Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Faiz Subri cipta sejarah baru negara menangi FIFA PUSKAS Award

January 10, 2017 by Admin 4 Comments

Spread the love

Hari ni sejarah baru negara tercipta apabila Mohd Faiz Subri berjaya merangkul anugerah PUSKAS FIFA 2016 yang telah berlangsung di Zurich awal pagi tadi waktu Malaysia. Korang tahu tak PUSKAS award ni sebenarnya apa? PUSKAS Award adalah salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam The Best FIFA Football Award 2016. Dalam majlis ni ada 9 anugerah yang diberikan dan PUSKAS Award adalah salah satu daripadanya.

PUSKAS Award adalah untuk mengiktiraf jaringan tercantik atau most beautiful goal sepanjang tahun. Anugerah ni mula diperkenalkan sejak tahun 2009 dan antara pemain yang pernah memenangi anugerah ini adalah Ronaldo, Neymar dan Zlatan Ibrahimovic. Giler hebat kan Faiz Subri bila dapat menempatkan nama dalam senarai penerima anugerah ni. Messi pun tak pernah dapat anugerah ni okehh walaupun dah 5 kali tercalon.

Jom tengok sekali lagi jaringan magic Faiz Subri yang dikatakan melawan hukum fizik.

Nah cuba korang tengok antara jaringan gol yang pernah memenangi Anugerah Puskas FIFA ni sejak tahun 2009 hingga 2014.

Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013), James Rodriguez (2014), Wendell Lira (2015) dan Mohd Faiz Subri (2016)

Sebenarnya jaringan macam ni memang dah ramai player buat dan jaringan Faiz Subri ni merupakan antara yang paliiing curve atau yang paling melencong. Jaringan macam ni bukan sebab faktor angin tau tapi memang kena mahir dengan teknik sepakan. Roberto Carlos pernah gegarkan dunia dengan jaringan curve dia yang super hebat dan kini jaringan tu dah jatuh no 2 di bawah jaringan Faiz Subri. Ni adalah 10 jaringan curve terbaek di seluruh dunia.

Sekali lagi TAHNIAH untuk Mohd Faiz Subri kerana telah mengharumkan nama Malaysia. Siapa sangka dengan kualiti bola sepak kita yang jauh ketinggalan di peringkat antarabangsa, tapi beliau telah berjaya membawa nama Malaysia dari sudut yang lain dan membuka mata peminat bola sepak seluruh dunia.

Loading

Filed Under: Isu Semasa, Sport Tagged With: Isu Semasa, Sport, Sukan

« Akiff mula jalani latihan badminton seawal usia 6 tahun.
Teruja shopping keperluan sukan di Decathlon Malaysia. Murah giler! »

Comments

  1. Dkna Abza says

    January 10, 2017 at 11:28 am

    oooo ok.. baru paham dan baru ingat isu jaringan dia yang melencong tu.. tahniah faiz subri

    Reply
  2. Suria Amanda says

    January 10, 2017 at 2:24 pm

    Tahniah Faiz Subri…

    Reply
  3. JM says

    January 11, 2017 at 1:01 pm

    Anak Malaysia hebat. Tahniah Faiz Subri

    Reply
  4. Adam says

    January 12, 2017 at 3:06 am

    Apa maksud careno tu?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative