Kali pertama aku pergi ke Decathlon rasanya beberapa bulan lepas. Masa tu aku juz temankan si Redscarz beli keperluan sukan dia. Sebelum tu aku tak pernah tahu pun pasal tempat ni. Bila kali pertama kat sini aku dah tertarik sangat sebab tempat ni adalah one stop centre untuk cari segala jenis keperluan sukan.
Baru-baru ni aku bawak Miss Permaisuri, Akiff dengan Azif ke sana untuk cari kasut badminton untuk Akiff. Yup, motif asal nak cari kasut badminton jer. Tapi bila dah sampai sana lain pulak jadinya. Benda yang tak nak beli pun jadi terbeli. Demmm…Mulanya aku macam biasa laa… Sampai jer terus cari bahagian sukan badminton. Terus ushar kasut budak, dan yes ade saiz Akiff. Design tak kisah sangat, asal boleh jer. Harga pun murah, RM49 jer. Lepas dah beli kasut mula la terfikir nak beli seluar dengan baju jugak untuk Akiff. Nak bagi dia lagi bersemangat untuk pergi kelas badminton. Pastu nampak pulak stokin sukan saiz kanak-kanak. 3 pasang RM25 kooo… Tapi memang kualiti baik punya. Akhirnya lengkap sudah 1 set baru untuk Akiff dari kasut hingga ke baju. Raket jer tak beli sebab pakai yang aku punya.Ingatkan dah cukup barang Akiff boleh terus balik ke?? Memang tak la kalau bawak Miss Permaisuri dengan bebudak ni. Habis setiap ruang yang ada kat Decathlon tu diorang pusing. Segala jenis alatan senaman, keperluan hiking dan berkhemah pun ade.Haaa baju mandi pun murah kat sini. Aku tertarik nak beli towel travel tu, dah ushar lama dah tapi nanti la beli. Budget dah lari… Dalam dok ushar tu tiba-tiba Miss Permaisuri terbekenan dengan kasut sukan yang sangat feminin macam kat bawah ni. Kasut ni harganya RM99. Pastu ada satu sudut yang jual skate board, inline skate dan scooter yang mana bebudak atau orang dewasa boleh cuba main dulu… Akiff pun excited kemain nak try main scooter yang ada kat situ… Padahal die tak pernah main pun sebelum ni. Kat situ kemain die dok cuba dan belajar. Lama kitorang tunggu die kat sini. Ajak balik tak nak, tak puas main katanya. Last-last dengan bantuan abah, akhirnya berjaya dia pujuk ummie untuk belanja scooter tu. Hehehehe… Suka la budak tu. Harga scooter ni RM159. Yang lagi murah pun ade jer dalam RM60 tapi sebab Akiff nak yang ada break tangan, sebab tu pilih yang ni.
Takkan Akiff jer yang dapat kan, Azif pun nak jugak hadiah basikal tapi lenkali jer la adik k. Adik kecik lagi, tunggu besar sikit nanti abah belikan.
Antara benda yang kalau orang pergi Decathlon mesti akan beli bawak balik adalah bag RM10. Aku beli 6 biji bag ni sebab ada kengkawan kirim jugak tapi time aku pergi hari tu ada 1 colur jer, colur lain dah habis. Dan harga bag ni pun dah naik jadi RM15 dah. Huhuhu…Tapi serius wehhh… Kalau korang nak cari barang-barang sukan murah boleh datang cari kat Decathlon ni. Barang kat sini walaupun murah tapi berkualiti. Cumanya kalau korang nak barang berjenama macam Adidas, Puma, Nike semua tu memang takde la kat sini. Kalau nak yang macam tu kena pergi ushar kat Sport Direct.
Kalau korang nak sini boleh waze terus Decathlon Malaysia atau refer detail bawah ni:
Address: M2-G-01, 8Trium, Jalan Cempaka SD12/5,, Persiaran Kenanga, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-6280 6701
Website: www.decathlon.my
Facebook: Decathlon Malaysia
Khairuddin says
Singgah ziarah..
Menarik n banyak info di sini
Dkna Abza says
dekat kenanga wholesale ke kedai ni? tengok alamat tu..
Admin says
Persiaran jer nama Kenanga… tp yg ni kat Bandar Sri Damansara la wak…
Mama Kembar 3 says
Ni kalau pi ni konpem terbabas segala bajet ni hehehe