Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Ikhtiar atasi masalah resdung dengan Herba Resdung Tok Aki

January 24, 2017 by Admin 1 Comment

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Hidung aku memang jenis yang terrrsangat sensitif dengan habuk dan asap. Aku paling tak suka kalau terkena bau asap rokok sebab punca dari situ akan buatkan hidung aku berair untuk beberapa ketika. Sebab tu kalau nak kemana-mana, aku memang tak kan lupa untuk bawak sapu tangan atau handkerchief. Sebab keperluan benda tu sangat tinggi untuk orang macam aku ni, lebih-lebih lagi dengan sikap ramai orang sekarang yang merokok tak kira tempat.

Sebenarnya ada banyak lagi yang aku hadap tiap hari kesan dari masalah resdung ni antaranya hidung berair setiap pagi, kerap bersin, rasa gatal mata dan tekak, deria bau dan rasa terjejas, kulit muka bermasalah dan banyak lagi. Yup, ni antara yang aku hadapi. Memang rimas dan sebab tu dari dulu aku dok mencuba macam-macam produk dan rawatan. Kalau tak hilang terus pun sekurang-kurangnya resdung aku ni tak serius. Itu pun dah syukur sangat.

Aku pernah try buat rawatan resdung yang bakar kayu ape ntah then diasapkan kat sekitar kulit muka. Rawatan ni buat aku tak selesa dan kesannya pun tak begitu terasa sebab kaedah rawatan ni merawat dari permukaan luar. Kemudian aku pernah cuba rawatan yang sedut serbuk herba resdung melalui hidung dan kemudian akan keluar lendir dari hidung. Kaedah ni memang agak perit sebab bila sedut herba tu akan terasa sangat pedih tapi yang bestnya sebab hidung akan terasa lapang selepas buat rawatan ni. Mungkin sebab lendir-lendir tu dah dipaksa keluar.Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan Herba Resdung Tok Aki dimana aku boleh buat sendiri rawatan resdung yang pernah aku buat dulu tu di rumah. Yang bestnya sebab herba resdung ni tak pedih macam yang aku pernah buat dulu. Cuma perlu ambil sedikit serbuk herba Tok Aki melalui hujung jari kelingking dan letakkan pada bahagian dalam rongga hidung. Bila dah letak serbuk ni memang akan terasa nak bersin dan tak selesa tapi layankan jer sebab serbuk tu sedang bertindakbalas untuk membersihkan kuman dan kotoran di dalam hidung. Tunduk dan biarkan lendir mengalir keluar selama 10 hingga 20 minit dan sementara tu urutkan bahagian atas hidung ke bawah untuk membantu lendir keluar dengan lebih banyak. Kemudian cuci dengan air bersih. Lepas tu hidung memang akan terasa lapang.Banyak kelebihan Herba Tok Aki yang korang perlu tahu antaranya mengeluarkan lendir yang tersumbat di dalam rongga hidung, membersih kuman dan kotoran yang menyebabkan alahan, membantu melapangkan ruang pernafasan, mengurangkan bersin, selesema, dan hidung tersumbat. Herba ni sesuai digunakan untuk kanak-kanak juga tapi yang berusia 6 tahun ke atas.

Korang boleh gunakan produk ni tanpa was-was sebab Herba Resdung Tok Aki ni 100% dihasilkan dari herba kayu terpilih dan telah diakui oleh ramai pengguna sejak tahun 2015 lagi. Bawah ni ada beberapa testimoni yang aku dapatkan dari laman web rasmi Herba Tok Aki.

Tahu tak apa kesannya kalau resdung tidak dirawat?
Boleh mengakibatkan jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata dan hidung, sakit tekak, lelah, berdengkur yang kronik, jangkitan kuman di telinga dan tonsil, selsema yang berpanjangan dan sukar berhenti, masalah kulit seperti jerawat dan banyak lagi.

Sebab tu kena cari ikhtiar untuk merawat masalah resdung ni dan Herba Tok Aki mempunyai pelbagai pilihan produk yang dapat membantu seperti Jus Campuran Minuman Botani, Kapsul Resdung Rahsia Rimba dan Sabun Herba Tok Aki.

Jus Herba Tok Aki mempunyai khasiat semulajadi dengan ekstrak delima, madu dan anggur. Jus ni adalah sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas dan juga orang dewasa. Rasanya adalah sangat lazat serta boleh meningkatkan imunisasi badan dan mencegah alahan resdung dari dalam.

Kapsul Resdung Rahsia Rimba dapat membantu megurangkan masalah resdung dari dalam secara efektif. Sesuai diambil pada peringkat umur 12 tahun ke atas.

Sabun Herba Tok Aki digunakan untuk membersih kulit secara lembut dan efektif, mencegah jangkitan kuman dan kulat serta membantu mengatasi masalah kulit muka akibat dari alahan resdung.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian produk, korang boleh hubungi detail kat bawah ni:

Website : www.herbatokaki.com
Facebook : www.facebook.com/herbaresdungtokakiHQ
Instagram : www.instagram.com/herbaresdungtokaki.hq
Hotline : 019-3473083

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: Advertorial, Kesihatan, Produk, Review Tagged With: advertorial, Kesihatan, Produk review, review

« Pancake Nutella Ahmad Lim mahal! Berbaloi ke beli?
Pesanan untuk ibu bapa yang ada group WhatsApp sekolah anak. »

Comments

  1. Nina Mirza says

    January 24, 2017 at 6:46 pm

    Bagus kan…Boleh laa buat rawatan kat rumah jer. Tak payah gi spa lagi. Mahal..!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Usahawan Tempatan Perlu Sertai BioUsahawan 2019 Untuk Lebih Menyerlah
  • Untuk jimat kos, kami pasang sendiri lantai jenis vinyl seluruh rumah.
  • Malaysia Halal Expo 2019 Buka Peluang Produk Halal Tempatan Ke Japan
  • Raikan Tahun Baru Cina Dengan Makan Besar di Buffet Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
  • Tarikan Terbaru di Snowalk I-City Shah Alam. Ini Pengalaman Percutian Kami.

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative