ke kaunter khas untuk redeem wristband. Takyah beratur panjang kat kaunter tiket. Kalau hari cuti memang panjang giler orang beratur kat kaunter tiket kat situ. Kaunter online booking takde orang pun.
Sebelum masuk, diorang akan chek bag dulu. Makanan luar dan benda-benda terlarang tak dibenarkan bawa masuk. Masuk jer dalam themepark aku terus cari port lepak untuk letak barang. Locker untuk sewa pun ade dengan bayaran RM10 – RM30 ikut saiz locker. Dah masuk dalam tu memang tak tunggu lama dah. Akiff dengan Azif dah tak tenang tengok kengkawan lain dok main air.Azif mulanya takut-takut tapi kejap jer, lepas tu die dah teruja dah. Akiff pulak memang dah boleh lepas main sendiri. Dulu masa kecik penakut gak die, sekarang dah berani kalau ajak main slide pun. Tapi tetap gak kena dalam pengawasan setiap masa. Main dengan air ni tak boleh leka, diorang kalau dah enjoy memang tak ingat ape dah. Kite sebagai parents la kena sentiasa pantau. Itu sebab aku sampai tak boleh langsung main permainan dewasa. Lepak dengan Akiff jer laaa… Huhuhu…Pernah tak terbaca isu slide kat Bangi Waterpark ni tak lancar? Asyik tersangkut jer. Haaa memang betul pun. Aku sendiri pun kena tapi puncanya sebab slide tu untuk dewasa tapi sebab mak pak budak yang main, itu yang jadi sangkut. Wakaka… Lagi pun nak naik slide kena pakai pakaian mandi tu, baru la licin. Kalau pakai pakaian jenis kain cotton memang tak mahunyer die nak gelongsor. Hah lagi satu masa turun slide kena baring, jangan duduk! Kalau duduk memang confirm akan sangkut. Mungkin part ni Bangi Wonderland kena letak ramai lagi lifeguard untuk pantau slide kanak-kanak ni sebab hari tu aku nampak ade yang jaga tapi kat bawah jer. Bahagian atas tak nampak pulak.Ada yang tanya, tempat ni panas terik tak? Memang la panas sebab ni kan outdoor themepark. Yang berbumbung hanya kawasan tertentu untuk melepak jer. Jadi kalau rasa tak nak terbakar macam ikan salai, sila gunakan sunblock. Aku dah biasa bawak produk Cosmoderm, memang sebelum terjun kolam dah lumur dengan BB Cream dari Cosmoderm.Azif aku tak bagi main air lama sangat sebab takut demam pulak. Bila time dah lapar, kitorang naik rehat sementara aku cari benda makan. Hazab jugak la nak beli makanan dalam ni. Part harga aku tak terkejut sangat sebab memang dah tau tempat macam ni harga memang mahal. Bihun sup RM7, keropok jajan RM3, air tin RM4… Cuma aku tak puas hati sebab susah giler nak beli makanan. Orang punya la ramai dan kena beratur panjang. Stock makanan pulak asyik terputus hari tu. Kalau habis nak kena tunggu tu memang mengamuk kelaparan la bebudak. Mungkin part jual beli makanan ni kena perbaiki lagi sebab makanan luar tak dibenarkan masuk. Jadi kena la sediakan makanan secukupnya dan memudahkan pembeli. Mungkin diorang boleh belajar dengan taman tema lain dalam part ni.
Jangan ingat tempat ni heaven untuk bebudak jer, permainan untuk orang dewasa pun banyak dan menarik. Tapi aku tak berpeluang nak cuba pun. Takpe, itu alasan untuk aku repeat lagi ke sini. Hehehe…
Hari tu aku tak sempat nak sewa pelampung, kalau tak memang best main ombak kat sini. Kalau tak main ombak pun boleh lepak dalam pelampung biar dihanyutkan kat sungai yang mengalir kat tepi tu. Sewa pelampung RM15 jer tapi aku tak daya nak beratur panjang untuk sewa pelampung. Memang ramai giler. Kalau Akiff berkeras nak pelampung rasanya aku gagahkan jugak beratur tapi sebab dia pun leka main slide, itu yang aku tak sewa.Ombak bukan setiap masa ada, ade masa-masa tertentu. Kena tengok jadual atas ni. Main surfing pun sama, ada waktu tertentu jer. Hati-hati kalau nak main surf rider ni, jangan sampai tertanggal seluar sudah. Aku sempat tengok free show sekali hari tu. Hahaha.. Sabar jer laa…
Banyak kan permainan yang ade. Berani ke tak je, tapi aku berani jer rasanya. Hehehe… Cuma hari tu aku tak main sebab kena temankan Akiff. Memang kebanyakan masa aku hanya kat area Kid’s Adventure tu jer. Kalau korang bawak orang tua, boleh bagi diorang berendam dan bersantai kat kolam Pirate’s Spa yang kat gambar bawah ni.Ni kiranya terapi air untuk relax dan bersantai. Kat sini ade pancutan air yang boleh digunakan sebagai urutan. Biarkan air tu memancut kena kat belakang badan. Memang best sangat. Terasa macam diurut.
Berjam-jam jugak kitorang kat dalam ni. Lepas makan, Azif dengan Miss Permaisuri dah salin baju. Tinggal aku dengan Akiff jer la. Lepas makan Akiff turun main air lagi, berhenti kejap untuk makan jer. Tenaga bebudak ni lain macam kan, diorang tak reti penat.Last-last tinggal bapak-bapak jer la yang dok teman anak masing-masing. Satu yang aku nak pesan kat mak pak yang bawak anak-anak kecik main kat sini, jangan biarkan anak korang berlari kehulu kehilir sebab lantai agak licin. Bukan lantai dalam kolam tu, lantai yang luar kat pejalan kaki tu.Sebab tu diorang ade sediakan tikar getah kalau nak jalan. Kalau rasa selipar tu licin, better berkaki ayam kowt. Itu pun masih jugak licin, yer la sebab lantai basah kan. So, hati-hati jer la…
Sebelum balik macam biasa la nak kena bersihkan diri dan tukar pakaian. Changing room luas dan bersih. Tekanan air pun ok. Kiranya selesa untuk pengguna.
Secara keseluruhannya, aku memang puas hati dengan facilities dan jugak kemudahan waterpark yang disediakan. Berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Kalau korang tanya aku nak datang lagi ke tak? Yesss… Aku nak datang lagi sebab banyak lagi benda aku belum try dan paling penting anak-anak enjoy dengan apa yang disediakan kat situ. Untuk info lanjut korang boleh refer detail kat bawah ni.
Waktu Operasi :
Isnin , Rabu , Khamis & Jumaat : 10.00 am – 6.00 pm
Sabtu , Ahad , Cuti sekolah & cuti Umum : 10.00 am – 6.00pm
TUTUP setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah , cuti umum dan cuti sekolah Singapura
Website : http://bangiwonderland.com
Instagram : @officialbangiwonderland
Facebook : Bangi Wonderland Water Park
Mama Kembar 3 says
Teringin sgt nak pergi. Tapi nak elak cuti sekolah lah, takut org ramai sgt tak daya bab nak berebut beli makanan tu…
umminani says
nanti kaki dah elok boleh la pergi main sepuasnya ya
JULIA JOHARI says
Julia banyak kali dok tgk video org surf tu lan…hebatnya yg pakai baju oren tu surf perghhhhhhhhh…kalau juju mau tergolek katak depan korang wat malu je hahahahhahahaha…adoiiii mcm nak mandi lagi lah
Suria Amanda says
Menarik ni…Bangi dah ada Wonderland, Melaka pun dah ada..next negeri mana plak…memang kena cuba ni
Dorsett Pink says
Review yang Sgt bagus… Good job!
Nadia Musa says
Tadi baru tengok kat wowshop. Terus google jumpa blog ni. Terima kasih tulis review ni.
Hudachubby says
Kalau bawak botol air sendiri masuk boleyh ke????
Duan Deris says
Dah lama teringin nak pergi sini..walaupun rumah dekat je dengan bangi tapi tak sampai-sampai lagi. hehe
Tehokaw.com says
Wow..saya orang selangor pun xpernah sampai sini…tgok mcam best je…sekali sekala kena datang jugak ke tempat tu..